Ini 3 buah buku yang dibacakan untuk anak 2 hari lepas. Kali ini sempat baca untuk bayi 4 bulan dan si kak cik Umur 2 tahun 7 bulan.
Masya Allah, si Kak Cik boleh 'baca' semua buku ini tanpa ada salah. Opss..Dia belum boleh membaca mungkin dia ingat sebab Siri inilah yang saya bacakan hari-hari semasa dia berusia setahun lebih.
Si kecil juga nampak teruja apabila didudukkan atas riba. Macam tahu-tahu sahaja rutin membaca buku dengannya.
Nak tahu buku apa ini?
Ini siri Ameen Cepat Baca keluaran Ameen Books. Saya pernah catat di entri ini : Siri Ameen Cepat Baca (klik untuk baca).
Menarik Tau! Penulisnya berpengalaman luas. Pn Zainiah ialah Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Nanti ada pesta buku (PBAKL) pergi cari reruai Ameen Books. Biasa mereka ada tawarkan diskaun. Berbaloi beli insya Allah. Jom mula menabung untuk beli buku anak-anak 😚
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan