Sabtu, 17 Mac 2018

Bercerita Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut


Jumaat malam Sabtu ialah kelas fardu ain untuk anak-anak di sini. Baru tiga minggu kelas bermula semula (sebelum ini hanya kelas al-Quran) kerana saya memikirkan keperluan untuk memenuhi ruang tarbiah rohani anak-anak kecil.

Saya tidak sempurna. Malah jauh untuk menjadi murabbi. Namun saya harap dengan memberi kepada anak-anak ini menjadikan saya muslim yang lebih baik setiap hari.

Minggu pertama dan kedua banyak kepada memperkenalkan Allah sebagai tuhan kita. Apa yang Allah cipta, apa ciri-ciri Allah, adakah Allah sama seperti manusia dan mengajak anak-anak ini berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Minggu ini sedikit berbeza. Mencuba pendekatan bercerita kisah dari Al-Quran. Surah An-Naml ayat 15 hingga 19.

Ya, pasti dapat agak kan? Kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Permulaan kelas dimulai dengan bertanya agak-agaknya haiwan apa yang disebut oleh Allah dalam al-Quran.

Ada yang menjawab unta, gajah, semut, lebah, lipas (?) dan rusa. 

Hehe.

Maka, sesi bercerita dimulakan. Saya hanya menggunakan sekeping gambar sebagai latar cerita malam tadi.

Masya Allah, reaksi anak-anak ini meneduhkan hati. Ada yang terlopong mulutnya mendengar kisah Nabi Sulaiman yang memahami bahasa haiwan, jin dan manusia.

Sempat diselitkan supaya tidak sewenang-wemangnya membunuh semut. Ini disebabkan saya pernah melihat ada antara mereka sengaja memburu semut dan membunuhnya.

Aktiviti cerita ini diinspirasikan dari buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran tetapi diubahsuai sedikit mengikut masa yang terhad.


Mereka dikehendaki menulis tajuk dan sumber ayat di dalam buku dan dilukiskan sedikit ilustrasi. Saya dan seorang lagi guru membantu memberikan tambahan hiasan untuk dilekatkan pada sarang semut yang mereka lukis.



Disebabkan buku tulis ini saya pegang, maka bersungguhlah mereka menyiapkan kerja. Ada yang masih belum pulang jam 8.45 malam! 

Hasil kerja sebahagian anak-anak ini

Aduhai, ibu ayah sudah lama menunggu meskipun saya sudah beri kebenaran untuk pulang. Kebiasaannya mereka akan pulang sebelum 8.30 malam ๐Ÿ˜…

Alhamdulillah. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 16 Mac 2018

Kelas Roti Anak-anak


Alhamdulillah Allah izinkan kelas memasak bersama anak-anak semalam berlangsung lagi. Kali ini kami meroti pula. Untunglah ibu susu ada macam-macam skill memasak ๐Ÿ˜‰ dan paling penting SABAR melayan anak-anak. Saya pula kebanyakan waktu jadi pemerhati sebab tak mampu nak sesabar beliau. Haha.

Dan kali ini lebih teratur arahan, disiplin dan perjalanan memasak. Meja jepun yang lebar sesuai untuk kesemua 4 orang anak ini dan 2 orang ibu. Aras rendah sesuai dengan ketinggian anak-anak. Duduk dan berdiri sedang elok sahaja.


Mula-mula, aturkan bahan, bahagikan tugasan, baca resipi dan masukkan bahan satu-persatu. Siap semua, kami masukkan ke dalam breadmaker. Alhamdulillah, ada gajet yang memudahkan.




+++
Resipi :

380g tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu kecil yis segera
80g gula castor
1 biji telur gred A*
100ml air sejuk*
100g water roux (lihat ***)
60g marjerin / butter*
Mozarella / parmesan dan gula secukup rasa untuk hiasan


Cara-cara :

๐ŸŒธ Masukkan bahan basah (*) dahulu diikuti bahan kering.
๐ŸŒธ Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat ketepatan yang dikehendaki.
๐ŸŒธ Tapi kami gunakan breadmaker (BM) sahaja, jadi hanya letak dalam BM. 

*** Cara membuat Water roux :

50g tepung gandum
250ml air

Cara : masukkan dalam periuk kecil. Guna api kecil. Panas dan kacau sehingga pekat.

+++

Sementara menunggu doh diuli, anak-anak sambung bermain blok, masak-masak, bertukang, berlakon dan 101 aktiviti lagi ๐Ÿ˜„ Ibu dua orang ni tak sudah-sudah berceloteh. Maklumlah, suri rumah yang jarang berjumpa๐Ÿ˜…

Ting! 

Yeayy.. siap sahaja doh, anak-anak basuh tangan dan mula mengambil tempat masing-masing. Mereka ambil doh sendiri, canai, masukkan inti dan bentukkan mengikut apa yang di ajar oleh Ummi Kay. Kami guna inti kacang merah dan sekaya.

Ada bentuk bunga, bentuk bulan sabit, bentuk ulat gonggok (heheh) dan bentuk muka teddy bear. Nampaknya dah makin nampak kelebihan dan kecenderungan anak-anak semasa meroti. 

Ada yang diam, fokus. 
Ada yang diam, tapi buat hal sendiri ๐Ÿ˜‚ 
Ada yang mulut bising, tapi tangan tetap buat sampai jadi. 
Ada yang mulut bising tapi cepat putus asa. 

Opss.. tak mengapa. Baru permulaan. Masih boleh diberi tunjuk ajar ๐Ÿ’“

Seperti biasa. Berselera anak-anak makan bila roti mereka siap. Tak sempat nak simpan untuk abi mereka. 



Tak mengapa tunggu doh seterusnya. Nak dijadikan cerita, doh itu bantat๐Ÿ˜… Gigih pula Ummi Kay buat lagi sekali selepas kami pulang ke rumah. Siap hantar ke rumah petang semalam. Jazakillahu khaira๐Ÿ˜

Alhamdulillah. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 14 Mac 2018

Cabaran 8 : Buku Siri Delima dari AmeenBooks


Hari ini anak nombor dua sukarela mahu belajar membaca. Terkesima juga tadi ๐Ÿ˜„ Jarang dia mahu volunteer membaca.

Mungkin tercabar (ye ke?) apabila kakak tak mahu bacakan komik kegemarannya hari ini. Kebiasaannya kakak akan bacakan. Tapi hari ini kakak sibuk buat kerja. Kasihan pula melihat abang ngah.

Ada 4 buah buku yang dibaca iaitu :


1) Helo

2) Deria Saya

3) Cium Sekali

4) Tepuk-tepuk

Buku-buku dalam Siri Delima ini disusun khas untuk anak usia 3 tahun ke bawah. Pemilihan kata juga dari suku kata yang mudah.

Anak nampak gembira apabila berjaya membaca helaian demi helaian. Sehingga akhirnya dia berkata : Ummi, esok buatkan abang ngah komik eh?

Alamak! Macam mana ummi nak buat komik ni? ๐Ÿ˜“

Apa yang saya pelajari hari ini :

1) Waktu membaca adalah waktu santai dan sepatutnya menggembirakan semua pihak.

2) Apabila semua dalam emosi yang tenang, maka minat akan muncul.

3) Jadi tidak timbul isu paksaan dalam membaca di sini.

4) Belajar menerima pendapat anak dan raikan minat mereka dalam hal memilih bahan bacaan yang disukai.

5) Kita boleh "install" banyak nasihat yang baik semasa membacakan mereka cerita. Malah, boleh ulas dan beri pandangan dari sudut agama dan pengalaman kita apabila berhadapan dengan situasi di dalam sesebuah cerita. Secara tidak langsung anak membina satu pengetahuan dan benteng di dalam diri.

Alhamdulillah selesai hari ke-8 ๐Ÿ˜

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 13 Mac 2018

Cabaran 7 : Buku Main Batu Seremban



Main Batu Seremban ini ialah buku dalam Siri BAWAL terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Masya Allah, nostalgia sungguh buku ini. Saya dan adik-adik membesar dengan siri BAWAL. Semasa kecil ayah sering membawa kami membaca buku di Perpustakaan Desa Air Tawar, Merlimau. 

Buku ini ada banyak tajuk. Terasa seperti tidak habis-habis kami baca ๐Ÿ˜„ Alhamdulillah berkesempatan mendapatkan sedikit buku ini untuk anak-anak. Seingat saya, saya beli ketika baru berkahwin dahulu. Anak pun belum ada ๐Ÿ˜…

Main Batu Seremban memaparkan dua orang kawan baik, Sarah dan Izzah yang bermain batu seremban tatkala ibu-ibu mereka berjumpa sekejap. 

Gambar : koleksi peribadi





Melalui cerita ini anak-anak didedahkan dengan permainan batu seremban dan cara bermain (melambung 1 batu seremban ke atas, dan mengambil baki di atas tanah, menimbang batu seremban dan menangkapnya kembali).

Dalam masa yang sama anak-anak belajar kiraan asas matematik. Seronok dibaca. Apatah lagi apabila dapat bermain sendiri batu seremban dengan anak-anak.
Baca sambil baring. Dah janji baca sebelum tidur tengahari.
Ha, nanti saya kongsikan lagi ya insya Allah. Dari mula proses menjahit batu seremban, memasukkan kacang hijau ke dalam pundinya seterusnya mengajar anak-anak bermain batu seremban. Mudah-mudahan saya dapat berkongsi di sini. Doakan ya ๐Ÿ˜

Nilai yang diperoleh dari buku ini ialah :

1) Anak mempelajari salah satu permainan tradisional.
2) Pendedahan kepada kiraan asas matematik.
3) Penerapan kemahiran sosial seperti menunggu giliran dan sabar ketika kawan sedang bermain.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 12 Mac 2018

Cabaran 6 : Buku Who Makes Me?



Meneruskan hari keenam dengan sebuah buku Bahasa Inggeris bertajuk Who Makes Me? Buku ini adalah buku ketiga dalam siri The Signs of Allah's Might karya Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suami, Dr Nordin Endut.

Buku dalam siri ini memang disusun secara bacaan bergred. Perkataan berulangnya sesuai untuk anak-anak yang baru belajar membaca. Bonus, buku dalam Siri The Signs of Allah's Might ini mempunyai sentuhan akidah Islamiah.

Buku ini hanya mempunyai soalan dan gambar. Tetapi ibu ayah perlu "guide" anak dengan jawapan yang betul seperti :


Who made the sun?
Allah.


Who made the moon?
Allah.


Who made the rainbow?
Allah.

Masya Allah. Ilustrasinya pun cantik. Tulisan agak besar. Buku pun saiz comel. Elok sahaja dipegang oleh anak.

Selepas ulang beberapa kali, anak dapat kenal pasti beberapa perkataan seperti who, the, sun, moon, rainbow dan rain. Anak ini belum diajar membaca lagi.

Alhamdulillah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Peta Cerita : Buku Sebelum Hujan Turun


Contoh Story Map

Jika dalam bahasa Inggeris, peta cerita dipanggil Map Story. Saya sahaja yang terjemahkan begitu. Tak tahulah istilah sebenar.


Semalam kami baca buku Sebelum Hujan Turun, jadi terasa nak buat Peta Cerita. Cuma hari ini baru siap. Hehe.


Peta Cerita memang mahu didedahkan kepada anak sulung ini. Jika di sekolah, ada buku NILAM. Tetapi kami di rumah, hanya buat catatan ringkas dan sesekali buat begini.

Watak dalam cerita anak mahu lukiskan jadi dia Google dengan kata kunci "rabbit step by step" dan sebagainya. Tapi disebabkan ada yang dirasakannya susah, saya bantu tunjuk cara dan dia lukis sendiri.


Di sini, nampak kepentingan kemahiran menulis dan kreativiti anak melukis serta memikirkan isi penting dari cerita. Kita yang dewasa ini pun perlu berfikir juga ๐Ÿ˜ƒ

Ok, jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 11 Mac 2018

Cabaran 5 : Buku Sebelum Hujan Turun


Dua, tiga hari lepas semasa memilih buku bersama anak-anak, saya terperasan tajuk siri ini : "Cerita Sains untuk Kanak-kanak." Menarik ni.

Hari ini, buku ini menjadi pilihan anak ketiga.

Buku ini bersaiz A4 dan mempunyai suku kata berwarna. Ayatnya juga mudah dan menarik. Gambar juga agak besar dan watak arnab sangat menarik minat anak saya.

Kisahnya, anak arnab sedang memetik bunga di lereng gunung. Cuaca panas. Dia terlihat burung layang-layang terbang rendah, ikan timbul sebentar di permukaan air dan semut yang cepat-cepat berpindah-randah.


Eh, mengapa semua berlainan sahaja hari ini? Lalu kawan-kawannya ini menerangkan :

Burung Layang-layang terbang rendah kerana wap air banyak di langit. Hujan akan turun.


Ikan muncul di permukaan untuk dapatkan lebih udara segar. Udara di dalam air kurang kerana hujan akan turun.


Semut berpindah ke sarang baru kerana bimbang sarang akan ditenggelami air. Hujan akan turun.

Masya Allah, inilah tanda-tanda yang diketahui oleh haiwan sebelum hujan akan turun ๐Ÿ˜Š


Bagi anak yang lebih besar, kami buat peta cerita.

Watak
Situasi 3 haiwan
Kesan dan akibat

Bagi anak yang lebih kecil, mereka mahu buat origami arnab dan saya buat sedikit latihan pemahaman.

Alhamdulillah sudah separuh cabaran dipenuhi. Semoga esok bertambah baik! Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015