Isnin, 21 September 2015

Permainan untuk bayi



Anak saya yang ketiga baru berusia 1 tahun 1 bulan. Namanya Asma'. Ketika dia berusia 9 atau 10 bulan baru saya perasan yang dia sudah mula menyelak buku. Tapi waktu itu kebanyakan buku yang saya beri ialah jenis buku kain dan buku berkulit keras. Baru-baru ini ketika kakak dan abangnya membuat kerja, diam-diam dia ke rak buku dan mengambil buku lalu duduk.

Rupa-rupanya sedang menyelak buku dengan berhati-hati. Ekspresi muka yang tak tahan mahu gelak :) Berkerut-kerut dahinya dan muncung mulutnya. Adakalanya membuat bunyi "oh, oh". Entah apalah yang difikirkannya ya.



Ada beberapa permainan lagi yang kita boleh buat bersama bayi kita di bawah 1 tahun cuma kita sahaja yang tidak tahu sebenarnya aktiviti itu bermakna untuk bayi.

Antaranya ialah :

1. Urutan bayi
2. Bermain cak-cak
3. Meletakkan permainan atau sapu tangan di atas kepala dan jatuhkan dengan sengaja di hadapannya (janganlah terlalu kuat ya. Terkejut pula anak nanti :))
4. Memasukkan barang ke dalam bekas dan minta bayi berbuat perkara yang sama
5. Melihat album gambar dan menyebut nama ahli keluarga yang biasa dilihat. Bertanya kepada bayi, "Ini siapa?" "Ya, ini ayah. Pandai Adik teka." Tepuk tangan.
6. Bermain air ketika memandikan bayi. Berbual dengan bayi. "Kita sedang mandi. Cuba rasa air ini. Air ini suam kan."


Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang soleh solehah dan bijak. Amin..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015