Sebenarnya ini entri lama, sekitar Jun tahun lalu. Namun baru kini berkesempatan berkongsi di sini. Pada masa ini, anak kedua dan ketiga saya masih kecil dan fokus mereka terhad dalam jangka waktu yang singkat. Hanya yang sulung mampu bertahan membuat pelbagai aktiviti kraf bersama ummi :)
Gambar-gambar juga dari blog lama saya yang sudah tidak aktif lagi. Semoga ada manfaat untuk kita semua. Barakallahufik.
++++++++++++++++
Cuaca tidak mengizinkan anak-anak bermain di luar rumah. Maka selepas
beberapa jam, mereka sudah mula membuat perangai. Berlakon, menyanyi,
berzikir dengan suara yang kuat, melompat, menulis, melukis sehingga
akhirnya melompat di atas katil sehingga mengejutkan bayi. OOOOhhhh...
BAIK!
Itu tandanya umminya tidak memberi perhatian kepada mereka. Hee. Memang pun. saya sibuk dengan si kecil.
Untuk menyelamatkan keadaan, mereka diminta memilih buku untuk dibaca dan saya berjanji akan buat aktiviti selepas itu.
Inilah buku yang dipilih : Lili dan Zuzu hasil karya Fida Rosdi. Sebuah buku dalam siri 100 buah buku bergambar Karangkraf.
Buku ini mengisahkan Lili yang akan masuk pertandingan bercerita tetapi
tidak tauh apa cerita yang akan disampaikan. Dia teringat akan Zuzu,
boneka kainnya. Zuzu dicari dan dibawa tidur. Pada suatu malam, Lili
bermimpi dan....................................................
akhirnya Lili ada idea untuk disampaikan ketika pertandingan. Apa yang
berlaku? Nanti dapatkan buku ini ya! :)
Seperti yang dijanjikan, saya bercadang membuat brown bag puppet bentuk
Kucing. Disebabkan ada kaitan dengan Zuzu - kucing yang berboneka kain
:) Saya ambil templat dari laman sesawang DLTK.
Anak belum mahir menggunting, jadi tugas mereka bantu menggam sahaja. |
Abdullah juga bantu menggam walaupun fokusnya sudah mula lari ;) |
Hasil si kakak |
Baca cerita sudah 10 minit. Buat aktiviti makan setengah jam. Agak lama.
Tetapi alhamdulillah mereka dapat duduk diam dan fokus. Tapi tak sempat
siap sebab sudah hampir masuk waktu Asar. Mereka sudah berlari dapatkan
Abi yang mahu ke surau untuk solat. Haih..
Barakallahufik :)
Barakallahufik :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan