Ahad, 21 Oktober 2018

Buku 9 : Chomp Tidak Perlukan Sahabat


Alhamdulillah, anak sangat menggemari buku terbitan Pelangi Sdn Bhd. Mungkin ilustrasi yang comel serta cerita yang dekat dengan mereka.

Ini kisah Chomp si Tupai yang tifak mahu berkawan dengan kawan-kawannya. Kasihan si arnab, si kucing dan si kura-kura.


Riang sahaja mereka bermain. Tetapi sayang Chomp tidak mahu turun dari rumah pokoknya. Mengapa ya?


Prihatinnya kawan-kawan Chomp. Mereka berbincang untuk membantu Chomp.



Sebenarnya Chomp tidak dapat  tidur sepanjang malam. Sebab itu dia letih dan cepat naik marah. Tetapi kawan-kawannya bijak mengambil hati. Chomp akhirnya tertawa dan sudi bermain semula.

Saya dapatkan buku ini daripada Personal Shopper BBW Ipoh beberapa bulan lepas, Pn Nurul Syuhada Hashim.

Selamat membaca!

#10HariKembaraBukuBergambar

Sabtu, 20 Oktober 2018

Buku 8 : Colours


#10HariKembaraBukuBergambar


Buku bergambar. Jadi kegemaran anak-anak. Buku seperti ini boleh jadi modal berbual dengan anak-anak. Terutama anak kecil berusia 3 tahun ke bawah.


Ha, ada sikatlah dik.
Adik kan suka sikat rambut. 
Cuba tunjuk ummi mana sikat?


Wah, merahnya strawberry! Siapa cipta buah ni, adik?
Allah.
Masya Allah, betul!


Tengok ni, ada Si Katak Hijaulah. Macam mana katak bergerak?
Yaaa, katak melompat toing..toing..kan?



Yummy..yummy,,sedapnya nampak buah ni.
Warna kuning dia menyerlah, dik!
Agak-agak buah apa ni?

Pisang.

Tepat sekali!

Ummi rasa macam ummi ni teruja sahaja lebih. Haha, anak kecil ini tersengih sahaja lihat lagak ummi bercerita. Apa-apa sahajalah nak. Asalkan anak suka dengan buku. Hihi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 19 Oktober 2018

Buku 7 : Katik


#10HariKembaraBukuBergambar




Hari ini kami pilih buku cerita Katik. Ini ialah buku pinjaman dari Perpustakaan Negeri Melaka. Ummi memang suka buku cerita lama macam ini. Penulis dahulu lebih seronok cerita mereka dan sebenarnya ummi yang feeling nostalgia lebih. Haha.

Cerita Katik ini merujuk kepada seekor ayam katik yang dibela oleh Tok Aki. Atim, cucu Tok Aki sangat sayangkan Katik. Lalu Atimlah yang memberi makan, bermain dan menjaga Katik.



Lihat gambar ini, anak-anak ketawa melihat Atim yang bermain dengan si Katik.



Suatu hari Katik hilang dan tidak dapat dikesan. Atim berasa sangat sedih. Setelah berbulan kejadian itu berlaku, suatu hari Atim terserempak dengan Katik di sebuah sungai. Rupa-rupanya Katik telah membina sebuah keluarga ;) Lalu Atim bawa Katik dan keluarganya pulang ke reban Tok Aki.

Anak-anak ini tiada pengalaman melihat orang membela ayam. Reban pun tak pernah tengok. Huhu. Dahulu kami ada membela beberapa ekor ayam. Tetapi sejak tanah dikambus dan jiran-jiran membuat rumah baru, kawasan reban kami pun sudah tiada.

Nanti jika ada peluang nak tunjuklah secara langsung :) Kalau tidak, anak hanya kenal ayam yang dipotong di pasar itu sahaja. Mujur jugalah kami hidup di kampung, masih ada jiran-jiran yang membela ayam :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 18 Oktober 2018

Buku 6 : Kisah Tiga Ekor Arnab


#10HariKembaraBukuBergambar




Buku ini mengisahkan tiga ekor arnab yang sentiasa diburu haiwan besar untuk dimakan. Mereka berkawan baik dan sentiasa berjaga-jaga akan bahaya yang datang. Mereka akan lari masuk ke dalam rumah (lubang) masing-masing jika diancam bahaya.

Namun, pada suatu hari, mereka bertindak melarikan diri ke arah tasik. Di tasik tersebut, tinggal sekumpulan katak. Melihatkan tiga ekor arnab yang berlari pantas, menimbulkan ketakutan kepada katan-katak itu.

Bertempiaran mereka lari menyembunyikan diri. Sang arnab terasa. Barulah mereka terfikir yang katak-katak ini takut kepada mereka. Lalu sang arnab meminta maaf dan menerangkan perkara sebenar.

Begitulah kehidupan mereka di rimba yang perlu berbuat baik sesama mereka.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 17 Oktober 2018

Buku 5 : Little Big Flaps Jungle Animasl


#10HariKembaraBukuBergambar



Alhamdulillah sudah hari kelima! Hari ini masih si kecil yang memilih buku. Abang kakak lebih selesa mendengar cerita sahaja. Buku ini sebenarnya didatangkan bersama finger puppet malangnya semua telah hilang. Saya beli buku ini lebih 5 tahun lalu untuk anak nombor 2 :) Bukunya masih teguh sehingga kini.

Gambar haiwannya besar dan ada flip pages. Seronoklah anak berusia 2 tahun ini. Tambahan lagi, hanya 1 ayat pada setiap muka surat. Abang kakak pun dok menambah cerita sendiri. Kelakar pula lihat ekspresi teruja si anak.

Subhanallah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 16 Oktober 2018

Buku 4 : Cabaran Luar Biasa


#10HariKembaraBukuBergambar

Hari ini anak masih memilih dari siri Matematik ITBM. Lihat kulit hadapan pun sudah tertanya-tanya. Anak-anak sndiri teruja mahu tahu cerita apa.

Ia mengisahkan seekor bapa kambing yang mahu mencari  
body guard untuk anak-anaknya kerana sekumpulan serigala suka mengganggu ketika anak-anaknya ke kaki gunung.

Iklan dibuka, banyaklah haiwan yang datang menghadiri sesi pemilihan. Ada 4 ujian yang dijalankan antaranya mengetahui ketinggian, kebolehan menangkap yang paling pantas dan mengangkat beban yang paling berat.

Setiap satu ujian digambarkan datanya dalam bentuk jadual. Secara tidak langsung anak mendapat pendedahan bagaimana sesuatu data dikumpulkan.

Menarik!





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 15 Oktober 2018

Buku 3 : Menjadi Lebih Besar 'dan' Lebih Kecil



#10HariKembaraBukuBergambar

Hari ini kami pilih buku dari Siri Kisah Matematik Ajaib ITBM. Tajuk ini agak mudah untuk difahami konsepnya oleh anak. Buku ini ialah buku terjemahan terbitan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Kami beli di Pesta Buku Melaka dengan harga RM5 sebuah.

Ilustrasinya cantik, Anak lebih tertarik dengan watak gajah kerana sejak kecil lagi dia lebih terdedah dengan haiwan gajah melalui buku cerita dan bantalnya berbentuk gajah 😀

Comel sahaja PangPang si gajah yang berkawan baik dengan TiaoTiao si arnab. Ada permainan di akhir bab. Ada 4 jenis. Paling seronok main game yang terakhir.
Cubalah. Nanti lihat gambar seterusnya 






Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015