Empat orang anak sendiri dan enam orang anak buah.
Semua ada karakter sendiri. "Murid" tetap di rumah memang empat orang sahaja. Bakinya bertukar ganti. Hehe.
Jika saya sibuk dengan kerja rumah dan kerja di dapur, maka jigsaw puzzle lah penyelamat keadaan. Sejak anak sulung pandai jaga barang, yakin sedikit untuk beri mereka main tanpa pantauan kita. Sebab nanti si kakak akan atur semula - beri arahan pada adik-adik ; asing ikut jenis, simpan dalam beg khas dan pantau jangan berebut (meskipun selalu sahaja dengar bunyi bergaduh tu 😆)
Pelbagai peringkat umur, aktiviti yang dirancang juga harus mengikut tahap mereka.
Rasa seperti guru sekolah sahaja. Ada rancangan pengajaran harian (RPH), rancangan pengajaran mingguan, tulis perkembangan anak sehari-hari (refleksi), senarai bahan yang perlu digunakan, senarai bahan yang perlu dibeli (jika sudah habis) dan senarainya berterusan.
Tapi, selalu juga idea datang spontan. Itu yang lebih seronok!
Berkongsi contoh yang saya buat untuk anak-anak. Feel free to download. Gunalah. Boleh sahaja ubahsuai ikut anak-anak tuan / puan 😊 Klik :
Semoga bermanfaat. Doakan kami sekeluarga ❤
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan