Ahad, 14 Januari 2018

Menara Cerita : Nasihat Luqman kepada anaknya


Dalam sesi tadabbur al-Quran minggu ini, kami memilih Surah Luqman ayat 12-19.


Nasihat yang sangat baik oleh Luqman kepada anaknya yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Subhanallah, nasihat yang menyeluruh dan mencakupi seluruh kehidupan.

Semasa anak alunkan ayat ini dan membaca terjemahannya, kami sama-sama memikirkan nasihat ini satu-persatu.


Kami memilih untuk membuat menara cerita setelah anak-anak membelek buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.



Ok. Saya memilih membuat kad dengan kad manila. Kad dipotong kecil iaitu saiz 15 cm x 8 cm. Kemudian dipotong sedikit kiri dan kanan kad supaya boleh diselitkan semasa membina menara cerita.


Saya lukiskan 8 gambar yang berkaitan dengan nasihat dan anak-anak warnakan. Sekurang-kurangnya ada usaha dari semua orang untuk terlibat menyiapkan projek ini.


Selepas siap, saya pun mula bercerita dengan bantuan props ini. Anak-anak bergilir memasang kad antara satu kad ke satu kad. Seronok!



Sehingga kini anak-anak masih mengulang cerita. Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015