Petang ini Allah beri kesempatan pergi ke kelas al-Quran di surau. Terkejut dan gembira melihat makcik bertudung merah ini hadir sekali.
Beliau sakit dan lama tinggal di hospital. Katanya kaki bengkak dan hitam akibat pemakanan.
Suami bertanya khabar dan beliau menjawab : Alhamdulillah saya dah sihat, ustaz. Terus datang mengaji hari ini. Keluar rumah pukul 2 petang jalan kaki, pukul 3 lebih sampai surau.
Saya yang duduk di barisan belakang terus ðŸ˜. Allah, gigihnya makcik ini.
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mensyukuri." (Surah Al-Faathir : ayat 29 - 30)
Tapi tadi dia skip mengaji sebab suara tidak jelas dan lidahnya agak keras kesan sakit yang lama.
+++
Allahu.
Dalam diam saya muhasabah diri.
Aku yang sihat ni tak ingat nak mengaji.
Aku yang sihat ni selalu malas mengaji.
Ada orang nak mengaji tapi tak mampu sebab sakit.
Ada orang nak sangat mengaji tapi bacaan jadi pelat sebab Allah uji lidahnya begitu begini.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Bersyukurlah!
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang." (Hadis riwayat Bukhari no 5933)
Kata seorang rakan, "Kadang-kadang Allah nak uji bukan untuk dia, tapi untuk kita sebenarnya."
Ingatan untuk diri sendiri ðŸ˜
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan