Isnin, 10 Disember 2018

Saidatina Khadijah yang selalu diingati baginda



"Jika kita terharu dengan kesungguhan Nabi, kita patut sebak juga dengan kesetiaan Ummul Mukminin Khadijah." - Buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi, ms 171.

Ya, benar bukan? 
Menelusuri catatan babak rumah tangga baginda sollallahu 'alaihi wasallam kerap kali menceritakan baginda menyebut-nyebut kebaikan isteri pertamanya ini disamping menyantuni rakan-rakan Khadijah.

Padan benarlah Khadijah sentiasa dalam ingatan baginda. Beliaulah yang merawat luka dan sakit badan baginda, meneguhkan semangat baginda terus berdakwah, menaja keperluan baginda berdakwah, memahami perasaan suami dan bijak menenangkan kegusaran baginda.

Buku ini sesuai bagi memberi suntikan semangat buat pasangan yang bakal dan sudah pun berumah tangga.

Contohi sunnah baginda, moga keberkatannya turut kita perolehi.


Harga buku ini hanya RM30.00 
Bagi yang berminat, boleh sahaja hubungi nombor ini :





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Bahan Bacaan untuk Anak Lelaki



Cuti ini ada seorang anak buah lelaki tinggal di kampung. Adik-adiknya tidak turut serta kerana pergi nurseri sementara ummi walid mereka pergi bekerja.

Si abang seorang ini sudah besar maka dihantar ke kampung cuti ini.

Banyak sisi positif apabila anak-anak ini ada kawan dan pesaing. Khaulah dan Naufal mula menghafaz sifir dengan tekun dan mula minat membuat latihan matematik.

Bab membaca buku juga, saya kira budaya baru yang mahu dipupuk pada anak-anak lelaki ini. Yang perempuan memang agak mudah dipujuk membaca buku.

Bagi anak lelaki, perlu berikan bahan yang menarik.

Antara buku yang saya perkenalkan ialah Kembara Di Kota Istanbul karangan Ummi Shahbatun Abu Bakar dan Suaminya.

Buku ini menceritakan Aman dan Amin sekeluarga melancong ke Turki ekoran hadiah kecemerlangan buat Aman dalam peperiksaannya.

Aman dan Amin digambarkan sebagai anak lelaki yang minat membaca dan mengetahui pelbagai fakta sejarah tentang negara Turki.





Ini menunjukkan bahawa minat membaca menyumbang kepada sisi positif seseorang. 

Kedua, anak-anak diperkenalkan dengan Siri Dunia Sains Aiman. Watak pada kulit buku semuanya menunjukkan gambar Aiman maka anak-anak maklum watak utama ialah budak lelaki yang sukakan cabaran seperti mereka.




Ketiga, komik berilmu daripada Humaira Bookstore sangat menarik dan jadi pilihan. Saya kira kita juga menjadi salah satu pendorong. Dengan gaya bercerita yang first class, anak-anak pasti tertarik juga untuk membacanya. Haha.




Selamat mengisi masa lapang cuti sekolah dengan bahan bacaan bergizi buat anak-anak :-)

Ahad, 9 Disember 2018

Preview Pass Big Bad Wolf 2018


Sumber gambar : koleksi peribadi.


Alhamdulillah, saban tahun hanya melihat orang dapat Preview Pass ke Big Bad Wolf Book sale. Tahun ini Allah rezekikan dapat 1 preview pass melalui Pn Hanisah Zulkifli. Alhamdulillah!


Ikutkan keadaan, badan sendiri agak kurang sihat tetapi suami pun nampak bersemangat nak bawa kami, hehe.

Ada insiden tersesat jalan. Huhu. Mujur Allah lorongkan jalan yang lebih dekat. Kami singgah solat Asar dahulu di Taman Sungai Besi Indah dan dari Google Map, rupanya The Mines hanya 2 minit dari surau Taman Sungai Besi Indah ini. Alhamdulillah!


Ummi yang teruja sangat sebenarnya tapi masih beringat-ingat ~ duit pun bukan banyak. Hee.

Memang sudah ada target mahu beli buku cerita bahasa Melayu terbitan Pelangi kerana harganya RM2 - RM3 sebuah.




Subhanallah, memang banyak sangat pilihan. Maka, terkial-kiallah saya memilih sambil mengira bajet setiap orang yang mengirim buku.




Sempatlah belikan untuk adik-adik, adik ipar dan kawan-kawan. Suami dan anak-anak saya pergi explore sendiri buku di BBW. Saya memang statik di bahagian Bahasa Melayu sahaja.

Ada juga buku latihan. Murah dan buku masih baru - mengikut silibus semakan baru KSSR 2017 (sekolah rendah).

Dari pintu masuk utama, sebelah kiri akan jumpa bahagian bahasa Melayu - buku kerja, buku cerita terbitan Pelangi, FIXI, PTS, Ana Muslim dan lain-lain. Sebelah kanan buku-buku permintaan tinggi seperti buku Atlas, ensiklopedia, novel, buku terbaru Harry Potter dan lain-lain.

 Saya dapati buku sangat banyak. Seksyen kanak-kanak (board book dan activity book) berada di sebelah tingkap dan bersebelahan dengan Kafe serta berada di tengah dewan.

Bahagian lain memang saya tak jengah. Tak beraniii. Hehe.

Apa pun hats off to all Personal Shoppers sebab mereka sangat gigih dan berusaha memenuhi tempahan pelanggan.

Ini antara buku yang dikirim oleh adik-adik dan kawan-kawan :




Buku yang sangat laris. Saya yang terakhir capai 3 buah buku ini. Ada personal shopper sudah borong. Hehe

Kawan kirim Alphabet tapi saya hanya jumpa ini sahaja


Saya rasa mahu ke BBW sekali lagi. Ada yang mahu kirim? :-)

Sabtu, 8 Disember 2018

Bab Konflik dalam buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi

Saya masih membaca buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi. Sudah tiba ke bahagian "Konflik". Berdebar nak baca bagaimana rumah tangga baginda menghadapi konflik dan cara menanganinya.


Di sinilah dapat baca hadis penuh kisah Ummul Mukminin Aisyah difitnah. Banyak benar ibrah diambil dari kisah ini.

Wahyu Allah juga turun berkait-kait perihal fitnah yang menimpa serta teguran kepada Saidina Abu Bakar tatkala beliau mahu memutuskan bantuan kepada penabur fitnah. Akhirnya Saidina Abu Bakar kembali memberi bantuan kepada Mistah.

Bab Konflik ini boleh menjadi pemangkin semangat kepada pasangan yang sedang menghadapi masalah dan krisis dalam rumah tangga. Ada lebih 5 babak rumah tangga baginda dirakamkan dan dijelaskan.
Selamat membaca.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 5 Disember 2018

Buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi



Akhir-akhir ini memang dikelilingi oleh majlis ilmu yang membicarakan tentang baginda sollallahu 'alaihi wasallam.

Kuliah Maghrib Selasa di Masjid Al-Wathoni, Kampung Bukit Pegoh, Melaka membicarakan buku Sirah oleh Dr Abdul Rahman bin Dato' Abdul Rahim al-Hafiz (ARAR), kuliah Subuh hari Ahad di Masjid Pernu, Melaka membicarakan Kitab Syamail Muhammad karangan Imam Tirmizi. Juga oleh Dr ARAR.

Jadi apabila Ust Muhammad Luqman Makhtar mewar-warkan penerbitan buku Asam Garam Rumah Tangga Nabi ini, terus tertarik untuk beli.




Lagipun ketika tempoh pre-order, beliau menawarkan hadiah buku percuma bertajuk Sehebat Mereka yang bernilai RM20.


Dengarnya sambutan begitu menggalakkan sehingga mencecah hampir 270 naskah untuk batch pertama.

Mahu tahu apa yang menarik tentang buku ini ?

Ia mengandungi 6 segmen iaitu : 

Prolog
Bab 1 - Kerenah
Bab 2 - Susah senang
Bab 3 - Berdikari
Bab 4 - Krisis
Epilog

Ada lebih 70 babak rumah tangga Nabi disusun dalam buku ini :


Antara bab yang terkandung dalam buku ini :



Harga buku ini hanya RM30.00 
Bagi yang berminat, boleh sahaja hubungi nombor ini :


Jom baca buku!

Selasa, 4 Disember 2018

Hari kedua Kem Anak Kusoleh Solehah


Hari kedua berlangsungnya Kem Anak Kusoleh Solehah di masjid kampung. Kehadiran peserta memberangsangkan. Mencecah seratus orang. Ramai juga anak remaja lelaki hadir berbanding anak kecil.

Tak terbanding dengan jumlah tenaga pengajar yang cuma 6 orang. Huhu. Beginilah kan. Program percuma, tiada dana besar, memang kami hadapi kekangan sedikit. Tetapi program tetap diteruskan. Semoga ada manfaatnya buat anak-anak ini.

Terima kasih buat barisan tenaga pengajar yang sudi membantu kelancaran program. 

Anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saya menjaga kumpulan anak-anak yang mengaji Iqra'. 

Sebahagian besarnya tidak saya kenali. Mungkin dari taman perumahan berdekatan. Sebahagian lagi memang anak-anak kelas mengaji kami.

Mulanya agak hairan apabila hampir 10 orang anak ini tidak membawa buku Iqra'. Bila ditanya, memang tiada buku di rumah. Selama ini hanya membaca Iqra' di sekolah. Maknanya pinjam sekolah sahaja.

Situasi ini buat saya terdiam. Sama ada anak-anak ini mungkin ada buku Iqra' tetapi tak bawa atau benarkah ibu ayah tidak cakna keperluan mengaji anak? Saya tak mahu berfikir lanjut. Terus mencatat perkembangan bacaan mereka sahaja dalam catatan saya.

Semoga mereka mampu memiliki buku Iqra' tersebut.

Isnin, 3 Disember 2018

Adik di ICU


Usai program khatan berkelompok semalam, adik saya mula sakit untuk bersalin. Selepas zohor, beliau menghantar anak keduanya ke rumah mertua manakala yang sulung dijaga oleh kami kerana berkhatan.

Menunggu berita di rumah seperti biasa. Namun, alangkah terkejutnya kami apabila diberitakan yang adik dikejarkan ke dewan bedah menjalani emergency ceaser kerana jantung baby sudah lemah dan telah termakan najis. Allahu Allah, hanya kepada-Nya kami berharap.

Menunggu dalam debar berita dari adik ipar. Hanya dia seorang berada di sana. 

Menjelang maghrib, kami dimaklumkan yang jantung adik terlalu laju. Subhanallah, menangis kami mendengarnya. Tetapi di hadapan anak sulungnya kami layan seperti biasa. 

Jam 5 pagi tadi, bangun untuk solat subuh, emak memaklumkan yang adik dimasukkan ke ICU tengah malam tadi. Ya Allah! Tak tertahan air mata keluar. Semoga Allah beri kesembuhan dan permudahkan urusannya sekeluarga.

Bayinya juga semakin stabil namun diberi bantuan oksigen dan diberi antibiotik. 

Doakan kesembuhan pada ibu dan anak ini ya. Terima kasih semua.
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015