Selasa, 8 Mei 2018

Ulasan buku : Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



Sejujurnya, ada banyak perasaan tatkala dimaklumkan buku ini bakal diterbitkan. Tambah lagi menurut penyelenggara naskah ini, Pn Najibah A. Bakar, semua karya diterima. Masya Allah. 

Membaca dari helaian ke helaian, membuatkan diri sendiri rasa puas dan dapat simpulkan beberapa perkara :

1) Peranan penting dimainkan oleh ibu bapa dalam menanam minat membaca dalam diri anak-anak. Galakan membaca serta contoh teladan diri yang juga suka membaca memberi impak yang besar kepada anak-anak.

2) Minat menyebabkan "kegilaan" anak-anak ini berusaha untuk membaca lebih banyak buku, akrab dengan buku dan mencintai buku. Malah, sebahagian besarnya mempunyai angan-angan atau impian besar sejak dari kecil dan berjaya mencapainya! Itulah kuasa baca dan ilmu 💪

3) Jangan memandang enteng pada buku kanak-kanak. Imaginasi anak dan keteguhan prinsip dirinya yang pertama mungkin tercetus dari pembacaan awalnya semasa kecil.

4) Sebahagian besar sudah mempunyai perpustakaan mini di rumah. Sudah pasti atas usaha ibu ayah mereka yang mahu menyemai budaya minat membaca dalam keluarga.

5) Selain faktor keluarga, perpustakaan turut menjadi penyumbang kepada seronoknya anak-anak ini membaca. Jadi, saya fikir sesebuah perpustakaan harus aktif berperanan dan mempunyai koleksi terkini untuk rujukan anak-anak kita.

Saya pasti setiap orang juga mempunyai pengalaman sendiri. Namun, membaca pengalaman daripada 20 orang penulis ini pasti menjentik rasa dan membugar semangat untuk terus menyuburkan budaya iqra'.

Selamat membaca!

Buku 27 / 2018

#jejaktarbiah

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 7 Mei 2018

Majlis Khatam Al-Quran


Gambar : koleksi peribadi


Alhamdulillah. Meraikan anak-anak yang sudah khatam al-Quran dalam sebuah majlis semalam di Pusat Pengajian Darul Sunnah, Kampung Bukit Pegoh, Melaka.

Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur serta anak-anak yang membantu menjayakan program ini.

Seramai 16 peserta diraikan. Hadir bersama ibu ayah dan keluarga masing-masing serta masyarakat setempat.

Majlis bermula kira-kira jam 8 pagi, berarak dari rumah Ustazah Maziah ke Darul Sunnah. Kami mulakan dengan bacaan zikir pagi, ucapan alu-aluan dan khatam al-Quran.

Usai sesi khatam, penyampaian cenderahati diberi kepada peserta dan tenaga pengajar. Hadiah disampaikan oleh pengasas kelas mengaji ini, Ustazah Siti Fatimah bt Mohd Ali @ Ustazah Maziah diiringi Ustaz Muhammad.


Selepas berehat seketika, majlis diteruskan dengan pertandingan :

1) Membaca Surah Al-Fatihah

- untuk anak-anak berusia 8 tahun ke bawah.







- bertujuan menggalakkan anak-anak ini biasa membaca Surah Al-Fatihah.
- dimenangi oleh Rabiatul Adawiah bt Yaakob (8 tahun) bagi perempuan dan Harith Anas bin Mohd Hafiz (5 tahun) bagi lelaki.

2) Hafazan Kategori Terbuka (Perempuan)

- Format : ada 3 soalan iaitu membaca surah hafazan, membaca surah pilihan juri dan menyambung bacaan zikir pagi yang ditanya oleh juri.

- menerima 9 penyertaan
- hadiah disediakan untuk 5 tempat teratas
- dimenangi oleh adik Nur Safia bt Mohd Hafiz diikuti Khaulah bt Ahmad Kamalarifin dan Siti Nur Farzana bt Said Azmi.
- Pemenang menerima wang tunai (RM20, RM15, RM10, RM5 - mengikiut kedudukan 1 hingga 4), dan sebuah hadiah iringan.

Hafazan Terbuka (Lelaki)

- menerima 6 penyertaan
- dimenangi oleh Sufiean bin Azlee diikuti Abdul Qayyum bin Md Rashid dan Mohd Arief Daniel bin Zainur Arief.

Ada hadiah lain diberi untuk :

1) Anugerah Kehadiran Terbaik : Mustakim

2) Anugerah Tokoh Murid 2018 : Sufiean bin Azlee

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Barakallahufikum.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 6 Mei 2018

Kedudukan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir dalam carta


Maaflah ya jika entri asyik berkisar buku ini 😉 

Hari ini hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). 

Mengikuti rapat Facebook Pn Saadiah Ali, CEO Jejak Tarbiah yang rajin berkongsi carta top seller setiap hari. Dan akhirnya, pada hari ke-9 (Sabtu), buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir berjaya menempatkan diri di 10 tangga teratas.




Terima kasih atas sokongan anda!

Beberapa hari ini sejak stok buku berada di tangan, saya sudah selesai mengedarkannya kepada mereka yang membuat pra pesanan tempoh hari.

Untunglah dapat harga diskaun masa tu (harga pra pesan sehingga 26 April 2018 ialah RM20. Jimat RM5 dari harga asal).


Sekarang pun boleh beli 😍 Harganya RM25 senaskah. Belum termasuk kos pos ya. Tekan link di bawah :

www.wasap.my/60133613516/BukuKertasKertas

Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 5 Mei 2018

Hari Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



1 Mei 2018 mencatatkan beberapa momen penting.

Pertama, saya merasakan doa dari mak ayah menjadi asbab saya berjaya (dengan izin Allah) 😭 Tidak pernah terbayang mempunyai buku sendiri (walaupun ia sebuah antologi).


Kedua, pengorbanan ahli keluarga (terutama suami) yang berusaha memenuhi hasrat si isteri untuk hadir ke sesi pelancaran. 

Ketiga, kesungguhan para pencinta buku yang merealisasikan terbitnya naskah ini. Sekalung penghargaan buat Penyelenggara - Kak Najibah A. Bakar (mantan pustakawan ISTAC) dan Tuan Nazmi Yaakob (Wartawan Berita Harian) serta rakan-rakan dari Goodreads Malaysia.


Keempat, buat Pn Saadiah Ali dan tim Jejak Tarbiah, editor, pereka kulit buku dan lain-lain, kami sangat hargai sokongan dari pihak Jejak Tarbiah. Semoga terus maju dan menyebar kebaikan buat ummah.



Sejujurnya, jatuh hati dengan grafik buku ini saat kali pertama dimaklumkan. Terbaik graphic designer nya 😍
Bersama Ustaz Ruzain Syukur, atase pendidikan yang turut menyumbang di dalam antologi ini

Kelima, sudah pasti buat para pembaca atau bakal pembaca yang mendapatkan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir ini.

Apa yang ada dalam naskah ini?

21 orang penulis pelbagai latar belakang berkongsi pengalaman awal bagaimana mereka mula membaca. Dari mana datangnya minat membaca, bagaimana usaha yang dilakukan bagi memenuhi kesungguhan mahu membaca, sehingga membawa kepada impian-impian besar yang akhirnya sebahagian dari mereka telah gapai di kemudian hari. Masya Allah!

Seribu langkah ke hadapan pasti bermula dengan satu langkah. Begitu jugalah dengan karya saya di dalam naskah ini. Karya sulung saya yang saya akui banyak kelemahan akan cuba diperbaiki dalam karya mendatang. Doakan ya!

Saya pasti anda juga ada kisah sendiri. Bagaimana pengalaman awal anda membaca?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 4 Mei 2018

Jangan lengah pisahkan tempat tidur anak


Beberapa minggu lepas, ada ibu-ibu anak murid mengaji mengadu. "Na, anak saya ni dah besar-besar pun tidur sekali dengan maknya."

Terangkat kening saya. Automatik terbayang muka si anak-anak yang dimaksudkan.

Memang sudah besar. 13 tahun! Saya geleng kepala.

Teringat juga kepada beberapa kes luar biasa di sekolah khas, tempat saya mengajar. Pernah beberapa kali terjumpa anak murid berkelakuan pelik di sekolah.

Apabila ditanya, tak mahu jawab. Maka sesi soal siasat terpaksa dilakukan. Hah, barulah dapat punca. Anak sebesar 12 hingga 13 tahun masih tidur sekatil dengan ibu ayah!

Anak-anak didik saya ini hanya OKU pada pendengaran tetapi mereka normal penglihatan. Aduhai, sikap acuh tidak acuh ibu ayah mengundang masalah besar yang mereka tidak jangka. Cikgu di sekolahlah yang pening kepala mahu tangani kes-kes begini.

Isu anak tidur sekali dengan mak ayah adalah isu penting yang tidak boleh diambil ringan.

Pertama, ada hadis Rasulullah yang memberi panduan :

“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Jadi, anak harus tidur berasingan secara total ketika usia 10 tahun! Asingkan anak lelaki dan perempuan. Juga tidak tidur di bilik ibu ayah.

Kedua, mendidik anak meminta izin. Di sini adab sangat perlu ditekankan seperti yang terkandung dalam Surah An-Nur ayat 58 :

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya'. (Itulah) tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Jadi, jangan bertangguh!

Ruang-ruang di rumah. Asas penting mengajar anak aurat rumah dan adab-adab meminta izin dari ibu ayah

#SayaJualBuku
#RoboBelajarTentangManusia
#DidikanSeksualitiIslami
#UntukAnak
#bermuladirumah

Khamis, 3 Mei 2018

Bacaan April 2018


Sekian lama dilanda reader's block akhirnya berjaya juga memecah tembok kemalasan membaca buku bulan ini 😅 Berikut ialah buku yang telah dibaca sepanjang April.





Buku ke-19 : Chef Pastri Biskut Raya oleh Hayati Hanif

Saya suka semangat Aina dan kawan-kawan yang gigih berusaha buat biskut, merancang teknik pemasaran dan bekerjasama serta bersatu hati menghadapi masalah. Gaduh-gaduh sikit tu biasalah kan? Nama pun budak-budak 😂

Sumber gambar : Laman web PTS

Buku ke-20 : Komik Hari-hari Sayang Nabi Volume 2


Ada komik dan hadis yang memudahkan pemahaman anak-anak yang membaca. Kartun pun cantik. Tengoklah siapa kartunisnya 😘

Buku ke-21 : Projek Dekor Dekor Ain Maisarah


Buku ni best! Tunggu saya buat reviu. Saya suka sekali dengan panduan dekor bilik versi bajet dalam buku ini. Alhamdulillah 😍

Buku ke-22 : Perahu Kertas oleh Dee

Aha.. novel cinta rupanya 😅 Namun berisi ilmu meskipun tidak banyak yang ditonjolkan. Sekurang-kurangnya dapat juga pengetahuan baru akan tempat menarik di Indonesia dan serba-sedikit tentang seni lukis.

Buku ke-23 : Komik Keluarga Si Mamat oleh Kartunis Lat


Tak perlu diperkenalkan. Memang senyum sahaja baca komik ni. Datuk Lat, memang gifted masya Allah. 

Kelakar baca Mamat yang sukakan Yati tetapi cinta tak berbalas. Kehidupan Mamat sehari-hari ada juga disentuh oleh Datuk Lat. 

Buku ke-24 : Best of Ja'a

Suka dengan saiz buku ini. Saya mengenali penulis melalui majalah Ana Muslim. Coretannya dalam bentuk catatan dan komik yang berkisar keluarga.

Tulisannya memang haluih.. aduhai, membaca semasa menyusukan anak.. terpaksa on lampu bilik atau lampu dari telefon bimbit.

Banyak ibrah boleh diambil dari catatan pengalaman seseorang. Boleh juga tahu sisi pandangan penulis tentang kehidupan mahu pun inspirasi dan motivasi 💪

Buku ke-25 : Pelukis Jalanan oleh Teme

Padanlah buku ini diangkat menjadi "best seller". Pengalaman sebenar yang dibukukan. Tambah istimewa ia ditulis sendiri dan mendapat sentuhan ilustrasi oleh Teme. 

Cuba tengok bahagian galeri. Kagum sungguh. Masya Allah!

Ok. 9 buku untuk April. Alhamdulillah. Banyak bacaan buku santai kali ini. Jom baca buku!

#iRead2018


Aina Dayana Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 1 Mei 2018

Sesi Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir


Insya Allah pagi ini bermusafir bersama keluarga ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL untuk Sesi Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir.



Jom jumpa bagi yang berkesempatan 😊 Reruai 4050 Jejak Tarbiah jam 2.30 petang. Doakan kami selamat sampai dan pulang.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015