Jumaat, 9 Februari 2018
Siri Mudah Baca ; khas untuk anak yang baru belajar membaca
Apabila anak mula belajar membaca, ibu ayah dan guru pasti mencari bahan bacaan yang sesuai untuk menyokong anak ini lancar membaca dan menarik minat mereka untuk membaca.
Dari dahulu lagi saya sukakan buku cerita untuk pembaca awal (early readers) dari Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
Siri Mudah Baca ini mempunyai 4 level. Setiap satunya disusun mengikut tahap bahasa mengikut umur. Perkataan yang dipilih turut mudah dan biasa didengari dalam kehidupan seharian.
Sukukata juga berwarna bagi menggalakkan anak-anak ini membaca.
Harga buku ialah RM50 per set. Kos pos RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM13 (Sabah Sarawak).
Berminat untuk dapatkan buku ini, boleh hubungi saya :
Jumpa lagi 😊
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Iqra' At-Taisir yang Pertama
Bila anak-anak tidur, baru dapat luruskan pinggang sekejap.
(Gambar : koleksi peribadi)
Ternampak Iqra' At-Taisir di atas para rak buku. Capai dan buka muka hadapan.
Terkedu.
Nama Kakak Khaulah.
Dan di sebelah kanan nama Abang Ngah.
Inilah Iqra' At-Taisir pertama yang dibeli dahulu. Asbab kepada kakak Khaulah lancar baca al-Quran.
Sebak pula terasa. Terimbau kenangan bagaimana si sulung ini mula belajar membaca al-Quran.
Sebenarnya, pada tahun itu, pengurusan masa ummi agak huru-hara. Baru dua anak waktu itu. Tetapi dengan tuntutan kerjaya dan pengurusan masa di rumah membuatkan ummi rasa lelah tetapi hanya dipendam dalam hati.
Ummi tak sedar bila Khaulah mula membaca Iqra' At-Taisir kerana ummi ajar Khaulah menggunakan Set Al-Furqan.
Selepas beberapa minggu menggunakan iqra' ini barulah abi utarakan pendapat. "Bagus iqra' ni. Khaulah terus baca ni lah." Rupanya Khaulah sudah pun belajar dengan abi menggunakan Iqra' At-Taisir sejak Mei 2013.
Sejak itu ummi mula mengambil alih. Alhamdulillah, sebenarnya Khaulah anak yang mudah diajar dan mengikut kata. Allah yang beri kemudahan kepadanya untuk terang hati membaca dan mempelajari al-Quran. Ummi ini hanya perantara menunaikan tanggungjawab dengan kasih sayang.
Khaulah khatam Iqra' At-Taisir dalam masa dua bulan. Sepanjang mengaji iqra' ini dia nampak seronok kerana reka letak buku ini berwarna-warni dan mudah diikuti.
Sejak itu, Iqra' At-Taisir ini kami cadangkan kepada kenalan, anak-anak murid kelas mengaji dan sesiapa yang berminat mempelajari al-Quran dari asas semula.
Tapi harus diingatkan, kaedah belajar mengaji al-Quran tidak terhad kepada sesuatu jenis buku. Malah saya dahulu belajar mengaji menggunakan kaedah mengeja dan memakai muqaddam. Selepas itu barulah Kaedah Iqra' mula terkenal.
Kini, di kala usia kakak menginjak 8 tahun, iqra' at-taisir ini pula "diwariskan" kepada adik-adik. Abang Ngah dah selesai pakai. Kini giliran Asma' dan tidak lama lagi Abdurrahman 'Arefee pula insya Allah.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Sabtu, 3 Februari 2018
Mengaji semasa kecil dahulu
Apa kenangan terindah kita semasa mengaji waktu kecil dahulu?
Di mana kita belajar mengaji?
Apa perkara yang tak dapat kita lupakan?
Semasa kecil saya berguru dengan 3 orang guru untuk belajar mengaji al-Quran. Pertama, emak saya. Kedua, ayah saya. Dan ketiga, guru mengaji formal, Ustazah Maziah atau kami panggil Mak Lang.
Emak saya paling baik semasa ajar saya mengaji. Jarang kena marah. Ayah dan ustazah memang garang. Boleh menangis dibuatnya.
Positifnya, saya berusaha belajar dan membaca dengan betul supaya tak kena marah.
Masa kecil, ustazah selalu buat kelas. Masa memang terisi Isnin hingga Ahad. Non-stop. Selalu buat pertandingan (dan hadiah berupa syiling 50 sen atau RM1. Sangat lumayan waktu itu untuk anak kecil 😃) dan selalu dapat berjalan-jalan (ustazah rajin bawa anak murid pergi program).
Kini, mengajar sendiri anak al-Quran membuatkan saya sedar kenapa guru dahulu garang- garang belaka. Mungkin tidak dapat menahan apabila kesalahan sama berulang (walaupun tanpa sengaja).
Tak mengapa, apa pun cara didikan dahulu dan sekarang, buatlah dengan ilmu dan dengan niat mendidik anak.
Berusaha untuk lebih sabar dan tenang mengajar anak-anak. Ada anak mengambil masa tiga hari, seminggu mahupun sebulan sebelum menguasai sesuatu bacaan.
Jika kita faham akan tahap perkembangan anak, perangai anak dan cara tackle mereka insya Allah hati lebih sabar.
Cakap pada diri sendiri ni 😂
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Rumusan Minggu Keempat
Lewat seminggu 😃
Belajar tentang Sains - Tubuh Badan , bahasa Arab membezakan haza dan hazihi dan kelas masakan anak-anak . Kebanyakan waktu yang lain kami banyak tasmik hafazan terdahulu.
Minggu lalu hanya dapat buat kraf aktiviti huruf ba sahaja dengan anak-anak kelas mengaji.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Jumaat, 2 Februari 2018
Resepi Semperit Koko Gluten Free
Masih mencari jalan menyediakan makanan sihat sebagai alternatif kudapan anak di rumah dan ketika keluar rumah.
Mahu kurangkan pergantungan dengan biskut, roti dan manisan yang ada di pasaran.
Saya mula join Telegroup Resipi Sourdough dan Gluten Free beberapa bulan lalu. Banyak resipi yang dikongsikan melalui group ini. Alhamdulillah sangat membantu saya yang tak pandai memasak ini 😅
Hari ini berpeluang membuat Semperit Koko atau Butter Choc Cookies. Kredit kepada Kak Ma (pengasas Telegroup : https://telegram.me/sourdoughbyfinemama)
Samperit Koko @ Choc Butter Cookies
(Tanpa gluten & tanpa telur)
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung jagung non GMO
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan pure butter
1/2 cawan gula tebu asli (blender halus)
1/2 sudu kecil vanilla extract (tak guna pun tak mengapa)
Cara-cara :-
💮 Tepung jagung, tepung beras dan serbuk koko dimasukkan ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
💮 Dalam mangkuk lain pula kacau butter, vanilla extract dan gula perlahan-lahan.
💮 Akhir sekali masukkan tepung yang disatukan tadi sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang lembut mudah ditekan dalam acuan.
💮 Jangan keras nanti sakit tangan. Semakin lama doh semakin mengering, jadi tambah sedikit butter. Tidak perlu uli terlalu kuat kerana biskut mungkin akan terlebih kembang atau merekah.
💮 Boleh terap atau guna acuan ikut citarasa masing-masing. Bakar suhu 175°C dalam 15 minit mengikut ketuhar masing-masing.
Alhamdulillah, Allah beri sedap. Lebih kepada rasa biskut butter coklat. Mungkin selepas ini saya buat tanpa serbuk koko pula.
Suami dan anak-anak suka makan. Dan rezeki anak-anak buah dapat makan "kuih raya" hari ini 😉
Barakallahufik buat KakMa.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Selasa, 30 Januari 2018
Ulasan buku : Budak Sekolah No. 1
Buku ini ialah novel untuk awal remaja. Kisah Alif yang berpindah ke sekolah baru dan memasuki 3 Alamanda. Peliknya, semua pelajar kelas itu seperti robot - tiada perasaan dan tiada masalah disipin.
Namun, sehingga tamat cerita saya tidak dapat mengetahui motif pelajar kelas ini berlakon sedemikian rupa 😑 Dan bagaimana mereka boleh bersatu hati berlakon sejak dari Tingkatan 1.
Mungkin mahu menunjukkan seolah-olah mereka ini baik belaka. Para guru pun mempercayai mereka lantas tidak percaya jika mereka melakukan kesalahan.
* Ini ialah e-book yang dipinjam dari PNM.
Buku 7 / 2018
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Isnin, 29 Januari 2018
Ulasan buku Lihat Langit
Alhamdulillah. Selesai baca dengan anak-anak. Mereka sangat suka dengan buku ini.
![]() |
| Kulit buku |
![]() |
| Muka surat pertama |
Lihat Langit ditulis oleh Udamatsaid terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ia menceritakan perubahan cuaca yang kita alami.
Pagi yang cerah.
Langit yang cerah.
Hujan.
Selepas hujan.
Pelangi.
Siang dan malam.
Bulan dan bintang.
Anak hairan apabila tiba di muka surat ini. Ummi, kenapa dia sebut Wa! Wa! Serta-merta saya teringat masa kecil dulu letak tapak tangan di mulut dan letak berulang kali di mulut sambil keluarkan suara - Wa Wa Wa Wa Wa , itu bulan! 🤣
"Oooh", anak balas. Muka mereka masih hairan. Yalah, saya tak pernah buat begitu dengan mereka.
Ummi, macam surah asy-Syams kan?
Terkedu saya mendengarnya. Alhamdulillah bila anak boleh kaitkan dengan surah yang dibaca 😊 Meskipun mungkin anak hanya maksudkan maksud
ayat pertama dari surah tersebut.
Buku 6 / 2018
#iRead2018
#readingchallenge
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
















