Sabtu, 27 Ogos 2016

Semalam di Kamar Bersalin


Setiap orang mahukan yang terbaik semasa mengandung dan melahirkan. Tiada siapa mahu ditimpa masalah. Namun, lewat petang Jumaat, keluar cecair jernih dalam kuantiti yang banyak. Naluri mengatakan ia bukan air ketuban. Namun memandangkan kandungan sudah 7 bulan, kami ke hospital juga untuk membuat pemeriksaan.

Rupanya perlu 'admit' wad 😅

Dari jam 9 malam sehingga saat entri ini ditaip (2 petang), saya masih belum dapat masuk ke wad kerana penuh. Sepanjang masa berada di Kamar Bersalin Hospital Melaka.

Menjadi pemerhati setia sepanjang berada di sini. Kagum dengan komitmen para doktor dan jururawat yang sabar melayan pelbagai jenis pesakit dan komplikasi kes bersalin.

Sesekali terbit rasa kasihan pada ibu-ibu yang sedang menanggung kesakitan bersalin. Tidak cukup katil. Namun paling dibimbangkan ialah aurat mereka tidak dapat terjaga sepenuhnya. Yalah kan, apabila kesakitan yang teramat sangat 😥

Semoga Allah permudahkan urusan ibu-ibu ini bersalin. Ameen..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi  | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi  | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015