Rabu, 9 September 2015

Kad suku kata


Cari punya cari, terjumpa macam-macam "khazanah" dalam komputer riba ini. Wah, sesi imbas kembali ini. Hihi..

Dahulu semasa Khaulah kecil saya pernah membuat beberapa kaedah mengenalkannya dengan huruf rumi. Selain menampal perkataan pada semua peralatan di dalam bilik seperti almari baju, pintu, dinding, meja solek, tombol dan sebagainya, saya juga menampal kad suku kata sebagai langkah awal menarik minatnya membaca.

Pada masa itu, saya tidak jumpa kad imbas yang dijual seperti ini. Jadinya cuba jaya membuat sendiri. Saya menggunakan perisian Microsoft Power Point.

1) Cari gambar epal di internet.



2) Pilih bentuk bulat (Insert > Shape )


3) Letakkan text box dalam bentuk bulat tadi dan taipkan suku kata.


4) Klik pada semua gambar dan bentuk yang dibuat tadi, klik kanan dan pilih grouping.
5) Salin semula untuk buat suku kata seterusnya. (copy and paste).


Kemudian saya cetak, laminate dan tampal di dinding katil anak. Sebelum tidur memang akan baca semua kad yang dia nampak.

Itulah perkongsian dari saya yang tiada pengetahuan advance dalam dunia ICT ^_^;


Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015