Khamis, 4 Ogos 2016

Cakap pelat


Masalah pelat dalam kalangan anak-anak menjadi satu pemerhatian. Apa yang dapat diperhatikan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Mengikut pengalaman :

* bercakap dengan jelas dengan anak-anak.
*banyakkan bercakap dengan anak-anak bagi memberi pengalaman berbahasa dengan mereka.
* bercakap dengan perlahan (satu-persatu) supaya anak dapat memahami apa yang kita katakan.
* meminta kerjasama ahli keluarga dan pengasuh supaya bercakap dengan betul semasa bertutur dengan anak kita. Elakkan bercakap perkataan yang pelat. Memang nampak comel tetapi kesannya kepada anak-anak akan bercakap pelat juga nanti.

Menurut Pn Ruby Izyan Atika Abu Bakar, Terapi Pertuturan Bahasa di dalam majalah Pa&Ma Keluaran Ogos 2016, ada beberapa punca yang menyebabkan terjadinya pelat :

1. Cerebral palsy.
2. Masalah pendengaran.

Sumber gambar : www.hear-better.com

3. Sindrom genetik tertentu seperti down syndrome, pierre robin syndrome dan sebagainya.
4. Sumbing bibir lelangit.
5. Masalah perkembangan.

Beliau berkongsi tip untuk ibu bapa :

* Tip 1 dan 2 sama seperti pengalaman saya di atas.
3. Membuat pemeriksaan telinga sekiranya mendapati anak kurang respon pada arahan kita secara verbal.
4. Kerap lakukan interaksi dua hala dan mengurangkan rancangan kartun atau rancangan televisyen yang boleh membuatkan anak kita kurang bercakap.

Semasa saya belajar dahulu, pernah belajar  terapi untuk anak-anak murid masalah pembelajaran yang menghadapi masalah artikulasi. Antara yang saya ingat, aktiviti yang boleh dijalankan ialah :

* Meniup belon
* Meniup penyedut minuman
* Membuat aktiviti kraf
* Bercakap di hadapan cermin (pensyarah minta kami beli cermin kecil siap-siap. Mudah apabila diperlukan dalam kelas nanti)

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015