Selasa, 22 September 2015

Kaedah Al Huffaz


Semasa menghadiri simposium keibubapaan anjuran K-Fiqh beberapa tahun lalu, salah seorang panel forum ialah Dr Mohd Shafie. Malangnya ketika itu, saya terpaksa keluar sebentar dari dewan kerana anak meragam. Beruntunglah suami saya dapat mendengar forum tersebut dari awal sehingga akhir. Sejak itu, suami agak mengikuti perkembangan Dr Shafie dan mempraktikkan nasihatnya. Kami juga membeli set buku Kaedah Al-Huffaz namun saya akui lemahnya saya kerana tidak istiqamah menggunakan buku ini. 



Insya Allah, azam baru harus menggunakan buku ini bagi memantapkan hafazan al-Quran. 1 hari 1 ayat. Itulah saranan Dr Shafie. Melalui kaedah yang diasaskan olehnya ini, hanya lebih kurang 3 minit diperuntukkan untuk menghafaz 1 ayat. Sudah pasti dicadangkan untuk bermula dengan Juz 30 atau kita biasa panggil Juzuk Amma. 

Malam ini untuk kesekian kalinya, kami bersama-sama menggunakannya bersama anak. Di setiap permulaan surah, dinyatakan overview surah, panduan tajwid dan keseluruhan ayat bagi surah tersebut. Diikuti dengan ayat pertama yang disertakan makna dan tempat tajwid. Ini memudahkan pembaca dan penghafaz yang baru.



Kaedahnya ialah mengulang 60 kali ayat tersebut dengan 5 kali buka dan 5 kali tutup. Kami ditunjukkan cara menggunakan buku ini dengan menanda gambar bintang yang ada di sebelah kanan surah. 


Bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini boleh hubungi nombor di laman sesawang http://www.excelqmindstraining.com/ ATAU Pn Yati 019-307 8922. Setahu saya :

1) Jilid 1 mengandungi 8 buah buku (Surah An-Nas hingga Surah Al-A'laa) RM50
2) Jilid 2 mengandungi 7 buah buku (separuh lagi dari Juzuk 30) RM50


Ya ALLAH, permudahkan daku dan anak-anak serta seluruh umat Islam menghafaz al-Quran. Amin...


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015