Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri Kursus Antenatal anjuran Putra Specialist Hospital, Melaka. Sebelum ini hanya pernah hadir ke kursus peneman anjuran Hospital Melaka enam tahun lepas.
Apa yang menariknya kursus ini ialah ia menawarkan baucer bernilai RM2500 untuk pakej bersalin normal. Saya telah dua kali bersalin di sini di bawah pantauan Dr Ishaireen binti Dalib, pakar onkologi Hospital Putra.
Saya difahamkan ada 10 pasangan yang diterima menyertai kursus ini. Program bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari di Hotel The Pines, Melaka.
Program dimulakan dengan sesi pertama oleh Dr Ishaireen mengenai Persediaan Antenatal dan Penjagaannya diikuti oleh Dr Amaranathan mengenai Normal Delivery and Caesarian. Ada slot Selamat Datang oleh urusetia Program, En Nathan.
Selepas kudapan, ada sesi bersama ahli fisioterapi, pemakanan oleh dietician, slot bersama Enfamama A+ dan Cord Blood Company. Sesi berakhir dengan merakam kenangan dengan semua peserta dan urusetia. Majlis diakhiri jamuan makan tengahari di kafe The Pines Hotel.
Cadangan menu yang sihat |
Menakutkan! |
Pengisian program membantu memberi input yang bukan sedikit kepada bakal ibu dan bapa yang hadir. Meskipun saya dan suami agak resah mengenangkan beberapa perkara yang bertembung hari ini. Terutama apabila anak-anak yang terpaksa tinggal bersama pengasuh sedangkan hari ini ialah hari cuti. Kedua, anak sulung ke kelas lukisan dihantar oleh pengasuh dan ketiga, hari ini ialah hari lahir salah seorang anak kami.
Moga Allah memberi ganjaran sebaiknya buat keluarga pengasuh yang banyak membantu kami. Ameen.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan