Semasa majlis penutupan Kem Anakku Soleh dan Solehah beberapa tahun lepas, kami menjemput Al-Fadhil Ustaz Datuk Abd Rahim bin Abd Khaliq al-Hafiz memberi ceramah berkenaan keibubapaan kepada para ibu bapa dan anak-anak peserta kem.
Selamat membaca dan semoga bermanfaat :)
WASIAT TARBIYATUL AULAD
(Ringkasan ceramah tabiyatul aulad oleh alfadhil Ustaz Datuk Abd Rahim b,Abd Khaliq alhafiz - lulusan Universiti Islam Madinah sempena Majlis Penutup Kem Remajaku Soleh Solehah 2012, Kg Bkt Pegoh Melaka)
Buat ayah dan ibu,benarlah kata Nabi Sollallahu’alaihi wasallam,anak itu buah hati,pada masa yang sama anak-anak ini amanah besar buat ibu dan ayah.Padang mahsyar akan menanti ibu dan ayah bagi menjawap segala amanah tarbiyah anak-anak ini.Ibu dan ayah yang dirahmati Allah,anak-anak bukan sahaja perlu Ri’ayah(keperluan/jagaan) tetapi perlu juga Tarbiyah.Mari kita mulakan perbanyak istighfar dan amal soleh,insya Allah Allah akan beri berkat pada Anak.
11 Tips tarbiyah melahirkan anak Soleh Solehah:
1- Cari pasangan yang Soleh Solehah, andaikata sudah berkahwin, usahakan sedaya mungkin, jadilah pasangan yang baik soleh solehah. Pasti terbina anak soleh solehah
2- Amalkan sunnah Nabi antaranya membaca doa setiap kali bersama (jima’):
Jika salah seorang di antara kalian membaca :
اللّهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Bismillah, allahumma jannibn asy-syaithana wa jannibi sy-syaithana maa razaqtana
Ertinya : “Bismillah, ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang engkau berikan kepada kami”, maka keduanya diberikan seorang anak yang tidak akan diganggu oleh syaitan selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no.141 dan Muslim no.1434).
3- Aqiqah - laksanakan aqiqah buat anak semasa mereka berumur 7 hari atau selewat-lewatnya sebelum baligh.
4- Ajarilah anak-anak Solat, doa-doa serta zikrullah. Banyakkan memberi nasihat berunsur aqidah.Contohi nasihat luqman kepada anaknya: Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah!
5- Tarbiyyahlah anak bagaimana yang diajar oleh Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam.
6- Jangan samakan tarbiyyah & kasih sayang antara anak-anak.
7- Usahakan jangan bergaduh & bertengkar di depan anak-anak.
8- Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan ikhlaslah. Kasih sayang kepada anak subur dengan sentiasa memberi salam pada anak-anak
9- Percayakan anak-anak, yakini kemampuan mereka serta hargailah!
1- Beri peluang anak-anak bergaul dengan orang yang soleh solehah.
1
- Banyakkan berdoa buat anak-anak. Antaranya :
Rabbi habb-li minas soolehin
Ertinya : Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh
JIKA KITA INGIN ANAK SOLEH SOLEHAH KITA IBU BAPA PERLU JADI SOLEH SOLEHAH-ULAMA’
-Kem Anakku Soleh Solehah, Bkt pegoh.
-DOA –DOA MEMOHON ANAK SOLEH SOLEHAH :
*
*
Surah Ali-Imran ayat 38:
Rabbi habb-li min ladunka zurr-rie-ya-tan thoi-yii-ba-tan in-na-ka sami-ud dua’
Ertinya: “Wahai tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Menerima doa Permohonan”
* Surah As-saaffaat ayat 100:
Rabbi habb-li minas soolehin
Ertinya : Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh
*Surah Ibrahim ayat 40:
Rab-bij-al-ni muqimas-solah wa min-zurr-rie-yati , rabbana wa taqabbal dua’
Ertinya : “Wahai tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
* Surah al-Furqan ayat 74 :
Rab-bana hablana min azwaajina wa -zurr-rie-yatina qurrata a’yuniww waj ‘alna lilmuttaqiina imaama
Ertinya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
SELAMAT BERDOA. DOA ITU SENJATA KITA
Dicatat oleh :
Abu Khaulah Ahmad Kamalarifin bin Hashim,
Bukit Pegoh,
2012
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan