Rabu, 2 September 2015

Sesi Bercerita : Crazy Pets : Mix and Match


Alhamdulillah, semasa mengemas kini fail di komputer riba, saya terjumpa gambar dan video lama ketika anak berusia 3 tahun lebih. Video yang dirakam ketika pertama kali anak diminta bercerita sendiri. Kali ini lebih menarik kerana dibantu prop (hiasan) ringkas. Saya panggil topi watak.

Buku yang kami gunakan ialah Crazy Pets : Mix and Match. Dibeli di Kinokuniya KLCC beberapa tahun lepas.

Sumber gambar : sini
Ada 5 ekor haiwan di dalam buku ini dan setiap satunya boleh dipadan mengikut kesukaan anak / pembaca. Ia menguji kecekapan anak mengecam haiwan melalui pengalaman sedia ada mereka. Seronok apabila mereka bercerita menggunakan imaginasi masing-masing.

"Eh, kucing ni dapat ekor arnab sebab pakai baju arnab!" 
Eh? Haha.. 


Semasa sesi bercerita, anak pakai topi watak dan bunyikan haiwan tersebut. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini sudah ada set kad imbas cerita atau dipanggil The Chicken Story Flashcard yang sangat sesuai digaunakan dalam aktiviti bercerita.



Apakah Flash cards ‘The Chicken Story’?

Flash cards ‘The Chicken Story’ adalah sebuah permainan pendidikan yang membantu menguatkan daya ingatan, mengembangkan daya imaginasi dan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun.


40 kad yang mengandungi 10 cerita. Tidak ada VCD atau CD dibekalkan tetapi anda boleh download 9 Video dari Youtube

Flash cards ini terdiri daripada 10 cerita dan 40 kad bergambar yang terang dan menarik. Latar cerita adalah tentang biologi ayam dan kaitannya dengan kehidupan manusia dan alam sekitar. Ia disusun sedemikian rupa supaya kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk berimaginasi dan menajamkan kebolehan mereka untuk berkarya.


9 aktiviti mengikut tahap

Aktiviti-aktiviti ini terbahagi kepada 3 tahap bermula dengan tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ia dibuat sebegini supaya bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak. Peringkat Asas adalah sesuai dengan kanak-kanak tadika, Peringkat Pertengahan pula sesuai dengan kanak-kanak sekolah rendah manakala Peringkat Lanjutan pula sesuai apabila kanak-kanak ini sudah melalui peringkat Asas dan Pertengahan. Tahap-tahap ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru untuk melihat perkembangan kanak-kanak.


Skrip cerita dwi bahasa  -  Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Flash cards ini disertakan dengan skrip cerita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Malah ia dilengkapi dengan istilah-istilah tertentu. Jadi, kanak-kanak membina perkataan-perkataan baru dalam minda mereka. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi perkembangan otak mereka sekali gus  menguasai kedua-dua bahasa dengan lebih pantas.


Aktiviti 1: The Chicken Story Game




Berminat dengan kad imbas ini? Harganya termasuk kos penghantaran  :

Semenanjung Malaysia (Pos Laju) : RM31.00
Sabah / Sarawak  (Nationwide) : RM32.00

Taipkan "The Chicken Story" dan hantar ke 013-361 3516 (",)

Semoga bermanfaat.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015