Awal Februari memang menguji kami sekeluarga :) Seorang demi seorang ahli keluarga jatuh sakit. Bermula dengan emak yang demam sejurus pulang dari Mesir, diikuti dua orang anak yang demam panas, sudah baik demam, bersambung pula dengan selsema dan batuk. Selang beberapa ketika, saya pula demam selsema (namun alhamdulillah tidak lelah), ibu mertua ditahan di wad lebih seminggu dan ayah mertua yang tidak sihat.
Nampak susah tetapi sebenarnya Allah beri ujian memang kena pada masanya dan sebenarnya Allah tidak mahu menyusahkan kita.
Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a, keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah Ta'ala menghapus dosa-dosanya kerananya. (Hadis Riwayat Muslim)
Disebabkan tak sihat, seminar Quranic Homeschooling pun tak dapat hadir tetapi Allah beri peluang lain bertemu muka dengan peserta-peserta lain dalam satu gathering minggu lalu. Nanti cerita dalam entri lain 😊 Insya Allah.
Masa tak dapat pergi 12 Februari itu Allah sahaja tahu sedihnya hati. Tapi tidak zahirkan pada sesiapa pada hari tersebut kerana di rumah ada banyak urusan - menguruskan kuliah dhuha, melayan tetamu yang hadir dan menziarahi orang sakit pada sebelah petang.
Saya dengar seminar ini akan diadakan di Melaka lagi pada bulan April. Boleh hubungi Pn Fiey di nombor tertera.
Ada hari semasa anak sakit, mereka minta bacakan buku. Alhamdulillah kakak dan baby sihat, jadi saya bergilir dengan si kakak membacakan buku pada yang lain 😉 Sempatlah buat sedikit aktiviti untuk si kakak.
Kakak namakan haiwan dan apa sahaja yang dilihat di dalam gambar. Buku ini bertajuk Sparkly Jungle. Saya sudah tidak ingat dari mana saya beli buku ini. Maklumlah, tahun pertama ada anak, saya sangat obses dengan buku kanak-kanak. Huhu.. beli dan beli. Sekarang dah berhenti. Beli sesekali sebagai reward sahaja. Hehe..
Buku ini bersaiz besar dan bersinar-sinar sedikit jika dibaca dalam gelap. Masa kecil anak tak suka buku ini. Mungkin belum tertarik. Sudah besar, anak nombor 2 dan 3 yang paling berminat dengan buku ini.
Inilah antara buku yang dibacakan semasa mereka kurang sihat. Ini sahaja yang sempat ambil gambar 😃
Barakallahufik.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan