Isnin, 22 Januari 2018

Tadabbur Surah An-Nahl ayat 66


Minggu lalu, kami memilih Surah An-Nahl ayat 66 sebagai ayat pilihan. 

Saya mencari idea daripada aktiviti yang dikongsi oleh Planner Aktiviti Ibu dan Anak :


Surah An-Nahl ayat 66 berkisar haiwan ternakan dan susunya :


Antara soalan pembuka dengan anak -anak :

🔎Haiwan apa yang melahirkan anak?
🔎Ada tak haiwan yang keluarkan susu sendiri?
🔎Haiwan mana yang kita boleh minum susunya?
🔎Siapa tahu macam mana nak ambil susu dari haiwan ni?
🔎Nak tak tengok proses tu?
🔎 Siapa yang cipta susu ini? Dan siapa yang beri kita susu yang sedap ni?

Semasa ummi kecil dahulu, moyang kamu ada bela kambing. Setiap kali balik kampung, mesti aktiviti kami penuh!

'Cak' (panggilan kepada datuk di utara) akan bawa kami tengok kambing di kandang, perah susu kambing (dan bagi ummi minum. Buat ubat lelah katanya), pergi menggembala kambing dan iring kambing pulang sebelum maghrib dan lain-lain.

Pernah juga melihat kejadian ular sawa masuk kandang kambing untuk makan anak kambing. Waktu malam pula tu. Huhu. 

Tercengang anak-anak 😊

Cak pernah dapat Anugerah Penternak sempena Hari Peladang Negeri Perlis. Tapi sekarang kambing dan kandang semua dah tiada.

Ok, untuk aktiviti, kami pilih untuk tonton video tentang lembu :


Ulang dua, tiga kali juga video ini. Anak-anak suka tonton.


Tak sempat nak buat kotak lembu macam Mama Q buat. Kami buat kraf lembu dari brown paper bag sahaja.



Sebenarnya bila dibuat sesi tadabbur ini, bukan anak sahaja belajar, kita pun belajar sama. Subhanallah 😍

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 21 Januari 2018

Aktiviti pagi Sabtu


Gambar : Koleksi peribadi.

Alhamdulillah, pertama kali buat kelas bahasa Arab untuk anak-anak dari kelas mengaji.

Janji 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru kelas mula. Tak mengapalah. Bilangan yang hadir ini sudah cukup menunjukkan komitmen mereka untuk belajar.


Sesi pengenalan sahaja. Sambil ustaz menilai tahap menulis, kefasihan dan lisan mereka. Nampaknya ada yang perlukan sesi one-to-one.

Dalam masa yang sama, bagi anak di bawah usia 7 tahun akan bersama saya dalam playgroup.

Disebabkan yang hadir berusia di antara 4 - 7 tahun, saya memilih tema huruf hijaiyah. Kali ini kami buat lapbook. Sumber bercetak ini boleh ambil dari A Muslim Homeschool.


Saya cuba bantu seorang demi seorang. Membetulkan sebutan huruf hijaiyah mereka.

Mereka perlu potong sendiri kad manila dan kertas latihan lalu ditampal pada lapbook.

Oh, aktiviti kegemaran rupanya bermain gunting 😉 



Jumpa lagi kelas seterusnya. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 20 Januari 2018

Ulasan buku : Ibunda Para Ulama


Sumber gambar : di sini
Sudah lama saya lihat buku ini dipromosikan namun baru ini saya dapat membacanya. Terina kasih kepada adik ipar yang sudi meminjamkan buku ini.

Buku Ibunda Para Ulama terbahagi kepada beberapa bahagian. Penulis membawa kisah bonda para sahabat, bonda para ulama dan bonda para mujahid.


Kebanyakan nama sahabat yang dipetik memang terkenal dalam sirah nabawiyah manakala nama-nama tokoh ulama dan mujahid memang sebahagian besarnya tidak saya kenali. 


Namun membaca profil kebanyakan para bonda, menemukan beberapa persamaan. Kesemua bonda merupakan wanita solehah dan mempunyai visi dan matlamat yang kukuh.


Mereka meniup semangat dan memberi motivasi supaya anak-anak belajar dengan tekun dan berjaya. Kasih sayang yang diberi disulam dengan nasihat dan dorongan yang kuat menjadikan anak-anak mereka berjaya menjadi aset berharga kepada agama di dunia dan di akhirat.


Banyak penghargaan yang dirakam oleh para ulama ini kepada ibu mereka.


Ada yang mengatakan bahawa bondanya seorang yang hafaz al-Quran, khatam 2 kali dalam sebulan, melazimi majlis ilmu dan kuliah di masjid, memperuntukkan masa khas untuk membaca dan tidak meninggalkan qiamullail.


Masya Allah. Padan benarlah melahirkan tokoh yang hebat dan terbilang. Peringatan untuk diri sendiri 💪


Buku 5 / 2018


#readingchallenge

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 19 Januari 2018

Tarsia Puzzle


Gambar : koleksi peribadi.

Alhamdulillah, kali ini kami gunakan buku teks bahasa Arab Tahun 2. Huruf hijaiyah pertama ialah ل. 



Cadangan aktiviti :

* Teka huruf - trace huruf di belakang badan dengan jari. Minta anak teka.
* Cari enam sampul tersembunyi di sekeliling. Bila dah dapat, keluarkan dan pamerkan.
* Baca sama-sama perkataan dan anak ulang sebutan dengan betul.
* Aktiviti kolaj tisu bagi Asma' (anak usia 3+ tahun)
* Melengkapkan tarsia puzzle bagi anak yang lain.



Alhamdulillah, akhirnya tahu juga nak buat tarsia puzzle macam mana. Maklumlah namanya menarik. Gigih mencari cara nak buat. Biasanya lihat Ustazah Ilyana Ikhsan kongsi di Facebook beliau.

Hasil anak-anak :


Kita boleh pilih pelbagai bentuk. Ada orang buat seperti piramid atau bentuk bulatan, saya buat bentuk heksagon. Tuliskan perkataan pada satu sudut dan letakkan gambar. Padankan tulisan dengan gambar seterusnya sehingga selesai.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 18 Januari 2018

HiJAAQ


Pernah tak anda belajar jawi?
Masih ingat lagikah bacaannya?



Kami di rumah selalu bermain permainan HiJAAQ. Apa dia HiJAAQ ni?

HiJAAQ ialah singkatan daripada Hijaiyah, Jawi dan Al-Quran.


Sumber gambar : Laman web Aras Mega Sdn Bhd

Ia adalah satu inovasi oleh seorang Guru Cemerlang Pendidikan Islam di Perak, Ustazah Jumisara binti Chamili.



Pendapat peribadi saya, permainan ini sangat bagus kerana membantu kefahaman pemain / murid semasa mempelajari Bahasa Arab dan jawi. 

Ia juga mampu menarik minat anak-anak untuk mencuba permainan ini dan belajar perkataan baru.

Saya beli permainan ini semasa anak saya baru mula membaca jawi. Sejak itu ia jadi permainan keluarga. Kadang terasa macam Sahibba pula 😁 

Baik. Bagi sesiapa yang membeli permainan HiJAAQ ini, anda akan dapat sebuah kotak yang mengandungi manual penggunaan HiJAAQ dan kad-kad huruf.

Arahan pada manual penggunaan juga jelas dan mudah diikuti.




Ciri-ciri permainan HiJAAQ ini ialah :

1. Padanan huruf rumi
2. Huruf tunggal hijaiyyah
3. Simbol titik hitam menandakan huruf tidak boleh bersambung

Kelebihan HiJAAQ ialah :

💡Membantu mengenal huruf Hijaiyah
💡 Belajar teknik penyambungan huruf dengan betul.
- Ada titik pada kad yang menunjukkan sama ada huruf itu boleh disambung atau tidak.
💡 Belajar mengeja jawi dengan betul.
- boleh dieja dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian susun ke tulisan jawi.
💡 Merangkumi pelbagai ejaan jawi.
- sukukata terbuka, tertutup dan sebagainya.

Setiap kad / warna menunjukkan : 

21 kad kuning mewakili huruf awal.
40 kad magenta mewakili huruf-huruf tengah.
40 kad magenta mewakili huruf-huruf tengah (tambahan).
42 kad cyan mewakili huruf akhir.

Lihat, anak saya suka bermain bersama sepupu atau bermain sendiri ketika masa lapang.






Kadang tak cukup kad dibuatnya 😅 

HiJAAQ mula diterima di sekolah-sekolah. Guru-guru mula menggunakan HiJAAQ dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. HiJAAQ juga sesuai digunakan semasa waktu relief atau diletakkan di pusat sumber sebagai salah satu bahan P&P yang menarik.

Nanti saya cuba kongsikan aktiviti yang boleh dibuat dengan HiJAAQ.

Oh ya, HiJAAQ juga merupakan gandingan sesuai dengan Set Buku Ibu, Ajarku Jawi. Memang produk laku keras setiap tahun pasti dinanti-nanti oleh ibu bapa dan guru.

Set Ibu Ajarku Jawi ialah sebuah siri mengajar anak membaca jawi. Insya Allah akan kami kongsikan juga dalam entri-entri seterusnya.


######

HiJAAQ : RM20
Ibu, Ajarku Jawi : RM40



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 16 Januari 2018

Akademi Darul Sunnah, Melaka


Aktiviti sehari-hari. Sementara yang lain mengaji al-Quran, yang lain ambil peluang bermain atau membaca buku.

Gambar semasa bacaan Yasin minggu lalu

Mudah-mudahan bangunan perpustakaan cepat siap dan anak-anak ini dapat manfaat daripadanya.

Setakat ini, saya bawa buku dalam kotak ini. Dan buku ditukar setiap 2-3 hari sekali.


(Jika ada yang ingin menyumbang kepada perpustakaan ini sangat dialu-alukan. Perabot, rak buku, buku kanak-kanak mahupun bacaan umum. Kami berbesar hati menerimanya.)

Suka lihat anak-anak yang suka membaca 😃


Meskipun masa singkat, tetapi yang penting minat membaca itu ada 👍

Saya panjang-panjangkan lagi kepada sesiapa yang mahu memberi sumbangan untuk Akademi Darul Sunnah ini :

###########

Assalamualaikum Wrh Wbt

Alhamdulillah,dengan Izin Allah,seorang hamba Allah telah infaq sebidang tanah untuk diwakafkan untuk dibuat pusat pengajian.

Namun projek pembangunan agak lambat dan terberhenti seketika disebabkan  faktor kewangan.

Dengan rasa rendah diri,kami ingin memohon sedikit sumbangan berbentuk kewangan atau barangan pembinaan atau alatan pembelajaran atau apa sahaja yang boleh membantu.

Sumbangan tuan puan bolehlah dihulurkan ke:

554053615571 (Maybank)
Akademi Assunnah

Atau

Boleh hubungi :

0196550983
(Ust Sobri Hashim)

0126075711
(En Yusuf Abbas -Bendahari Akademi Assunnah)

Jazaakallahu khayra
(Moga Allah membalas segala jasa dengan kebaikan)

##########

#DarulSunnah
#KelasMengaji
#BaitulFatimah
#Melaka

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 14 Januari 2018

Menara Cerita : Nasihat Luqman kepada anaknya


Dalam sesi tadabbur al-Quran minggu ini, kami memilih Surah Luqman ayat 12-19.


Nasihat yang sangat baik oleh Luqman kepada anaknya yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Subhanallah, nasihat yang menyeluruh dan mencakupi seluruh kehidupan.

Semasa anak alunkan ayat ini dan membaca terjemahannya, kami sama-sama memikirkan nasihat ini satu-persatu.


Kami memilih untuk membuat menara cerita setelah anak-anak membelek buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.



Ok. Saya memilih membuat kad dengan kad manila. Kad dipotong kecil iaitu saiz 15 cm x 8 cm. Kemudian dipotong sedikit kiri dan kanan kad supaya boleh diselitkan semasa membina menara cerita.


Saya lukiskan 8 gambar yang berkaitan dengan nasihat dan anak-anak warnakan. Sekurang-kurangnya ada usaha dari semua orang untuk terlibat menyiapkan projek ini.


Selepas siap, saya pun mula bercerita dengan bantuan props ini. Anak-anak bergilir memasang kad antara satu kad ke satu kad. Seronok!



Sehingga kini anak-anak masih mengulang cerita. Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015