Ahad, 5 Mac 2017

Aktiviti Surah An-Naaziat


Hari Rabu ialah hari mewarna berdasarkan surah atau ayat yang sedang dihafaz. Minggu lepas berkesempatan menghafaz Surah An-Naaziat ayat 25 hingga 27. Ada cerita tentang kekuasaan Allah.

Kami menggunakan bahan dari buku Allah Loves Me! Buku ini saya beli beberapa tahun sudah dari Umm Waliyya. Tidak pasti sama ada buku ini masih ada stok pada beliau atau tiada.

Buku ini dikatakan silibus islamik prasekolah di Australia. Bersaiz besar dan tebal helaiannya. Aktiviti yang sangat menarik! Tak mengapa dalam bahasa Inggeris, kita boleh pelbagaikan cara menggunakannya :)

Insya Allah ada masa saya cuba muat naik kandungan di dalam buku ini.

Di dalamnya mengandungi beberapa bab besar yang mengajar akidah, ibadah dan adab (sekadar menyebut beberapa contoh). Paling seronok ada banyak aktiviti seperti cerita (bolehlah buat story telling), lembaran kerja matematik, mewarna, teka-teki dan lain-lain. 

Biasanya saya fotokopi buku ini untuk kegunaan anak-anak. Sayang mahu guna terus. Sebab susah nak dapat buku ini dan harganya mahal 😃 Mudah-mudahan boleh diturunkan dan dimanfaatkan bersama anak cucu.

Buku Allah Loves Me!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015