Ahad, 15 April 2018

Projek MEGA bermula dari rumah


Membaca kolum Dato' Hj Muhammad Zakaria di dalam sebuah kolum Majalah Al-Ustaz yang mengatakan zaman kini surat khabar dan TV bukan lagi menjadi saluran maklumat utama sebaliknya media baharu sudah mengambil alih peranan itu.

Tertarik dengan pandangan beliau bahawa perpustakaan mini di rumah bukanlah perkara biasa tetapi ia merupakan PROJEK MEGA membina tamadun membaca yang bermula dari rumah!

Sumber gambar : di sini

Jom, ibu ayah semua, kita mulakan dengan diri dan keluarga kita dahulu ✊

Oh ya, jika ada yang mahu mencari buku kanak-kanak yang berkualiti dan menarik, bolehlah PM saya ya!

++++++
Siri Peter and Jane

 Ada 36 buah buku yang ditulis secara bacaan bergred. Hanya RM250 termasuk kos pos (Semenanjung). Harga pasaran RM380 ke atas tau.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 13 April 2018

Kelas Membaca hari ini..


Petang tadi, menjaga anak buah comel lagi soleh di rumah mak. Maka, sesi kelas membaca bersama anak-anak buah pun ditukar ke rumah mak saya (a.k.a nek ummi 😉).

Disebabkan keletihan, saya tertidur sehingga Asar! Terasa baru bangun beberapa minit, anak-anak ini pun sampai. 

Wah, punctual! Haha.. terhuyung-hayang juga mak long ni nak urus diri.

Ok, hari ini belajar bunyi fonik 'h' dari Read Easy buku 3. Sedang ajar mereka bertiga, "TUMMMM!!!" Bunyi guruh! Masya Allah. Hujan lebat turun menderu serentak selepas itu.

Anak-anak ini pun nampaknya dah mula kurang fokus. Takutkan guruh @ mahu main hujan? 😂

Sempatlah mereka berlatih membaca sehingga muka surat 10. Aktiviti tambahan ~ buat lipatan origami "House". Hari ini tak sempat siap sebab masing-masing nak main basikal.



Jumpa nanti ya anak-anak. Esok kita belajar fonik 's' pula. Insya Allah 😊 Apa pula aktiviti esok, ya?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Mencari buku islamik untuk anak-anak?


Hari ini sudah 26 Rejab 1439. Tak lama lagi Ramadan akan menjelma. Bulan yang terbaik untuk kita sama-sama mendidik anak akan kebesaran dan kemuliaan bulan ini.

Ibu-ibu sudah bersedia?
Rancang awal.

Mencari bahan terbaik untuk pengisian Ramadan anak-anak? Dapatkan buku-buku BEST SELLER Aulad Read & Play!



Psst.. sekarang sudah ada koleksi buku HARD COVER bagi tajuk My Amazing Super Power dan Allah's Little Star. Jom dapatkan buku-buku ini. Insya Allah tak rugi beli!

Jom lihat video di bawah. My Amazing Super Power versi soft cover dan hard cover :


Oh ya, ada yang mahu tahu sinopsis setiap buku? ⤵








Menarik, kan?
PM saya sekarang 😍


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 12 April 2018

Kedai Buku DBP


Awal minggu ini singgah ke Kedai Buku DBP bersama anak-anak. Ya Allah, si kecil ini semakin ligat. Memang tawaf kedai buku DBP gamaknya 😅

Niat asal mencari buku teks pun tergendala. Tidak ramai pengunjung ketika kami sampai. Yalah, waktu bekerja. Ada seorang pelanggan lelaki sedang mencari buku.

Saya terpaksa biarkan anak-anak lain berjalan sendiri dan melihat-lihat buku.

Ada juga ruang kafe di sudut kanan dari pintu utama kedai, ada ruang jualan cenderahati, majalah, alat tulis juga buku-buku terbitan selain DBP.

Diam tak diam, dapat juga buku bagi setiap orang anak ini. Ummi juga tak dapat beli buku teks 😅 Jika tak silap, ada tawaran diskaun 10% bagi buku terbitan 2012 ke atas, diskaun 50% dan 20% tetapi sudah lupa tahun terbitan.

Sempat juga membelek buku-buku cerita DBP yang pernah saya baca semasa kecil dahulu 😊
Lalu ditunjuk kepada anak-anak. Bersinar mata mereka, "ye ke ummi baca buku ni masa kecik?" Haha.

Sabar jelah. Yang paling puas hati mungkin si kak cik dan yang kecik. Sebab dapat kerepek pisang 😌

+++++

Buku yang dibeli :

1. Kus dan Kur
2. Cerita Siti
3. Superjaguh Diperkuat
4. Mili Murid yang Bertanggungjawab
5. 15 Teknik Bercerita
6. Majalah Tamadun Islam Mac dan April
7. Dewan Masyarakat
8. 50 Permainan Bahasa Arab

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 11 April 2018

Belajar membaca bahasa Inggeris dengan kaedah fonik (bahagian 2)


Ini ialah sambungan dari perkongsian bahagian 1.

Huruf O


1. Latihan sebut fonik 'o'.

2. Kraf 'octopus'. Saya lukiskan kepala sotong dan lakarkan kakinya pada kertas warna. Anak-anak warnakan kepala sama warna dengan kakinya.

Jika ada goggle eyes boleh tambah. Saya tiada accessories ini, maka lukis biasa sahaja.

3. Belajar membaca dari Read Easy 1 (bagi yang sudah menguasai).

4. Permainan dam untuk pengayaan.

Alhamdulillah.

Huruf N


1. Latihan sebut 'n'.
- nest, numbers, nose, net

2. Anak-anak mencantum jigsaw puzzle 'n' sambil memikirkan kedudukan yang betul. Rupanya ia aktiviti yang sedikit mencabar untuk mereka. Tak mengapa, saya lihat kesungguhan mereka menyiapkan tugasan.

Huruf M.


1. M for mat.

Anyaman tikar untuk anak 7 tahun.

2. Tampal pattern seperti tikar untuk anak-anak 6 tahun ke bawah.

Kraf anyaman baru lertama kali dibuat oleh anak ini. Jadi saya perlu membantu semasa dia menyiapkan anyaman.

Bagi anak-anak kecil, dibantu oleh kakak usia 6 tahun.

Huruf P.


1. Latihan sebut 'p'.

Seperti biasa, saya akan tanya mereka ok, p for?

Dan mereka akan beri perkataan yang mereka tahu. Misalnya P for pot. Tiba-tiba terdengar suara kecil memberi contoh : P for Pataya. Haha lucu pula. Sebenarnya gambar yang saya lukis ialah Papaya 😄

2. P for peacock.
Kraf burung merak menggunakan kertas warna, kertas A4 dan gam.

Pecah rekod untuk sesi ini kerana anak-anak ambil masa hampir 90 minit. Gara-gara mahu siapkan juga kerja masing-masing.

Alhamdulillah, sepanjang 9 sesi (1 hari 1 sesi) bersama anak-anak ini, 2 orang sudah habis Read Easy buku 2. Insya Allah esok akan bermula Read Easy buku 3.

Adik-adik usia 5 dan 3 tahun pula, memang target untuk perkenalkan bunyi sahaja 😊

Moga Allah terangkan hati anak-anak ini dan berkati usaha mereka dan ibu bapa mereka. Amin.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 8 April 2018

Ragam membaca anak-anak


Minggu lalu, baru teringat mahu tukar buku dalam kotak buku. Jadi, inilah pilihan untuk minggu ini. (Tiba-tiba teringat BBW sale akan datang ke Melaka 27 April nanti. Yihuuu!)


Kali ini lebih kepada board book dan buku yang lebih menarik minat anak lelaki.

Dan ya, jika dilihat 2-3 hari ini, memang anak-anak lelaki yang dok mengulit buku. Anak perempuan? Yang besar-besar lebih senang berborak 😂 Yang kecil-kecil sahaja ambil buku dan baca.



Aha, nampaknya saya perlu buat sesuatu untuk anak remaja perempuan dan lelaki ni 😄

*Gambar : koleksi peribadi

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 7 April 2018

Belajar membaca bahasa Inggeris dengan kaedah fonik


Dimulakan dengan bismillah, bantu ajar anak buah membaca. Seronok jadi cikgu ni. Allah beri ilham macam-macam. Alhamdulillah.

Sesi tak lama. Dalam setengah jam sahaja. 

Fonik 'a'


1. Aktiviti padankan penutup botol dengan huruf pada epal. a = apple.

2. Kolaj stiker pada huruf a.

Fonik 'b'


1. Latihan sebut fonik 'b'.

2. Kolaj butang (alhamdulillah ada lebihan butang yang dibeli dari FB : Aya Loves Button). Kolaj ini saya tampalkan pada kadbod terpakai dan balut dengan plastik buku. Anak-anak boleh gantung di dinding jadi frame 😊

Fonik 't'

1. Latihan sebut fonik 't'.

2. Aktiviti tambahan : buat topeng harimau. Aktiviti ni berlanjutan hampir 60 minit. Suka betul dengan topeng besar ni😅


Fonik 'c'

1. Latih sebut fonik 'c'.

2. Beri sedikit latihan menulis dan terus ajar si kakak membaca menggunakan buku Read Easy 1. Alhamdulillah, lancar baca sehingga muka surat 14!

Baru kenal 4 bunyi, dah boleh baca ayat-ayat mudah dan pendek. Bersinar mata si anak ni.

Masih awal lagi, perlu selalu praktis. Moga Allah berkati anak-anak ini. Doakan ya 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015