Sabtu, 16 Disember 2017

Aktiviti dengan buku Robo Belajar Tentang Manusia 2


Dalam topik kedua, kami belajar tentang perubahan fizikal yang berlaku pada lelaki dan perempuan apabila meningkat remaja dan dewasa.

Secara langsung, anak-anak diperkenalkan dengan perubahan badan mereka. Meskipun usia mereka baru 3,5 dan 7 tahun. Tetapi dengan pendedahan sebegini diharap dapat memberi ilmu dan "awareness" dalam minda mereka.

Sekali lagi, aktiviti dalam buku ini memang ditunggu-tunggu 😃

Sebenarnya apa juga buku yang kita baca, saya fikir perlu juga ada sentuhan dari ibu bapa. Sama ada ibu bapa tahu kandungan buku sebelum anak baca atau ada bersama ketika anak membaca sesuatu buku. Ia lebih memberi kesan 👍

Baik. Kali ini aktiviti mengkehendaki kami melukis remaja lelaki dan perempuan berserta pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

Saya bantu lukiskan watak kecuali Khaulah buat
sendiri. Kemudian tampal pada kotak terpakai dan gunting.



Anak warnakan ikut kesukaan mereka. Kemudian lekatkan pada lidi / straw. Disebabkan kami dalam kuliah maghrib tadi, maka anak-anak gunakan bahan sedia ada sahaja iaitu lekatkan pada pensel warna 😂


Cubaan menggunting sendiri

Fokus mewarna gambar masing-masing
Alhamdulillah, anak-anak seronok dengan aktiviti "simple" ini. Teringat pula masa kecil dahulu main paper doll 😊

Ok, bersambung nanti. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 15 Disember 2017

Aktiviti dengan buku : Robo Belajar Tentang Manusia


Alhamdulillah, kami sudah pun terima buku baru Dr Anayasmin Azmi berjudul Robo Belajar Tentang Manusia.

Kenapa namanya Robo? Sebab ia memang sebuah robot yang boleh bercakap 😃 Watak Ziyad dan Safeeya di dalam buku ini berinteraksi dengan Robo yang banyak menyoal tentang manusia ; lelaki dan perempuan.

Sebagai permulaan, kami baca bahagian pertama buku ini yang dimulakan dengan ayat Quran dari Surah At-Tin dan Surah Az-Zariyat ayat 56.


Anak sulung dan kedua diberi tugasan mencari dan membacakan ayat-ayat ini. Anak-anak yang lain turut sama mengikuti bacaan.



Banyak juga soalan dan celoteh mereka berkenaan perkembangan manusia. Habis semua nama sepupu, bapa saudara dan ahli keluarga disebutnya. It's okay. Itu tandanya mereka sudah ada pengalaman sedia ada. Raikan sahaja.

Kami turut membuat aktiviti yang dicadangkan iaitu mencari daun segar dan layu dan disusun berperingkat.


Tengahari panas pun sanggup keluar rumah cari daun. Alhamdulillah, atok banyak tanam pokok keliling rumah, anak-anak bebas pilih daun pokok mangga dan daun pokok bunga yang ada.



Sebagaimana yang kakak buat, itu jugalah yang adik-adik mahu buat juga 😂 Hasilnya samalah untuk ketiga-tiga beradik ini. Bolehlah nakk... Alhamdulillah.



Akan sambung bahagian kedua iaitu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Inspektor Jawi


Masa kecil dahulu, ada waktu khusus belajar jawi. Sama ada di sekolah pagi (sekolah kebangsaan) mahu pun di sekolah petang (sekolah agama).

Pernah juga waktu cuti sekolah, musim hujan. Tak dapat nak main di luar. Sudahnya, ambil buku sekolah tahun lepas yang masih ada ruang kosong, pakat menulis jawi dengan adik-adik.

Kami buat word search jawi, silang kata sendiri dan terjemahkan cerita dari tulisan rumi kepada jawi.

Agaknya mak dan nek pun lega tengok kami aman damai 😂

Sekarang ada majalah jawi lagi. Walaupun nipis (10 muka surat), rasa OKlah sebab banyak sangat aktiviti di dalamnya.

Inspektor Jawi memang membantu saya menggalakkan anak membaca dan meminati jawi. Kenapa?

Gambar : koleksi peribadi

Sebab ada pelbagai aktiviti di dalam 5 edisi majalah ini yang boleh dibuat berulangkali (setelah di'laminate') 😉 Nak tahan lama, mestilah kami 'laminate'. Berbaloi!

Gunakan whiteboard marker atau whiteboard pen yang kecil tu. Saya biasa beli di kedai borong jadi tidaklah terasa sangat bila nak beli 🙈 Di Melaka, ada kedai borong bernama Tong Hup yang terletak di Bacang.

Tulis dan lap. Anak suka baca cerita pendek, buat teka silang kata, mencari padanan gambar dan perkataan, warnakan gambar berpandukan warna dan huruf.

Boleh baca lanjut tentang majalah Inspektor Jawi ini di sini --> Inspektor Jawi

Hanya RM16 termasuk pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya di :

www.wasap.my/60133613516/InspektorJawi

Saya alu-alukan juga belian borong. Minimum kuantiti borong ialah 15 set. Harga berbaloi insya Allah.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 11 Disember 2017

Testimoni / maklum balas kombo buku Dr Anayasmin


Alhamdulillah, seorang demi seorang pembeli buku Dr Anayasmin telah menerima buku mereka.

Buku baru Dr Anayasmin telah dilancarkan pada 23.11.2017. Promosi selama 9 hari dengan harga 10% diskaun bagi harga kombo RM54 (normal price RM63) mendapat sambutan menggalakkan. Masya Allah.





Gembira dan terharu menerima maklum balas positif. Saya doakan agar ibu dan anak mendapat manfaatnya. Amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 10 Disember 2017

Terapi membaca 🌸


Seperti mana nak galakkan anak membaca supaya jadi pencinta ilmu, ummi pun sama kena usaha juga.


What's Up Turks? dan Cikgu Kampung adalah buku bergenre travelog kehidupan. Satu berkisar pengalaman seorang Melayu yang menjadi menantu Turki dan sebuah lagi catatan kemas pengalaman seorang pendidik yang berjiwa besar. Masya Allah.

Tak dapat menahan kolam air mata akhirnya tumpah jua lewat karya penulis berdua ini.

Pn Ayza, anak kelahiran Melaka bertemu jodoh dengan suami dari Turki kini menetap di sana. Banyak sisi budaya dan tempat di sana yang dapat dibaca melalui catatan beliau. Berbaloi dapatkan buku ini. Ada sedikit diajar bahasa Turki, resipi makanan Turki dan petua-petua masyarakat di sana.

Cikgu Kampung.

Saya 'speechless'. Salam hormat buat cikgu ini. Meskipun bertugas jauh di pedalaman tetapi tidak mematahkan semangat untuk mendidik. Seorang guru yang melihat dengan mata hati akan sisi lain anak-anak didik. Sangat terkesan di hati. Barakallahufik cikgu.

Bukan Sekadar Homeschooling oleh Pn Khadijah Gani saya cermati dari muka surat pertama. Teruja! 😉 Sabar, belum habis baca.

70+ Aktiviti Cinta al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi - bukan anak je rambang mata, saya lebih lagi excitednya😄Masya Allah. Sangat membantu ibu yang sibuk berkerja seharian dan meluangkan sedikit masa bersama anak-anak.

Disertakan ayat Quran ke berapa, cara membuat aktiviti, yang penting, gambar jelas, buku bersaiz besar (22.5 x 22.5cm) dan berwarna penuh.

Robo Belajar Tentang Manusia - berkonsepkan pendidikan seksualiti islami.  Gambar jelas, penerangan jelas dan ada aktiviti sebagai sokongan. 

#FitrahHomeLibrary
#bukuke62dan63
#readingchallenge

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 9 Disember 2017

Surah Ar-Rahman


Anak-anak suka dengar bacaan surah ini oleh Muzammil Hasballah. Dengar melalui Radio Mini Al-Quran.

Anak-anak request mahu hafaz surah ini. Sebenarnya sedang hafaz Surah Al-Qalam ayat 42. Nampaknya kena cari cara motivasikan mereka hafaz hingga habis.

Sementara ini, saya bantu lukiskan untuk surah Ar-Rahman.




Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 7 Disember 2017

#cutisekolah Aktiviti 5 : Kursus Pengurusan Jenazah


Sudah lama mahu belajar semula bab pengurusan jenazah. Padahal sejak kecil selalu pergi. Tapi itulah, bila tak ada minat dan tiada kesedaran akan kepentingan bab ini, semua ilmu bagaikan angin lalu sahaja 😖

Abu Hurairah meriwayatkan Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : kewajiban seorang muslim kepada muslim yang lain ada lima perkara iaitu :
Jawab salam
Menziarahi orang sakit
Iring jenazah
Memenuhi jemputan
Mendoakan orang bersin.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kali ini, tadah telinga betul-betul. Terkesan di hati apabila penceramah sebut, "jika boleh, usahakan satu keluarga satu orang yang mampu urus jenazah ahli keluarga. Misalnya mak ayah kita yang meninggal, takkan kita sebagai anak tak boleh nak mandikan? Takkan mahu orang lain uruskan? Masa kecil dahulu, siapa mandi dan cuci berak kita?" 😭

Kursus ini menunjukkan teori dan praktikal dari tatacara menziarahi orang sakit, menyediakan kain kafan, tindakan kita semasa orang berkenaan nazak, tindakan semasa orang tersebut baru meninggal, memandikan jenazah, solat jenazah sehingga ke pengkebumian.

Moga ilmu ini lekat dalam ingatan. Terasa mahu membantu bilal wanita yang ada di kampung ini jika berlaku kematian. Mampukah saya 😢

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015