Suatu ketika saya pembaca tegar Majalah i terbitan Karangkraf bermula Edisi Perdana sehingga menjangkau edisi ke-60. Sehingga kini masih membeli dan baca mengikut isu yang diminati. Ada satu ruang di dalam majalah ini yang menjadi kegemaran saya iaitu ruangan tokoh / keluarga pilihan. Salah satu yang paling saya ingati dan ikuti penuh minat ialah keluarga Adik Muhammad, seorang hafiz muda.
Kedua ibu bapanya bermotivasi mendidik anak sulung mereka menjadi seorang hafiz selepas membaca buku Tarbiyatul Aulad karangan Abdullah Nasih Ulwan. Dengan kesibukan mereka berkerja, pendidikan agama anak-anak tidak diabaikan. Malahan mereka berusaha memberi yang terbaik biar pun berlawanan dengan kebiasaan masyarakat ketika itu yang sibuk mencari sekolah yang sesuai untuk anak-anak daftar bermula darjah satu.
Keluarga ini mendahulukan pendidikan Al-Quran terlebih dahulu. Bermakna adik Muhammad tidak masuk ke sekolah kebangsaan ketika berusia tujuh tahun sebaliknya menuntut ilmu al-Quran dan mendalami dengan beberapa orang guru al-Quran.
Keluarga ini mendahulukan pendidikan Al-Quran terlebih dahulu. Bermakna adik Muhammad tidak masuk ke sekolah kebangsaan ketika berusia tujuh tahun sebaliknya menuntut ilmu al-Quran dan mendalami dengan beberapa orang guru al-Quran.
Selang beberapa ketika, saya terjumpa sebuah buku berkulit keras dan berwarna-warni penuh mengenai kisah adik Muhammad dan keluarganya. Terbitan Galeri Ilmu.
Kini, kesedaran ibu bapa mendidik anak dengan al-Quran sudah meningkat naik. Semoga lebih banyak kisah seperti ini diangkat ke media bagi bacaan umum. Kita sangat kekurangan model yang dapat dijadikan contoh yang baik untuk anak-anak. Semoga anak-anak saya dan tuan/puan juga menjadi anak-anak yang soleh solehah. Amin...
Aina Dayana Hilmi
013-361 3516
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan