Imbas kembali, lebih setahun yang lalu saya pernah menyertai cabaran yang dianjurkan oleh Instagram @indonesiamontessori dalam Cabaran Indonesia Montessori Challenge IMC2. Mengujakan! Setiap hari ada tema khususnya untuk dibuat bersama anak. Kemudian gambar atau videonya dikongsi di laman Instagram.
Bagi saya, idea ini sangat mengagumkan ;) Sekurang-kurangnya ibu-ibu dapat menyusun aktiviti bersama anak dalam sebulan tanpa kekeringan idea. Buat sahaja carian menggunakan hashtag #imc2 akan terpapar semua aktiviti yang dikongsi oleh para peserta. Masya Allah.
Untuk
hari pertama, ianya bertemakan hijau. Saya memilih untuk mengenalkan nama-nama pokok dan
mengenal pasti jenis daunnya. Subhanallah siapa boleh melawan kuasa
Allah? Pohon yang tumbuh di atas tanah yang sama, disiram dengan air
yang sama tetapi tumbuh pelbagai jenis, rasa, ketinggian dan berbeza
daun dan manfaat.
Anak-anak teruja dengan ilmu baru yang diperolehi. Moga ada manfaatnya. Insya Allah :)
Khaulah dan Abdullah Naufal baru selesai menampal daun untuk dijadikan folio |
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan