Selasa, 28 Februari 2017

Semakin hampir..


Bismillahirrahmanirrahim.

"Hari ini berapa hari bulan hijrah?"

Tanya ustaz dalam kuliah tafsir semalam. Masing-masing senyum-senyum sahaja 😅 Saya pun teragak-agak.

Semalam ialah 30 Jamadilawal 1438. Maka hari ini sudah masuk bulan baru. 1 Jamadilakhir 1438H. Allahu Allah. Semakin menghampiri Ramadan.

اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ
(Ya Allah! Sampaikan kami ke bulan Ramadan).

Sudah bersediakah kita?
Mari mulakan! 💪



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Menimba pengalaman di kelas baru.


Sejak kenal Nurin di ujibakat Qari Junior 2017, anak-anak sangat suka bercerita tentang kawan baru ini.

Kemudian dapat tahu ada program kelas tahfiz di masjid Batu Berendam, maka gigihlah kami hantar anak belajar di sana.

Kelas di sini hari Sabtu dan Ahad. Bermula jam 8.30 hingga 11.30 pagi. Sesi pertama - mengaji atau hafazan (ikut kelas), rehat jam 10 pagi. 10.30 hingga 11.30 pagi kelas fardu ain. Bayaran RM50 sebulan. Pendaftaran RM130 (termasuk modul hafazan dan rehal kayu).

Sabtu lepas bertemu pihak pengurusan dan salah seorang ustazah pengajar. Beliau uji bacaan anak dan baru beri keputusan boleh terus masuk kelas asas tahfiz.

Ikutkan hati, boleh sahaja anak-anak mengaji dan menghafaz di rumah. Namun, mungkin anak mahukan suasana lain. Ikutkan sahaja permulaan ini. Mahu pantau dahulu perkembangan dalam sebulan ini.

Moga Allah reda.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 25 Februari 2017


Anda mencari bahan pendidikan untuk anak-anak? Alat permainan edukatif, bahan bacaan, soft toy, soft book, permainan pasir, dan sebagainya. Mungkin saya dapat membantu 😊

Berikut adalah sebahagian katalog barangan yang dijual. Boleh PM atau WhatsApp terlebih dahulu untuk semakan stok ;)








Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 24 Februari 2017

Sesi bercerita : Buku bahasa Arab mudah yang menarik


Tahun ini saya bercadang menjadikan aktiviti membaca bersama anak satu kemestian. Semangat sedikit selepas terbaca sebuah artikel seorang bapa berazam mahu bacakan anaknya 1000 buah buku tahun ini. Mustahil? Mari kita lihat.

Setahun ada 365 hari. Sehari bacakan 3 buah buku. Insya Allah, anda akan capai target pada hujung tahun nanti! Bayangkan kelebihan yang akan diperolehi oleh ibu bapa dan anak. Perbendaharaan kata meningkat, keyakinan diri meningkat, pengalaman membaca anak meluas dan sudah pasti bonding time dengan anak yang begitu berharga! Tidak boleh dijual beli di mana-mana 💕💕💕

Ini antara buku yang pernah saya bacakan untuk anak-anak. Bagaimana cara bacakan anak buku? Boleh lihat perkongsian Mama Q di sini 😊

Agak sukar mendapatkan buku cerita bahasa Arab di pasaran Malaysia. Pernah saya buat sendiri buku mini Bahasa Arab untuk anak-anak sebelum ini. Boleh klik pautan di akhir entri ini untuk dapatkannya secara percuma 😊

Siri ini telah dibelikan oleh adik saya ketika menuntut di Mesir. Jika tuan / puan ada kenalan / adik-beradik yang masih belajar di Mesir, jangan lepaskan peluang mengirim buku seperti ini di pesta buku Mesir. Setiap tahun, ia akan diadakan pada bulan Januari atau Februari (saya kurang pasti tarikh yang tepat).

Buku di sana sangat banyak, pelbagai dan lebih murah. Sangat berbaloi.

Berbalik pada buku ini. Saiznya lebih kurang 6 x 6 inci, berwarna penuh dan ayatnya berbaris. Memudahkan kita membacanya. Bahasa yang digunakan juga agak mudah, anak kami mampu membaca dan memahaminya. Dia boleh terjemahkan sedikit-sedikit semasa membacakan buku ini kepada adik-adiknya.

Ada 6 buah buku dalam siri ini. Semuanya menarik sekali. Saya baru siapkan glosari untuk sebuah buku cerita. Itu pun mengambil masa yang lama dan bertulisan tangan. Komputer riba saya tiada tulisan arab 😡







 Anak-anak sangat seronok baca buku ini. Mereka ulang baca tanpa jemu. Masya Allah. Jom, pupuk minat membaca dalam diri anak-anak kita. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Good Quote






Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 23 Februari 2017

Beli Buku Ziyad & Tiger Adventures, percuma 'free printable' Kad Domino




Masya Allah, sejak kami lancarkan pakej ini, ramai yang sudah mendapatkannya. Ada yang membeli lebih dari sebuah buku untuk diletakkan di perpustakaan sekolah dan ada guru yang bermurah hati memberikan kepada anak didik di kelas. Barakallahufik!

Masih tidak terlambat untuk mendapat buku Ziyad & Tiger Adventures "Animals From The Quran" ini.




Contoh kad domino 

Buku ini berwarna penuh, bersaiz besar dan tulisannya juga jelas dilihat. Sesuai untuk bacaan anak-anak. Ada 10 kisah haiwan yang ada di dalam al-Quran digarap dalam cerita pengembaraan Ziyad. Boleh lihat reviu lain dan aktiviti berdasarkan buku ini :

Buku Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran

Menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan!

Dengan pembelian buku ini, anda layak menerima "free printable" kad domino. Selepas pembayaran, kami akan hantar ke emel anda :) Boleh cetak sendiri. 

Harga buku ialah RM18.00. Pos laju semenanjung ialah RM8.00 dan Pos Laju ke Sabah Sarawak ialah RM12.00. Jika berminat mendapatkan buku ini boleh hubungi saya 013-361 3516 (Aina). Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Belajar Bahasa Arab tema ت (Huruf hijaiyah ta)



Sub topik ketiga ialah huruf ت.


Saya kekurangan idea. Anak sebut perkataan dengan betul dan memadankan dengan gambar. Selepas puas difikirkan, saya mohon Allah berikan ilham. Maka, saya ternampak gambar mahkota (تاج).


Saya pun ambil ukuran kepala anak-anak, potong kad manila dan minta mereka hiaskan. Khaulah boleh gunting sendiri تاج nya.





Seronok sungguh mereka dengan mahkota ini. Dua kali tengok, macam topi chef pula. Hehe. Sampai ke malam tak habis bercerita. Siap mahu bawa ke kuliah maghrib malam itu. Terpaksa saya tidak benarkan. Huhu..


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Rabu, 22 Februari 2017

Belajar Bahasa Arab tema ب (Huruf hijaiyah ba)


Baik, huruf seterusnya ialah . Aktiviti kami ialah :

1) Menyebut kalimah dengan betul.
2) Padanan gambar dengan kalimah.
3) Tulis dan padam perkataan.

- Saya laminate kertas, ada tiga bahagian di sini. Bahagian pertama : baca perkataan. Bahagian kedua : Surih dan tulis. Bahagian ketiga : padankan dengan gambar yang betul pada ruang kosong.

4) Jigsaw puzzle.

- Kali ini buat bentuk zig zag pula.

Semua bahan saya simpan dalam sampul ikut kategori dan fail tranparentyang berzip. Saya beli fail ini di Tong Hup. Harga memang berpatutan! ;)

Tulis dan padam perkataan.

Saya cetak depan dan belakang. Jimat kertas 😁
Jigsaw puzzle - zig zag
Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rezeki Si Surirumah - Kak Nur Solihah


Satu hari, dapat mesej WhatsApp dari seorang rakan maya. Beliau dikenali lewat Muka Buku dan rupanya adik kepada Prof Kamil. Menatap gambar draf ini membuatkan hati berbunga-bunga. Masya Allah. Melihat tajuknya sahaja sudah buat hati tidak sabar mahu membacanya. Saya doakan usahanya berjaya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kak Nur Solihah ialah bekas guru yang mengambil keputusan menjadi suri rumah tangga dan kini menetap di Sabah. Beliau aktif menganjurkan playgroup untuk anak-anak selain menjadi trainer untuk kelas faham al-Quran tanpa asas Bahasa Arab.

Kredit gambar asal : Kak Nur Solihah Ibrahim


Dalam masa yang sama, ia membuatkan saya bermuhasabah. Ini kali kedua saya mengambil cuti tanpa gaji. Cuti yang panjang ini membuatkan saya dapat muhasabah diri di samping menyusun atur hidup dengan lebih tenang berbanding sebelum ini. Bukanlah saya mahu komen ibu berkerjaya kerana saya juga seorang ibu berkerjaya. Saya  tahu bagaimana perasaan ibu berkerja sehari-hari.

Walaupun siapa pun kita, suri rumah hatta ibu berkerja, niat pertama mestilah kerana Allah. Yakin rezeki itu dari Allah, bukannya dari slip gaji yang kita terima saban bulan. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat ibu-ibu semua.

Kita nantikan penerbitan buku ini ya.... amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 21 Februari 2017

Belajar Bahasa Arab tema ا (Huruf hijaiyah alif)


Aktiviti ini telah lama kami jalankan iaitu pada minggu pertama Januari tahun ini. Namun disebabkan kekangan waktu, baru kini saya dapat catatkan di sini :)

Kami menggunakan buku teks bahasa Arab Tahun 1 KSSR Semakan 2017. Libatkan ketiga-tiga anak. Alhamdulillah mereka seronok belajar topik hari ini.



Aktiviti kami hari ini :

1. Mengenal huruf hijaiyah dan memadankannya.
2. Memperkenalkan huruf hijaiyah alif, sebutkan kalimah dan tunjukkan gambar.
3. Membuat peta bulatan i-Think (walaupun tidak memenuhi syarat ;))
4. Folder game.
5. Jigsaw puzzle (aktiviti wajib sebab anak gemar main ini)

Gigih buat sebab Allah beri idea spontan. Petangnya pula, pergi khatankan baby :)



Peta i-Think yang tak berapa i-Think 😉

Folder game

Jigsaw puzzle


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 20 Februari 2017

Khatan bayi lelaki


Gambar : Koleksi peribadi

Usia anak 81 hari (Januari lepas) baru kami dapat ke klinik untuk khatankan bayi lelaki. Tiba-tiba rasa nervous pula. Kami memilih Klinik Amal Bukit Katil, Melaka sebagai tempat mengkhatankan anak. Anak terdahulu juga berkhatan dengan doktor ini (Dr Rosziman) . Alhamdulillah semua baik sahaja.

Kami dapatkan temu janji dahulu dari pihak klinik (kita pilih hari) dan staf klinik akan berikan waktu. Malangnya pada hari kejadian kami lewat sejam dari waktu yang diberikan. Jadi, staf klinik nampak enggan menerima awalnya kerana pesakit terlalu ramai. Saya senyum sahajalah. Yalah, salah sendiri. Heh..

Kali ini, suami masuk menemani bayi. Dari luar bilik rawatan, terdengar jelas anak menangis kuat. Mungkin tidak selesa disuntik ubat bius dan dipegang di katil semasa prosedur. Saya berdoa agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja.

Baru lepas khatan. Tertidur kepenatan.
Alhamdulillah, sepanjang memantau keadaan bayi, lukanya juga cepat kering dan clamp dibuka pada hari ketiga. Barakallahufik doktor dan staf.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 19 Februari 2017

Lukisan anak


Gambar : Koleksi peribadi

Baru dua kali Abang Ngah ke kelas mewarna. Minggu ketiga diserang demam selsema selama hampir dua minggu. Lamalah tak ke kelas. Insya Allah akan sambung ke kelas minggu ini.Yuran kelas agak mahal tapi mengenangkan dia sendiri yang minta bermakna dia dah sedia untuk belajar. Tahun lepas pernah ajak anak ini masuk sekali dengan kakaknya tapi dia tak mahu.

Ini modul untuk anak-anak seusianya - 4 tahun.

Junior Book 1 Global Art

Lukisan pertamanya

Lukisan minggu kedua
Moga ada manfaatnya. Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015