Masya Allah, saya ternampak beberapa gambar yang dikenali melintas di news feed Facebook saya. Tidak lain tidak bukan, ianya adalah bahan yang saya bina untuk memperkenalkan huruf hijaiyah berbaris atas kepada anak kedua saya dahulu. Mujur ada tertera nama blog (lama) saya dahulu. Semoga bermanfaat kepada semua.
++++++++++++++++++++
HIJAIYAH BOARD
Aktiviti :
Memadankan huruf hijaiyah berbaris atas.
Bahan-bahan :
Kotak terpakai
Kertas warna
Gunting
Gam / selotep
Batang aiskrim
Kaedah :
1. Balut kotak dengan kertas atau pembalut hadiah.
2. Tulis huruf hijaiyah berbaris atas pada kertas.
3. Potongkan kepingan kertas tadi bagi membentuk sampul kecil.
4. Tampal pada kotak.
(Tinggalkan ruang di sebelah atas supaya boleh masukkan padanan huruf nanti)
5. Untuk padanan huruf :
a. Tulis huruf yang sama pada kotak.
b. Gunting huruf tersebut.
c. Batang aiskrim di potong dua.
d. Huruf tadi dilekatkan pada batang aiskrim.
6. Sediakan sampul untuk letakkan kesemua huruf tadi.
Siap!
*****************************
Sampul berpoket |
Pandangan penuh |
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan