Isnin, 28 September 2015

Lapbook : Padankan perkataan dan gambar


Jun lepas saya berpeluang mengikuti bengkel kesedaran tentang Autisme yang dibuat di Seameo Sen, IPG Perempuan Melayu Melaka selama 2 hari. Masya Allah sangat banyak ilmu bermanfaat yang dipelajari dan diimbas kembali (kerana dahulu saya mengambil kursus Pendidikan Khas semasa di kampus).

Saya perhatikan kebanyakan aktiviti mereka boleh juga diaplikasikan kepada anak-anak yang kecil dan diubahsuai mengikut tahap mereka. Salah satunya ialah Fail Pengajaran Berstruktur. Saya agak teruja ketika sesi ini berjalan kerana ia hampir sama konsep dengan Lapbook yang selalu kami bina bersama anak-anak di rumah.

Semasa di tempat kursus, bahan yang digunakan ialah fail coklat, selotep besar, plastik laminate, bahan-bahan pembelajaran, poket coklat (seperti dalam buku perpustakaan), kad pinjaman berwarna putih (juga seperti yang ada dalam buku perpustakaan) dan velcro berpelekat. Fail coklat itu diselotep di semua permukaan bagi tahan lama. 

Untuk aktiviti anak-anak dan anak didik istimewa saya, saya ubah sedikit dengan menggunakan :

BAHAN :

Gambar
Selotep
Sampul surat 
Plastik laminate 
Kad manila

CARA :

1. Potong kad manila bersaiz A4.
2. Selotep seluruh permukaan.
3. Cetak arahan, gambar dan perkataan. Laminate dan potong.
4. Lekatkan sampul surat di sebelah kiri dan bahan pembelajaran di sebelah kanan (lihat gambar di bawah).
5. Untuk kad perkataan, saya lekatkan velcro berpelekat (saya beli di Instagram toysaround).




Ini adalah aktiviti pengayaan untuk anak yang sudah boleh membaca. Ada banyak idea lain yang boleh dibina seperti :

1) Memadankan gambar dengan gambar



2) Memadankan perkataan dengan perkataan

3) Memadankan nombor dengan nombor.

4) Memadankan gambar dengan nombor

5) Memadankan huruf besar dan huruf kecil.



Selamat mencuba :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi




Ahad, 27 September 2015

Sehari di perpustakaan negeri


Semalam kami membawa anak-anak ke perpustakaan negeri Melaka yang terletak di Bukit Baru. Tidak sangka rupanya jerebu kembali menyerang. Agak tebal. Pandangan mata agak terhad. Di dalam hati berdoa semoga anak-anak ini baik-baik sahaja.

Sampai sahaja di perpustakaan sudah pukul 12 tengah hari. Agak mengejutkan kerana hanya ada 6 - 7 orang kanak-kanak sahaja berada di sini. Oh, mungkin kerana masih dalam suasana hari raya Aidiladha. Kelebihannya pada anak-anak kerana mereka dapat bermain sepuas-puasnya di Ruang Santai dan membaca buku di Perpustakaan Kanak-kanak.

Kami juga agak selesa kerana dapat memantau sambil membaca buku dan membuat kerja. Kebiasaannya memang tidak berpeluang seperti ini! 

Banyak buku menarik di perpustakaan kanak-kanak tapi disebabkan ada beberapa buah buku dalam senarai membaca di rumah yang belum dihabiskan, terpaksalah tidak meminjam buku hari ini. Saya juga tidak berpeluang naik ke perpustakaan dewasa meninjau buku. Hari ini memang hari anak-anak. Tidak mengapalah.

Di perpustakaan awam Negeri Melaka ada dua ruang yang boleh dimasuki oleh kanak-kanak dan bayi iaitu Ruang Santai dan Ruang Perpustakaan Kanak-kanak. Di dalam ruang santai, disediakan permainan Wii, papan gelongsor, congkak, foam puzzle, rak bahan bacaan dan sofa lembut.





Di perpustakaan kanak-kanak, terletak sebuah kerusi panjang berbentuk bujur dan dihujungnya ada kepala haiwan yang dijadikan tempat duduk. Deretan rak buku berada di sebelah kanan perpustakaan serta ada yang diletakkan di tengah-tengah ruang membaca. Di sebelah kiri ada 3 bilik iaitu bilik bermain tab, bilik sumber (saya tidak perasan namanya tetapi di dalam bilik ini ada himpunan koleksi cakera padat pendidikan kanak-kanak dan beberapa jenis permainan dalaman) dan sebuah bilik tayangan 3D. Boleh merujuk kepada kaunter untuk penggunaan bilik-bilik ini.

Kebiasaannya ada aktiviti disediakan semasa cuti sekolah, tetapi semalam saya tidak sempat melihat apakah aktiviti yang ada.

Pulang dari perpustakaan sudah hampir masuk waktu Asar. Anak-anak tidak habis bercerita sampai ke malam. Moga ada manfaatnya untuk mereka.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 26 September 2015

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran


Sehari sebelum hari raya korban, ibu mertua menyuarakan hasrat hati untuk mengadakan majlis tadarus al-Quran dan khatam al-Quran di rumah khas untuk kaum ibu. Jika boleh beliau mahukan 30 orang ibu yang pandai membaca al-Quran untuk sama-sama mengaji 1 juzuk seorang secara serentak. 

Alhamdulillah, majlis ini dapat diadakan pada hari Jumaat, 25 September 2015 bertempat di Baitul Fatimah, Kampung Bukit Pegoh (rumah ibu mertua). Saya berasa kagum. Terharu dengan sokongan dari kaum ibu di kampung yang dapat hadir memeriahkan majlis ini di rumah. Dengan bilangan hampir 20 orang, kami mula bertadarus jam 8.40 pagi sehingga selesai. 

Dalam masa yang sama, anak-anak remaja perempuan juga berhalaqah bersama membaca surah Al-Kahfi (berada di ruangan lain).

Anak-anak saya sungguhpun sudah boleh membaca al-Quran namun mereka tidak akan membuka mulut untuk mengaji di hadapan orang yang ramai. Sejak dahulu lagi. Haih...ini sudah masuk bab lain kan? Perlu bina keyakinan diri mereka :)

Hadirin dijamu dengan nasi dan beberapa jenis lauk. Ya Allah, berkatilah mereka yang sama-sama membaca kalam-Mu ini dan pertemukanlah kami semua di jannah-Mu. Amin...

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 25 September 2015

Aktiviti Aidiladha


Kisah malam tadi.

Saya lihat anak-anak sudah keletihan sebenarnya tetapi disebabkan ramai geng bermain, letih itu ditolak ke tepi. Haih..

Selepas Maghrib terpaksa panggil semua yang ada. Duduk mengaji al-Quran, tazkirah ringkas dan mula sesi belajar. Disebabkan ada pelbagai peringkat umur, kita perlu raikan semua yang ada. Teringat kata-kata Pn Siti Rohana ; kita perlu sediakan aktiviti untuk semua anak supaya tiada anak yang terbiar dan ada anak yang mendapat perhatian kita semasa sesi pembelajaran.

Sebenarnya itu jugalah konsep yang sama dipegang oleh guru di sekolah. Bezanya di rumah, kita dapat pantau dan sediakan aktiviti berdasarkan kemampuan anak-anak kerana ianya berskala kecil. Di sekolah, muridnya ramai dan berskala besar. Salute pada semua guru kerana anda sememangnya guru yang hebat!

Sesi belajar mental arithmetic, mencantum jigsaw puzzle, mengenal saiz dan menyusun gambar dari saiz besar ke paling kecil, bercerita dan mengajar topik jam kepada anak. 

Beginilah rupanya jika ada anak kecil yang suka mahu mengikut kakak abang belajar ^_^ Maaf kerana nampak tidak sisematik. 






Salam Aidiladha semua.
Taqabbalallahu minna waminkum :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Khamis, 24 September 2015

Aidiladha 2015


Tahun ini ada beberapa orang ahli keluarga yang sama-sama berkorban. Maka, kami mengambil peluang membawa anak-anak melihat dan mengambil beberapa pelajaran daripada peristiwa korban.

Mungkin disebabkan masih kecil dan saya juga tidak begitu menceritakan perihal korban sebelum ini maka anak-anak tidaklah begitu banyak soalannya. Sekadar menerima dan melihat sahaja. 

Melihat abi mereka menyembelih lembu, kibas dan kambing sendiri kali ini. Alhamdulillah tidak pula timbul rasa takut. Sebaliknya mereka mengetahui cara penyembelihan yang betul dan beberapa perkara berkaitan korban.

Pertama kali lihat kibas. Besar saiznya...



Anak-anak paling suka apabila bertakbir. Mnejadi hiburan mereka hari ini. Ditambah dengan ramainya sanak-saudara yang berkumpul di rumah hari ini menjadikan suasana meriah. Lebih terasa rapatnya berbanding aidilfitri. Alhamdulillah.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 23 September 2015

Permainan Dam Ular


Sebelah pagi hari ini agak rehat sedikit sebab mula memasak untuk hari raya pada sebelah petang. Jadi, pagi ini bercadang mahu buat sendiri dam ular tapi tiba-tiba rasa idea sendiri tidak menarik. Terpaksalah menggunakan talian hayat di internet ^_^

Saya buka www.sightwords.com dan mengambil beberapa templat kosong yang disediakan. Buat ikut keinginan sendiri sahaja.

Saya mengambil kesempatan menyiapkan busy bag adik ipar yang telah berbulan tertunggak. Sebenarnya hanyalah sebuah templat kosong berukuran 5x4 kotak. Ada 4 baris. Baris pertama dan ketiga ada huruf fathah manakala baris kedua dan keempat dibiarkan kosong.

Sementara stok velcro saya sampai, saya menggantikannya dengan plastik lutsinar (yang digunakan untuk membalut kulit buku) dan diselotepkan. Jangan lupa tinggalkan ruang di atas untuk memberi ruang padanan kad dimasukkan. 

Saya laminate dan siap. Tunggu adik ipar pulang hari raya ini insya Allah.




Kedua, saya bina permainan dam ular. Tapi, beginilah jadinya apabila membuat kerja bersama-sama dengan bayi yang aktif :) Semua mahu menolong. Haih...

Bersepahnya....

Cubaan mencabut kertas warna!
 Templat dam ular ini perlu dicetak sebanyak 4 muka surat dan kita cantumkan sendiri. Disebabkan kosong, saya tampalkan 3 warna iaitu oren, kuning dan hijau (kerana itu sahaja kertas warna yang ada di rumah ^_^). Cara bermainnya, baling dadu dan jalankan butang pemain. Di tempat berhenti, lihat warna dan perlu jawab soalan dari sampul yang sama warna dengannya.

Di sini saya sambil menyelam minum air iaitu mengajar anak nombor dua mengaji dan anak sulung mengasah kemahiran berbahasa inggerisnya.

Ya, saya tahu konsep play and learn tidak sesuai untuk mengaji al-Quran tetapi ini salah satu cara anak kedua saya boleh duduk diam dan fokus. Insya Allah akan difikirkan cara lain ;)

Ditampal pada kad manila sahaja sebab anak-anak mampu menjaga permainan ini dengan baik.
Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 22 September 2015

Kaedah Al Huffaz


Semasa menghadiri simposium keibubapaan anjuran K-Fiqh beberapa tahun lalu, salah seorang panel forum ialah Dr Mohd Shafie. Malangnya ketika itu, saya terpaksa keluar sebentar dari dewan kerana anak meragam. Beruntunglah suami saya dapat mendengar forum tersebut dari awal sehingga akhir. Sejak itu, suami agak mengikuti perkembangan Dr Shafie dan mempraktikkan nasihatnya. Kami juga membeli set buku Kaedah Al-Huffaz namun saya akui lemahnya saya kerana tidak istiqamah menggunakan buku ini. 



Insya Allah, azam baru harus menggunakan buku ini bagi memantapkan hafazan al-Quran. 1 hari 1 ayat. Itulah saranan Dr Shafie. Melalui kaedah yang diasaskan olehnya ini, hanya lebih kurang 3 minit diperuntukkan untuk menghafaz 1 ayat. Sudah pasti dicadangkan untuk bermula dengan Juz 30 atau kita biasa panggil Juzuk Amma. 

Malam ini untuk kesekian kalinya, kami bersama-sama menggunakannya bersama anak. Di setiap permulaan surah, dinyatakan overview surah, panduan tajwid dan keseluruhan ayat bagi surah tersebut. Diikuti dengan ayat pertama yang disertakan makna dan tempat tajwid. Ini memudahkan pembaca dan penghafaz yang baru.



Kaedahnya ialah mengulang 60 kali ayat tersebut dengan 5 kali buka dan 5 kali tutup. Kami ditunjukkan cara menggunakan buku ini dengan menanda gambar bintang yang ada di sebelah kanan surah. 


Bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini boleh hubungi nombor di laman sesawang http://www.excelqmindstraining.com/ ATAU Pn Yati 019-307 8922. Setahu saya :

1) Jilid 1 mengandungi 8 buah buku (Surah An-Nas hingga Surah Al-A'laa) RM50
2) Jilid 2 mengandungi 7 buah buku (separuh lagi dari Juzuk 30) RM50


Ya ALLAH, permudahkan daku dan anak-anak serta seluruh umat Islam menghafaz al-Quran. Amin...


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 21 September 2015

Permainan untuk bayi



Anak saya yang ketiga baru berusia 1 tahun 1 bulan. Namanya Asma'. Ketika dia berusia 9 atau 10 bulan baru saya perasan yang dia sudah mula menyelak buku. Tapi waktu itu kebanyakan buku yang saya beri ialah jenis buku kain dan buku berkulit keras. Baru-baru ini ketika kakak dan abangnya membuat kerja, diam-diam dia ke rak buku dan mengambil buku lalu duduk.

Rupa-rupanya sedang menyelak buku dengan berhati-hati. Ekspresi muka yang tak tahan mahu gelak :) Berkerut-kerut dahinya dan muncung mulutnya. Adakalanya membuat bunyi "oh, oh". Entah apalah yang difikirkannya ya.



Ada beberapa permainan lagi yang kita boleh buat bersama bayi kita di bawah 1 tahun cuma kita sahaja yang tidak tahu sebenarnya aktiviti itu bermakna untuk bayi.

Antaranya ialah :

1. Urutan bayi
2. Bermain cak-cak
3. Meletakkan permainan atau sapu tangan di atas kepala dan jatuhkan dengan sengaja di hadapannya (janganlah terlalu kuat ya. Terkejut pula anak nanti :))
4. Memasukkan barang ke dalam bekas dan minta bayi berbuat perkara yang sama
5. Melihat album gambar dan menyebut nama ahli keluarga yang biasa dilihat. Bertanya kepada bayi, "Ini siapa?" "Ya, ini ayah. Pandai Adik teka." Tepuk tangan.
6. Bermain air ketika memandikan bayi. Berbual dengan bayi. "Kita sedang mandi. Cuba rasa air ini. Air ini suam kan."


Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang soleh solehah dan bijak. Amin..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 20 September 2015

Aktiviti 3-4 tahun : Kolaj


Hari ini seperti hari yang panjang buat anak-anak. Kelas mengaji al-Quran dicutikan hari ini. Jadi, selepas zohor, sebelum mereka berkreatif (baca : hiperaktif) di rumah, baiklah mereka buat aktiviti bagi mengisi masa tersebut.

Bercerita sudah, mengaji sudah, tasmik hafazan sudah, teringat bahan yang dibeli daripada Pn Rohana semalam. Aha...

Ada rama-rama dan ladybird. Khaulah buat rama-rama sehingga siap tapi Abdullah Naufal........... ^0^ Sabar sahajalah. Haha...

Mahu gam sahaja - Abdullah Naufal

Kit kraf ladybird
Kit kraf rama-rama
Cuba jaya - Khaulah

Hasil sendiri - Khaulah


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 19 September 2015

Early Reading In Kids : Easy Step For Moms Seminar








Alhamdulillah Allah memberi izin saya hadir ke seminar Early Readers hari ini bertempat di Akademi Anakku Alhafiz, Malim, Melaka.

Seminar disampaikan oleh Pn Siti Rohana binti Abd Rahman. Seorang doktor perubatan yang menjadi homeschooler. Ada beberapa objektif yang dibincangkan iaitu :

- Mengapa membaca awal itu penting?
- Bagaimana menjadikannya satu realiti?
- Kaedah pengajaran
- They read, what's next?
- Bagaimana membuat anak minat membaca
- Tip ajar anak membaca


Pertama, ibu ayah perlu ingat anak-anak adalah menakjubkan! They are observer. Bina hubungan dengan anak dan bina kepercayaan mereka dengan kita. Anak-anak boleh rasa sama ada kita ibu bapa yang sanggup berkorban dan mengutamakan mereka daripada hal lain.

Tiada masa untuk ajar anak?

Mulakan dengan 10 minit sehari. Lakukan selama 2 minggu (untuk latih untuk konsisten). Spend your 10 minutes quality time with them.

Dengan menjadikan anak membaca awal, mereka akan menjadi seorang yang berpengetahuan luas, kreatif, yakin diri, develop understanding at early age, interest in book and love to read dan membina kesediaan untuk bersekolah.

Lagipun pada masa inilah (0-5 tahun) adalah masa emas mereka untuk explore lebih. Tambah-tambah lagi zaman kini zaman knowledge explosion.

Puan ni ada 4 orang anak yang pelbagai cara pembelajaran. Ikut pengalamannya ada 4 kaedah yang digunapakai :

1. Phonics

2. Sight reading

3. Progressive reading

4. Old conventional way

Beliau juga mencadangkan beberapa bahan pembelajaran yang percuma di internet yang boleh digunakan untuk bayi / anak kecil kita :

1. Jolly Phonics Video

2. Barbara Milne video

3. Starfall.com

4. Themeasuredmom.com/phonicsreaders/free printables phonics book

👆 Nombor 1 dan 2 dicadangkan kerana diyakini sebutan foniknya betul berbanding lambakan video fonik di Youtube.

Beberapa buah buku set membaca yang dicadangkan :

1. Ameen Cepat Baca

2. Bacalah Anakku

3. Read Easy

Cuma Ameen Cepat Baca sekarang dikeluarkan dalam bentuk pakej berharga lebih RM200. Jika berkemampuan boleh beli sebab ianya berbeza sedikit dengan Bacalah Anakku dan Read Easy.

Beliau cadangkan ajar bahasa inggeris sebelum mengajar bahasa melayu. Sebab bila anak mahir membaca bahasa inggeris, mereka akan automatik boleh membaca bahasa melayu dengan mahir dengan sedikit bimbingan.

Alhamdulillah, anaknya boleh membaca dengan mahir seawal usia 2 tahun 10 bulan. Subhanallah..

Ada banyak lagi tapi keupayaan untuk menaip agak terbatas. Insya Allah saya akan
sambung lagi.




Bermain dalam Klinik Zara (di bawah tempat seminar)


Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 18 September 2015

Sesi Bercerita : Ikan


Semalam saya bawa pulang dua buah buku cerita untuk anak-anak. Sebuah buku Bahasa Arab terbitan Aras Mega dan sebuah lagi buku Bahasa Melayu bertajuk Ikan (second hand book ini saya beli dari Facebook Pn Zar Zailan ketika dia membuat jualan murah buku anak-anaknya). Buku ini sudah kemas berbalut ketika saya membelinya.



Menarik sekali ilustrasinya. Ayat juga mudah difahami. Buku ini jenis informatif kreatif. Memperkenalkan jenis-jenis ikan dan saiznya secara umum misalnya ada ikan jenis bersisik keras, ada yang bersisik lembut, ada ikan yang mempunyai misai dan ada ikan tidak mempunyai misai.



Banyak kraf dan origami bentuk ikan yang boleh dibuat. Saya memilih origami ikan yang diambil daripada laman web ini



Kisah Nabi Yunus ditelan ikan juga diceritakan serba-sedikit. Ambil kesempatan ajar anak-anak doa Nabi Yunus itu.


Si adik (1 tahun 1 bulan) berebut mahukan "ikan" 

Tak sempat touch up sebab masing-masing sudah mengantuk :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 17 September 2015

Asas Mental Arithmetik


Sebenarnya sudah setahun lebih mengikuti kursus Mental Arithmetic yang dikelolakan oleh Pn Lina Karim di pejabatnya tetapi disebabkan kelemahan saya yang tidak konsisten mengajar, baru hari ini berazam semula untuk melatih anak-anak dengan kemahiran ini. Semoga saya istiqamah.

Di sini saya kongsikan kad imbas yang dibuat sehari selepas kursus (setahun yang lalu ^_*). Kemahiran pertama ialah pengenalan kepada nombor 1 hingga 9 dengan menggunakan abacus











atau

boleh sahaja muat turun fail ini di sini :


Semoga bermanfaat. Doakan kami sekeluarga :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015