Ahad, 12 Mac 2017

Kisah mewarna dan emosi anak


Pagi ini melayan anak buah berusia 2  tahun 6 bulan mewarna. Kami berkongsi lukisan yang sama. Apa yang saya pegang itulah juga yang dia mahu.



Teringat pula semasa kecil dahulu. Saya mewarna bersama kakak sepupu yang jarak usia kami berbeza 5 tahun. Tidak silap, waktu itu saya berusia 6 tahun.

Sedang asyik mewarna tiba-tiba datang seorang dewasa (sudah lupa siapa orangnya) dan berkata : "Eh Yana, warnalah elok-elok. Tengok kakak tu. Cantik je dia warna."

Saya tersentak. Terkebil-kebil mata saya melihat lukisan kakak sepupu. Ya, memang cantik. Dia warna satu arah sahaja. Saya masih meneruskan mewarna tetapi dengan kadar perlahan. Rendah diri barangkali. Haha.

Kemudian ada seorang lagi datang : "Wah, rajinnya kamu mewarna." Saya mengadu lukisan saya tidak cantik dan dibalas : "Yana warna macam ni (satu arah). Perlahan-lahan."

Apa perasaan saya? Saya gembira kerana diberi tunjuk ajar dan merasakan lukisan saya semakin cantik.

Jadi, kesimpulannya jangan condemn seseorang anak jika dia buat salah tetapi tunjukkanlah cara yang betul. Anak-anak perlukan bimbingan.

Buat perbandingan antara dia dan orang lain pun boleh cedera emosi anak kecil itu. Yalah, saya sudah 30-an masih ingat kejadian itu 😏

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015