Isnin, 22 Januari 2018

Tadabbur Surah An-Nahl ayat 66


Minggu lalu, kami memilih Surah An-Nahl ayat 66 sebagai ayat pilihan. 

Saya mencari idea daripada aktiviti yang dikongsi oleh Planner Aktiviti Ibu dan Anak :


Surah An-Nahl ayat 66 berkisar haiwan ternakan dan susunya :


Antara soalan pembuka dengan anak -anak :

๐Ÿ”ŽHaiwan apa yang melahirkan anak?
๐Ÿ”ŽAda tak haiwan yang keluarkan susu sendiri?
๐Ÿ”ŽHaiwan mana yang kita boleh minum susunya?
๐Ÿ”ŽSiapa tahu macam mana nak ambil susu dari haiwan ni?
๐Ÿ”ŽNak tak tengok proses tu?
๐Ÿ”Ž Siapa yang cipta susu ini? Dan siapa yang beri kita susu yang sedap ni?

Semasa ummi kecil dahulu, moyang kamu ada bela kambing. Setiap kali balik kampung, mesti aktiviti kami penuh!

'Cak' (panggilan kepada datuk di utara) akan bawa kami tengok kambing di kandang, perah susu kambing (dan bagi ummi minum. Buat ubat lelah katanya), pergi menggembala kambing dan iring kambing pulang sebelum maghrib dan lain-lain.

Pernah juga melihat kejadian ular sawa masuk kandang kambing untuk makan anak kambing. Waktu malam pula tu. Huhu. 

Tercengang anak-anak ๐Ÿ˜Š

Cak pernah dapat Anugerah Penternak sempena Hari Peladang Negeri Perlis. Tapi sekarang kambing dan kandang semua dah tiada.

Ok, untuk aktiviti, kami pilih untuk tonton video tentang lembu :


Ulang dua, tiga kali juga video ini. Anak-anak suka tonton.


Tak sempat nak buat kotak lembu macam Mama Q buat. Kami buat kraf lembu dari brown paper bag sahaja.



Sebenarnya bila dibuat sesi tadabbur ini, bukan anak sahaja belajar, kita pun belajar sama. Subhanallah ๐Ÿ˜

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015