Beberapa hari lalu, anak sulung tiba-tiba diserang demam. Pulang dari kerja, terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tengah malam itu, dia menangis kuat. Mungkin kerana badan terasa panas dan tidak selesa.
Sayu hati melihat anak tidak sihat. Mujur adik-adiknya tidak banyak ragam. Bagai memahami keadaan si kakak. Namun, dia masih ada selera makan. Alhamdulillah.
Terkenang ketika dia mendapat adik (Abdullah Naufal) pada tahun 2012. Saya akui pada peringkat awal, perhatian beralih kepada adik kecilnya. Lantas satu hari, semasa adiknya tidur, saya duduk bersamanya untuk bermain dan membaca. Waktu itu, keinginan bertanyanya tinggi.
Khaulah : "Ni apa?"
Ummi : "Buah anggur"
Khaulah : "Oooo"
Khaulah : "Ni apa?"
Ummi : "Terung".
Giliran saya pula bertanya : "Ini warna apa, Khaulah?"
Dia diam (",)
Saya jawab : "Dua-dua warna ungu. Tapi jenis yang lain. Satu buah, satu lagi sayur. Boleh makan tak ni?"
Khaulah : "Boleh. Mm..dapnya... (sedapnya)" (Aih..sejak bila dia makan terung? :)
Ummi : "Ha, Allah cipta semua benda. Terung dan anggur ni pun Allah cipta. Hebat kan, Allah? Warna sama tapi rasa tak sama. Sebab itu kita kena ikut perintah Allah. Allah tu kuat, hebat. Siapa cipta kita, Khaulah?".
Khaulah : "Allah!!" (sambil angkat telunjuk kedua-dua belah tangan)
Ummi : "Mumtaz!"
Khaulah :"Ok habish..jom tido"
Ummi : "Eh, baru 1 warna. Yang lain tak nak baca?"
Khaulah : "Nanak...."
*Buku yang dibaca ketika itu ialah softbook berjudul Mengenal Warna.
Kredit gambar kepada Pn Addinie Fuad |
(",) Terhibur tatkala mengingatkan cebisan kisah itu. Semoga anak-anak ini dilindungi Allah dan tetap menggenggam iman sehingga hujung nyawa mereka. Ameen.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan