Imbas kembali.
Ini ialah sesi belajar bahasa Arab bersama dengan Khaulah. Sebenarnya ini adalah latihan pengayaan selepas beberapa ketika belajar perkataan di atas ('ala) dan di bawah (tahta).
Saya menggunakan enjin carian internet sahaja untuk mencari gambar yang bersesuaian. Modul 1 ini saya hanya letak perkataan di atas ('ala). Tiada dwibahasa diletakkan kerana melatih ketajaman fikiran mengecam perkataan dalam bahasa Arab.
Perkataan yang diuji ialah :
- Kitabun (buku)
- Kuratun (bola)
- hirratun (kucing)
- fatimah
- 'Ali
- mirsamun (pensel)
- mimsahatun (pemadam)
- qalamun (pen)
- kursiyyun (kerusi)
Cara menggunakan modul ini
1. Anak diberi beberapa keping gambar.
2. Saya memberi satu contoh ayat seperti yang telah dicetak pada kertas :
'Aliyyun 'alal kursiyyi (Ali di atas kerusi)
3. Tunjuk cara : tampalkan kerusi dan tampalkan gambar Ali di atas kerusi.
4. Begitulah seterusnya. Anak perlu baca ayat pada kertas dan tampalkan gambar yang tepat.
Saya menggunakan gambar berwarna sebab Khaulah tidak begitu gemar mewarna. Dia lebih suka menggunting dan menampal buat masa ini. Dan tiada aktiviti menulis kerana Khaulah baru belajar menulis rumi. Masih banyak masa diperlukan untuk tulisan yang cantik :)
Bagi Abdullah Naufal, saya hanya imbaskan kad gambar perkataan bahasa Arab kerana usianya yang baru 2 tahun lebih dan suka bergerak aktif ^_^ Bagi Asma' (1 tahun 1 bulan), saya selalu membuat pengulangan perkataan bahasa Arab asas terutama di bahagian muka dan anggota badan.
Saya menggunakan Buku 3 Lughatul Jannah untuk membuat modul ini |
Khaulah menampal gambar Fatimah untuk ayat Fatimah 'alal kursiyyi |
Tekun |
Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat. Amin...
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan