Sabtu, 26 September 2015

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran


Sehari sebelum hari raya korban, ibu mertua menyuarakan hasrat hati untuk mengadakan majlis tadarus al-Quran dan khatam al-Quran di rumah khas untuk kaum ibu. Jika boleh beliau mahukan 30 orang ibu yang pandai membaca al-Quran untuk sama-sama mengaji 1 juzuk seorang secara serentak. 

Alhamdulillah, majlis ini dapat diadakan pada hari Jumaat, 25 September 2015 bertempat di Baitul Fatimah, Kampung Bukit Pegoh (rumah ibu mertua). Saya berasa kagum. Terharu dengan sokongan dari kaum ibu di kampung yang dapat hadir memeriahkan majlis ini di rumah. Dengan bilangan hampir 20 orang, kami mula bertadarus jam 8.40 pagi sehingga selesai. 

Dalam masa yang sama, anak-anak remaja perempuan juga berhalaqah bersama membaca surah Al-Kahfi (berada di ruangan lain).

Anak-anak saya sungguhpun sudah boleh membaca al-Quran namun mereka tidak akan membuka mulut untuk mengaji di hadapan orang yang ramai. Sejak dahulu lagi. Haih...ini sudah masuk bab lain kan? Perlu bina keyakinan diri mereka :)

Hadirin dijamu dengan nasi dan beberapa jenis lauk. Ya Allah, berkatilah mereka yang sama-sama membaca kalam-Mu ini dan pertemukanlah kami semua di jannah-Mu. Amin...

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015