Rabu, 23 September 2015

Permainan Dam Ular


Sebelah pagi hari ini agak rehat sedikit sebab mula memasak untuk hari raya pada sebelah petang. Jadi, pagi ini bercadang mahu buat sendiri dam ular tapi tiba-tiba rasa idea sendiri tidak menarik. Terpaksalah menggunakan talian hayat di internet ^_^

Saya buka www.sightwords.com dan mengambil beberapa templat kosong yang disediakan. Buat ikut keinginan sendiri sahaja.

Saya mengambil kesempatan menyiapkan busy bag adik ipar yang telah berbulan tertunggak. Sebenarnya hanyalah sebuah templat kosong berukuran 5x4 kotak. Ada 4 baris. Baris pertama dan ketiga ada huruf fathah manakala baris kedua dan keempat dibiarkan kosong.

Sementara stok velcro saya sampai, saya menggantikannya dengan plastik lutsinar (yang digunakan untuk membalut kulit buku) dan diselotepkan. Jangan lupa tinggalkan ruang di atas untuk memberi ruang padanan kad dimasukkan. 

Saya laminate dan siap. Tunggu adik ipar pulang hari raya ini insya Allah.




Kedua, saya bina permainan dam ular. Tapi, beginilah jadinya apabila membuat kerja bersama-sama dengan bayi yang aktif :) Semua mahu menolong. Haih...

Bersepahnya....

Cubaan mencabut kertas warna!
 Templat dam ular ini perlu dicetak sebanyak 4 muka surat dan kita cantumkan sendiri. Disebabkan kosong, saya tampalkan 3 warna iaitu oren, kuning dan hijau (kerana itu sahaja kertas warna yang ada di rumah ^_^). Cara bermainnya, baling dadu dan jalankan butang pemain. Di tempat berhenti, lihat warna dan perlu jawab soalan dari sampul yang sama warna dengannya.

Di sini saya sambil menyelam minum air iaitu mengajar anak nombor dua mengaji dan anak sulung mengasah kemahiran berbahasa inggerisnya.

Ya, saya tahu konsep play and learn tidak sesuai untuk mengaji al-Quran tetapi ini salah satu cara anak kedua saya boleh duduk diam dan fokus. Insya Allah akan difikirkan cara lain ;)

Ditampal pada kad manila sahaja sebab anak-anak mampu menjaga permainan ini dengan baik.
Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015