Gambar : Koleksi peribadi dan gambar dari #grouphsmelaka
Lambat sebenarnya buat entri pasal perjumpaan ini 😁 Saya ada sebut dalam entri : Membaca Bersama mengapa saya tidak dapat hadir Quranic Homeschooling oleh Pn Siti Aminah Sulaiman. Dengan izin Allah, pada minggu lalu (25 Februari 2017) kami dapat berkumpul di rumah Pn Fiey di Krubong, Melaka.
Semasa kami tiba, Ustaz Azizan (suami Pn Afifah) sedang memberikan kupasan tafsir Surah Al-Fatihah. Kelihatan 3 ke 4 peserta lagi bersama suami dan anak masing-masing. Meriah! Alhamdulillah.
Selepas sesi tazkirah, kami mulakan aktiviti bersama anak-anak berdasarkan Surah Al-Fil. Kaum bapa memilih untuk membuat model Kaabah manakala kaum ibu "paksarela" buat model gajah. "Paksarela" sebab kami pun tak tahu macam mana nak buat gajah 😆
Tapi, anak-anak sangat advance! Berpandukan buku 15 Aktiviti Anak Pencinta Al-Quran ; Surah Al-Fil mereka mampu menghasilkan beberapa "ekor" gajah comel.
Gajah Khaulah |
Pn Fiey menjadi pencerita Surah Al-Fil pada hari tersebut. Anak-anak mendengar sambil tangan masing-masing masih menguli plastisin. Sudah kata budak-budak, memang plastisin itu bagai satu tarikan magnet! 😄
Tapi mereka tetap mendengar dan sesekali menjawab soalan yang ditanya oleh Pn Fiey.
Tengok kaum bapa pun bersemangat ;) |
Haa fokus sungguh adik ni! |
Sementara kaum bapa ke surau untuk solat Asar berjemaah, kami kaum ibu sempat buat usrah sebentar. Sebab kebanyakan anak pergi ikut solat di surau.
Menarik sekali kupasan surah Al-Fil oleh Ustaz Nouman Ali. Disampaikan oleh Pn Fiey dengan penuh semangat. Masya Allah, saya lihat hikmah al-Quran sangat besar dan menakjubkan. Masa inilah juga baru berkenalan dengan Pn Najwa dan Pn Asiah.
Masya Allah, benarlah kan, setiap orang yang kita jumpa pasti ada sesuatu yang dapat kita pelajari. Di penghujung program kami disajikan dengan pengat pisang yang lazat dan nasi kerabu yang menambat selera. Barakallahufikum buat Pn Fiey dan semua peserta pada hari tersebut. Insya Allah akan bertemu lagi dalam gathering akan datang.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan