Selasa, 8 September 2015

Aktiviti kraf dan Sains


Ketika anak di usia 3 tahun, saya ketandusan idea untuk membuat aktiviti bersama anak. Semasa saya mencari aktiviti kraf di alam maya, saya terjumpa satu laman yang memberi banyak idea berkaitan eksperiman sains. Dan salah satunya ialah aktiviti seperti di bawah ini. Saya sudah lupa nama laman tersebut dan apa nama aktiviti ini. Yang saya ingat ialah ia mengajar hubungan kestabilan dengan jisim sesuatu benda.

Bahan yang diperlukan ialah :

1) Kertas berwarna atau Card Stock yang tebal.
2) Selotep atau gam.

Caranya :

1) Ukur kertas berukuran 2 x 9 cm. Lipat kepada tiga bahagian dan selotep / gam hujung kertas membentuk segitiga.
2) Buat sebanyak yang anda mahu.
3) Buat binaan yang stabil menggunakan kertas tersebut.


Aktiviti ini pernah dipertandingkan semasa Minggu Pusat Sumber Sekolah dan berikut antara hasil yang dibuat oleh anak-anak didik ini :







Menarik, bukan? Cubalah. Jangan lupa tag saya di Facebook : Tip Homeschooling Untuk Anak ya!

Jumpa lagi.

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015