Sabtu, 13 Ogos 2016

Majalah Demi Cinta


Petang tadi baru sahaja berbual dengan suami mengenai seorang makcik yang selalu hadir ke kelas mengaji di surau. Makcik itu masih tidak hadir kerana tidak sihat. Syafakallah la ba'sa tohur insya Allah.

Tiba-tiba suami berkata dengan nada perlahan, ada beberapa orang yang mengadu mempunyai masalah keluarga. "Allahu akbar, ada orang yang lebih susah daripada kita.." Saya terdiam. Menanti pertuturan selanjutnya.

Ada yang diuji dengan penceraian di usia emas, ada yang diuji dengan masalah sosial anak-anak, ada yang diuji dengan masalah kesihatan sehingga tidak mampu untuk mengaji al-Quran. Bagaimana dengan kita? Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada. 

Malam ini, saya mengulit Majalah Demi Cinta Isu 8 yang baru dibeli. Topiknya mengenai Suami Seperti Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam ; Beginilah Imam Keluarga.



Hati tertarik membaca kolum Inspirasi. Ketabahan pasangan suami isteri menjaga anak sulung yang disahkan menghidap penyakit kencing manis tahap 1 di kala usia muda. 



Sayu dan sebak. Tanpa sedar, air mata mengalir laju. Semoga keluarga ini tabah mengharungi ujian Allah. Sememangnya ujian bukan tanda Allah benci, sebaliknya ujian tanda Allah sayang. Subhanallah.



Melihat wajah anak-anak yang sedang tidur ini, membuat diri semakin insaf. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan diri akan kelemahan diri sebagai seorang ibu.

Terasa malu kerana baru sebentar tadi meminta anak berhenti membaca kerana saya sudah terlalu letih untuk sesi bercerita sebelum tidur. Memang emosi anak-anak nampak terganggu. Namun saya berusaha memujuk dengan memeluk dan memberi rasional kepada mereka. Sudah lebih enam buah buku dibacakan dan saya meminta maaf kerana tidak dapat menahan sakit kepala dan kantuk.

Mujur mereka menerima namun saya pasti mereka sedikit kecewa. Allahu Allah. 

Semoga Allah memberkati anak-anak saya ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015