Rabu, 29 Mac 2017

Buat buku cerita sendiri : Mari Ke Pasar


Projek buku mini banyak dalam perancangan. Ada beberapa buah yang dibuat serentak tetapi gagal menambat hati anakanda-anakanda tercinta untuk melengkapkannya.

Ada beberapa faktor yang saya perhatikan :

1. Tajuk yang bukan pilihan mereka memang tak akan siap.
2. Hilang minat kerana penat. Banyak yang mahu ditulis. Anak-anak saya belum mahir kemahiran menulis. 
3. Memerlukan fokus. Mereka lebih suka bermain. Dan sesungguhnya itulah fitrah mereka! 😉

Maka, saya buat secara santai.

Semasa singgah di Mydin, ambil katalognya sebagai bahan belajar nanti. Balik ke rumah, masing-masing seronok ada katalog bergambar. Biarkan mereka explore dan bercerita tentang barang-barang yang dilihat. Kita juga ambil peranan menerangkan, menjawab persoalan dan tunjuk ajar anak-anak.

Selang beberapa hari, beri mereka gunting dan beri pilihan kepada anak topik yang digemari. Ada yang suka makanan, pakaian dan barang keperluan harian. Baik, kita terima sahaja.

Jelaskan yang kita akan kumpulkan gambar untuk dijadikan buku cerita. Strategi menjadi! Mereka sangat gemar aktiviti menggunting, menampal dan mewarna. Jadi cipta peluang di sini 😁

Dari si kakak sulung hingga ke nombor tiga, baik sahaja menurut arahan semasa proses pembelajaran secara tidak langsung ini. 

Hasilnya...........

Muka hadapan







Harus dipuji atas usaha dan kerjasama yang tinggi, bukan? Selebihnya tidak mengapalah. Nanti ummi tolong 😄

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015