Khamis, 9 Mac 2017

Cabaran Anak Kedua


Gambar : Koleksi peribadi

Dahulu, saya hanya mendengar secara sambil lalu apabila terdengar emak bercerita kisah adik saya yang nombor dua. Lahirnya tidak cukup bulan, malahan dikatakan kurang darah kerana berkait dengan hal uri ketika lahir (saya sudah lupa cerita emak). Semakin membesar, dengan kelahiran adik saya nombor tiga, emak kata perhatian oada anak kedua sedikit beralih. Saya yang sulung kerap lelah semasa kecil jadi ayah banyak beri tumpuan. Adik nombor tiga pula diberi perhatian oleh emak sebab baru lahir. 

Di sini saya bukan mahu katakan yang emak dan ayah saya pilih kasih. Tidak. Malahan saya rasa mak ayah berbangga dengan anak nombor dua ini :) Sejak kecil, dia tidak banyak ragam. Disiplin dirinya sejak awal memang tip top. Tidur tepat jam 9 malam setiap hari, mudah bangun tidur, bijak dalam pelajaran dan pendiam. Begitulah dia hingga kini. Sudah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Sebenarnya mahu cerita tentang anak sendiri. Mukaddimah tentang adik pula 😉

Anak kedua saya lahir tepat usia anak sulung saya 2 tahun. Ya, bermakna mereka berdua berkongsi tarikh lahir meski tahun berbeza.

Membesarkan anak nombor dua yang lelaki ini sangat menguji kesabaran saya. Insaf pula rasa di hati tatkala membaca nukilan Bonda Nor di dalam buku Biar Hati Berkata... Biar Hati Merasa ... Beliau menyebutkan tatkala kita sedang marah dengan anak, di luar sana beribu lagi orang yang belum ada zuriat. Allah.......... sungguh ini peringatan buat diri sendiri.

Silapnya saya di awal usia anak nombor dua, saya menganggap fokus mereka berdua sama tetapi sebenarnya sangat berbeza. Anak sulung boleh duduk diam ketika beraktiviti tetapi anak nombor dua lebih gemar explore sendiri. Jadi saya rasa stress.

Dari masa ke semasa, saya belajar menerima hakikat setiap anak berbeza namun potensi berjaya perlu digilap ikut tahap anak-anak.






Selepas beberapa tahun, barulah nampak yang anak nombor dua ini sangat cekap dan selama ini absorb sahaja apa yang telah diajar.

Misalnya dalam mengaji al-Quran, sekarang dengan rela hati capai Quran dan baca. Sebutannya lebih jelas terutama makhraj huruf 'ain, ba dan qof. 

Dari segi hafazan, dia juga sangat pantas mengingat surah meskipun sepanjang surah An-Naba', An-Naziat, 'Abasa dan Al-Ghasyiyah. Masya Allah. Maka nikmat Allah yang manakah mahu saya dustakan?

Dahulu, dia tidak suka buat apa-apa aktiviti sebaliknya lebih suka bermain, berlari dan hisap jari (satu tabiat sukar untuk saya atasi!). Sebenarnya itulah yang terbaik untuk anak seusianya! (kecuali part hisap jari 😜)

Saya semakin menyedari kata-kata Dr Shafie - Allah tidak melihat hasil kita tetapi Allah melihat usaha kita.

Abdullah Naufal, maafkan ummi kerana selalu memandang kamu harus banyak tahu sama seperti kakak kamu. Abdullah Naufal, bahagia melihat kamu cintakan al-Quran. Semoga istiqamah hingga hujung nyawa. 

Amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015