Sabtu, 4 Mac 2017

Sesi bercerita Kisah Nabi Musa Alaihissalam (board book)


Alhamdulillah, membacakan buku kepada merupakan satu aktiviti yang bagus. Jika kita tidak pandai bercerita pun, cuba bacakan sahaja cerita untuk anak-anak. Luangkan masa 10 ke 15 minit sehari. Jadikan ia sebagai satu habit. Mula-mula memang susah, lama-kelamaan insya Allah semua sudah biasa. 

Pemilihan cerita yang baik mestilah mengandungi nilai murni, mengajak anak mengesakan Allah, dan tiada unsur yang dilarang dalam agama. 

Memilih buku cerita sirah nabi dan seumpamanya di pasaran agak sukar kerana kita tidak mahu cerita yang diragui sumber dan mungkin juga bercampur dengan israiliyat.

Baru-baru ini saya berjumpa dengan kisah nabi yang diterbitkan dalam bentuk board book. Jadi teruja sekejap. Kenapa? Sebab biasanya jumpa board book bahasa Inggeris sahaja. (Di Big Bad Wolf banyak, kan? Murah-murah pula tu 😁)

Baik, buku ini terbitan dari Pelangi Mizan. Datang dari negara jiran kita, Indonesia. Saya kagum dengan syarikat penerbitan yang rajin menerbitkan buku sebegini. Buku seperti siri Halo Balita! saya pernah jumpa di PPAS itu pun senaskah board book ini mencecah harga RM36! Huhuhu...

Seronok jumpa siri kisah Nabi dalam bentuk board book. Lebih mudah nak bercerita dengan anak kecil seperti bayi dan toddler sebab buku ini tahan lasak!. Anak nak gigit atau baling pun buku tak berapa jejas ;)

Kami memilih buku Nabi Musa a.s kerana anak-anak sedang menghafaz Surah An-Naziat. Di dalam surah ini Allah memerintahkan Nabi Musa berdakwah kepada Firaun manakala dalam board bookbercerita kisah semasa Nabi Musa kecil. Tapi, anak-anak suka, Mereka mahu tahu kisah Nabi Musa.





Maka selepas beberapa kali bercerita, baru kami buat kraf berdasarkan cerita. Buat latar sungai dan bakul. Orang inggeris panggil bakul bayi sebagai  Moses basket.






Kami menggunakan selotep dan gam biasa sahaja. Sebab itu kain felt itu nampak senget :) Nanti mahu bingkaikan. Buat masa ini anak tampal di dinding sahaja.

Boleh guna berulang kali, anak sulung suka cerita kembali pada adik-adiknya. Alhamdulillah.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015