Jumaat, 24 Februari 2023

BIK Tahun 6 Unit 1 (Bahagian 1)

 BIK ialah singkatan kepada Bahasa Isyarat Komunikasi. Mata pelajaran ini wujud di sekolah pendidikan khas kategori ketidakupayaan pendengaran. Saya membina bahan bantu mengajar ini bagi memudahkan proses PdPc di sekolah. Silakan kongsi jika bermanfaat :)

Kosa kata
















Latihan





Semoga bermanfaat untuk cikgu-cikgu, murid dan ibu bapa. Doakan saya sekeluarga.

Aina Dayana Hilmi
24 Februari 2023

Ahad, 19 Februari 2023

Kod isyarat huruf

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bertemu lagi. Ini ialah kod isyarat abjad yang saya ambil dari buku teks BIK (Bahasa Isyarat Komunikasi) Tahun 1. Bahan seumpama ini penting bagi saya kerana saya boleh gunakan untuk semua peringkat kelas. Boleh jadikan ia sebagai :

* Kad huruf

* Permainan memory game

* Teka huruf


Sekadar beberapa idea.


Kod isyarat huruf








Semoga bermanfaat. 


Aina Dayana Hilmi

19 Februari 2023

Sabtu, 18 Februari 2023

BM Tahun 2 (Ketidakupayaan Pendengaran) Unit 1 Hari Keluarga

Kad imbas kod isyarat ini berdasarkan perkataan yang ada di dalam Unit 1. Gambar memang kabur. Saya belum jumpa cara nak sharp kan gambar tersebut. Simpan sini senang nak rujuk di kemudian hari.

Boleh klik pada gambar untuk besarkan. Klik kanan untuk simpan.

Kad imbas kod isyarat




















Latihan









Semoga bermanfaat untuk cikgu-cikgu, murid dan ibu bapa.

Aina Dayana Hilmi
18 Februari 2023

Sabtu, 4 Februari 2023

Ulasan Buku : Senarai Semak & Aktiviti Rangsangan Pengurusan Diri


Bacaan pemula bulan Februari dengan buku bertema pendidikan khas. Beli di PBAKL 2022 melalui personal shopper Cik Siti Rahmah.

Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya gembira buku seumpama ini telah terbit untuk panduan ibu bapa dan kami. Secara jujurnya, menjadi guru kepada anak-anak ketidakupayaan mendorong diri sendiri untuk bersyukur dan berusaha membantu mereka sebaiknya.

Pengetahuan dari buku ini boleh diaplikasikan kepada anak tipikal dan menjadikan ibu bapa lebih peka dan membantu anak-anak. Isi kandungannya dihiasi dengan ilustrasi yang comel malah ada dinyatakan di awal buku yang anak digalakkan mewarna gambar kerana ia dilukis secara hitam putih.


Saya sukakan buku ini kerana :

- Memberi kesedaran bahawa pengurusan diri merupakan kemahiran penting di awal perkembangan anak-anak.

- Mengurus diri bukan sahaja merapikan diri tetapi merangsang anak mempelajari kosa kata yang berkaitan serta ada kesan kepada akademik mereka kemudiannya.

- Terdapat 3 bahagian tersedia bagi setiap unit kecil seperti persediaan, semasa dan selepas. Misalnya, persediaan mandi, semasa mandi dan selepas mandi. Saya kira ini seperti social story di mana anak-anak mengetahui langkah demi langkah dalam sesuatu aktiviti.

- Ada bank kosa kata. Wah! Sangat membantu dalam mengajar anak-anak.


Terima kasih kepada penulis dan tim yang berusaha melahirkan buku seumpama ini. Ini kali kedua saya membaca buku dari OT Aisyah. Sebelum ini pernah membaca Target Lima yang dipinjamkan oleh seorang rakan.


Akan cari buku beliau yang lain. Insya-Allah.


Buku 17/2023


Aina Dayana Hilmi,

4 Februari 2023.

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015