Rabu, 29 Jun 2016

Aktiviti Mudah Di Rumah Merangsang Bayi Anda




Semasa awal pertumbuhan usia bayi, mereka cenderung memerhatikan benda dan orang di sekeliling. Waktu ini mereka akan mula explore benda di sekeliling. Apabila mereka mula menjulur, merangkak dan sebagainya, kita perlu berjaga-jaga supaya objek yang masuk ke dalam mulut bayi adalah selamat dan dikawal.

Saya percaya pentingnya Al-Quran diperdengarkan sejak kecil mampu merangsang otak berfungsi dengan lebih baik. Selain merangsang fungsi otak bayi, jangan dilupakan al-Quran sebagai terapi terbaik bayi :)

Baik, saya ingin berkongsi idea aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi di rumah berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Umur bayi adalah umum dan catatan ini cenderung kepada bayi berusia setahun dan ke atas :

Cahaya

Bayi memang sukakan cahaya. Paling mudah kita bermain bayang-bayang dengannya. Tutup lampu, pasangkan lampu suluh atau lampu dari telefon dan mula membuat bentuk menggunakan jari atau tisu berwarna.

Botol

Gunakan botol lutsinar atau botol mineral. Isikan air berwarna yang ditambah serbuk glitter, goncangkan dan beri anak main atau boleh juga dibuatkan I Spy Bottle. Versi kami seperti ini - I Spy Bottle versi kami.


Benda bergerak (mobile)

Boleh gantungkan permainan mobile mengikut kesesuaian ketinggian dan pastikan ianya selamat dari bayi anda. Ada bayi yang leka dengan benda-benda ini namun tidak kurang ada yang tidak peduli pun. Hehe, ikutlah tahap perkembangan anak.
Harganya RM162.00 belum termasuk kos pos :)

Alat permainan

Adakalanya ibu bapa tidak perlu membelikan permainan yang mahal kerana anak lebih suka objek yang sebenar. Misalnya sudu, garfu, pinggan, mangkuk dan sebagainya. Sementara kita sibuk di dapur, boleh beri bayi bermain alatan ini to keep them busy too ;)

Sumber gambar : di sini

Bahan sensori

Merangsang sensori bayi sangat bagus untuk membolehkan perkembangan deria sentuhan dan explore benda baharu. Ada ibu yang rajin menyediakan sensory bag, sensory mat, busy book dan seumpamanya. Boleh buat carian di internet. Sangat banyak idea dan variasi ciptaan yang dibuat untuk bayi :)



Pasir

Oh, anak-anak memang seronok bermain pasir! Kini sudah ada produk permainan pasir yang selamat untuk anak-anak. Namun, jika ada anak kita yang tidak mahu bermain kerana geli mungkin kita perlu merangsang lagi deria sentuhannya secara perlahan-lahan :)




Boleh juga dapatkan pasir magik ini dengan saya ;) Kinetic Sand 2 kg dengan 18 aksesori dan sebuah tray. Harganya RM70.00 belum termasuk kos penghantaran. Boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah ya! :)


Itu sahaja untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 28 Jun 2016

Bubur Lambuk


Sesekali bulan puasa ini mahu bertukar selera, bukan? Telah beberapa kali buat bubur lambuk dalam bulan puasa ini. Resipinya saya ambil dari Pn Sue Aleen di dalam buku resipi pertamanya.



Pn Sue Aleen saya kenali melalui laman sosial sahaja. Sangat tertarik dengan kesungguhan dan kekreatifannya menyediakan bento untuk bekal anak-anak ke sekolah. Masya Allah. Ada sahaja idea menarik setiap hari. Alhamdulillah beliau sudi berkongsi resipi dengan umum.

Bahan- bahan :

2 cawan beras dibersihkan
300 - 500 g daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 sudu besar rempah kurma
1 sup bunjut
Rempah ratus : bunga lawang, kulit kayu manis dan lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan 
1/2 cawan santan
Air secukupnya

Cara :

1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang sudah dibasuh, tambahkan sup bunjut, rempah kurma, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5.  Masukkan air jika perlu, tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
6. Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan daun sup mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 27 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : فُلْكٌ (kapal, bahtera)


Sumber gambar : di sini

Semalam belajar perkataan baru فُلْكٌ - yang bermaksud kapal. Ada sekurang-kurangnya 18 tempat dalam al-Quran yang menyebut tentang kapal. Antaranya :

Surah Al-Jatsiyah ayat 12 :


Maksudnya : Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya dan juga supaya kamu bersyukur.

Subhanallah. Cantiknya ayat ini. Allah menyebut tentang laut, kapal, mencari rezeki dan akhirnya kita patut akur tunduk menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah.

Anak-anak membuat kolaj pelekat (sticker) dan kertas warna hari ini. Saya lukiskan kapal layar di lautan dan mereka mula menampal. Kebiasannya mereka tidak bertahan lama tetapi masya Allah hari ini semua buat sehingga siap. Satu pencapaian yang membanggakan bagi saya.


Asma' - 1 tahun 10 bulan


Alhamdulillah.

Kemahiran motor halus mereka semakin baik, fokus mereka semakin terarah dan mulut mereka turut tidak berhenti berceloteh. Tak menang mulut, kaki, tangan nak melayan semua ;)


Abdullah Naufal - 3 tahun 8 bulan

Khaulah - 5 tahun 8 bulan

Uwais - 2 tahun 6 bulan


Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti hari ini sementelah ummi sibuk di dapur membuat biskut raya :D Bila ada aktiviti, kuranglah meragam masing-masing dan yang penting kuranglah barang mainan dikeluarkan serata bilik. pheww.. *lap peluh*

Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 26 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : شَجَرَةٌ




Beberapa hari lepas belajar perkataan شَجَرَةٌ yang bermaksud pokok. Asalnya mahu membuat folio mengenai pokok tetapi cuaca di luar tidak mengizinkan. Hujan lebat turun. Maka terpaksa buat aktiviti di dalam rumah sahaja.

Anak-anak membuat kolaj lagi. Mereka suka dengan kolaj sebab boleh mengoyak dan "bermain" gam. Habis melekit :D

Pokok Abdullah Naufal. Tak siap sebab penat menggunting :D

Pokok Asma' - fokus sudah ke lain (baca : lebih berminat dengan gunting)

Pokok Khaulah - sudah semakin baik :)


Kali ini mereka menggunting kotak terpakai untuk dibuat batang dan dahan pokok. Kotak kadbod kan tebal. Berusaha bersungguh-sungguh mereka menggunting hingga sakit tangan. Hehe.. 

Warna hijau itu sebenarnya kad manila yang dikoyakkan. Untuk Asma', kakak dan abangnya guntingkan menggunakan gunting bercorak. Haih, suka hatilah. Asalkan semuanya aman bahagia :D

Ada sebuah buku baru terbit berkenaan ajar anak menulis. Insya Allah akan saya kongsikan nanti. Baru buat pesanan. Kini sedang menunggu buku sampai.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 25 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Bercerita Kisah Semut dengan Tikus


Satu hujung minggu, tiba-tiba saya teringin melukis dan mewarna. Sudah lama tidak buat aktiviti ini ;) Maka sementara anak-anak masih tidur, saya capai buku cerita mereka dan mula mencari cerita yang menarik. 

Alhamdulillah, bertemu dengan kisah "Semut dengan Tikus". Cerita ini ditulis dalam bentuk cerpen dan tiada gambar dalam buku tersebut kerana ia berkonsepkan 1 hari 1 cerita.

Saya lihat temanya bagus dan dapat dikaitkan dengan Surah Al-Maidah ayat 2 :

...........Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.(Surah Al-Maidah ayat 2 )

Bermulalah misi saya melukis dan mewarna. Sangat mengambil masa kerana saya memang tidak pandai mereka gambar. Adakalanya saya Google untuk mendapatkan imej yang menyerupai watak dalam cerita. Benar kan, kita ini hanya peniru sahaja. Allah jua yang Maha Hebat menjadikan sesuatu kejadian. Hatta mahu melukis semut pun kita terpaksa meniru kejadian Allah ini :)

Berja,-jam mahu melukis, saya berehat. Mewarna berhari-hari dan akhirnya saya laminate. Seorang rakan memberi idea supaya diletakkan dalam satu folder seperti lapbook dan boleh ajar anak rantai makanan. Masya Allah, tidak terfikir pula saya. Bagus, kan. Jika di sekolah rendah, topik rantai makanan ini diajar pada tahun 5.

Kisah Semut dengan Tikus ini seperti ini :


Pada suatu hari, Semut berjumpa sebatang tebu di atas rumput. Dia dan rakan-rakan mahu membawa balik makanan ini ke sarang. Disebabkan tebu itu berat dan saiz mereka yang kecil, mereka berehat kepenatan di sebatang pokok.

Lalu datanglah seekor tikus dan berkata, "Kamu buat apa di sini? Saya baru nampak seekor tenggiling tidak jauh dari sini." Terperanjatlah semut-semut dan mereka cepat-cepat menyembunyikan diri. Mereka takut dimakan tenggiling.

Selepas tenggiling pergi, tikus memberi isyarat bahawa keadaan sudah selamat. Semut mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanan pulang ke sarang. Tidak lama kemudian, semut ternampak seekor kucing yang berjalan perlahan-lahan seperti mahu menerkam mangsa. Semut berasa hairan dan pergi melihat apa yang berlaku.

Alamak! Kucing itu mahu memakan tikus yang baik hati tadi. Dengan pantas, semut dan rakan-rakannya pergi menggigit kucing itu. Kucing menjerit kesakitan. Tikus yang baik hati itu tersedar dan melarikan diri.

Cerita ini bukan cerita saya. Saya olah sedikit dari buku yang saya perolehi itu. 

Gambar cerita seperti di bawah (versi hitam putih - belum diwarnakan ;))









Sesi bercerita ini sudah pun saya jalankan. Saya perhatikan anak kedua sangat fokus semasa mendengar cerita dan tidak lama selepas itu saya terdengar dia bercerita pada sepupu-sepupu yang lain. Hehe.. Berkesan..

Saya cuba perkenalkan rantai makanan ini kepada anak. Pada mulanya mereka agak kabur, lama-kelamaan ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Insya Allah jika berkesempatan, akan berkongsi aktiviti berkaitan sains ini satu masa nanti.

Jom baca buku!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 24 Jun 2016

Buku Kreasi Asyik Muslim Cilik - Panduan Berkarya dan Belajar Islam untuk Ananda


Muka hadapan
Buku ini merupakan sebuah buku panduan aktiviti kreatif yang boleh dibuat bersama anak di rumah. Penulis berkongsi lebih 10 aktiviti yang mudah, murah dan ringkas dilaksanakan di rumah. Sangat tertarik dengan idea kreatif penulis.

Saya beli buku ini daripada Pn Nadiah (pengasas Projeksicilik). Waktu itu beliau ke Pesta Buku Islam Indonesia awal tahun ini. 

Jom lihat antara kandungan buku ini :

Isi kandungan buku ini
Mengetahui arah hembusan angin
Mudah aktiviti ini. Menerangkan konsep hembusan angin. Boleh digunakan untuk mengajar anak arah mata angin seperti utara, timur, barat dan selatan. 


Gelembung Sabun Raksasa
Aktiviti ini nampak menarik. Sudah dicuba ;)



Aktiviti bertemakan huruf hijaiyah

Pernah buat tapi tidaklah menggunakan bentuk ikan comel ini :) 



Membuat jam matahari

Membuat layang-layang
Teringat perkataan ريح (angin) dalam al-Quran. Masya Allah. Boleh guna untuk aplikasikan permainan ini :) 


Pancing ikan


Aktiviti daripada kisah Tongkat Nabi Musa Berubah Menjadi Ular
Ada banyak lagi aktiviti yang disertakan panduan langkah demi langkah. Bahasa indonesianya mudah difahami. 

Adakah buku di Malaysia sudah terbit dalam bentuk seperti ini? Dalam simpanan saya, ada beberapa buah buku kraf daripada Pn Emila Yusof terbitan PTS :) Jika ada, bolehlah berkongsi dengan saya di ruang komen.

Terima kasih.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 23 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Lapbook : Burung طائر


Alhamdulillah, rasanya ini lapbook yang paling cepat siap berbanding lapbook sebelum-sebelum ini ^_^ Mungkin sebab Khaulah buat beramai-ramai dengan sepupu dan adik-adik, maka dia lebih bersemangat.


Ada juga seorang dua rakan yang mahu buat join playgroup tapi saya tiada kekuatan untuk menganjurkannya lagi. Huhu... tapi kasihan juga pada anak-anak dan kawan-kawannya. Setakat ini saya mampu buat secara dalaman sahaja (dalam kalangan anak buah). Insya Allah, satu hari nanti ya!

Perkataan طائر ini juga kami pelajari melalui salah satu 30 perkataan dari al-Quran yang diambil templatnya dari http://parenthoodmuslimstyle.com.

Sebenarnya perkataan ada 30 tapi kami baru buat 8 perkataan sebab aktiviti yang dibuat berdasarkan kalimah ini mengambil masa ;) Ikutkan hati mahu sahaja 1 hari 1 perkataan tapi biarlah kami ambil pendekatan "biar lambat asalkan dapat" ;)

Baik, lapbook burung ini mengandungi 7 muka surat. 

1) Ayat Quran  yang menyebut tentang burung - Surah Al-Mulk ayat 19
2) Labelkan bahagian badan burung
3 dan 4) Soalan dan jawapan lazim tentang burung (saya ambil sumbernya dari www.ducksters.com/animals/birds.php)
5) Fakta menarik tentang burung
6) Permainan - kategorikan burung dan rumah burung
7) Mewarna

Jom tengok lapbook ini :

Ayat Quran

Bahagian badan burung
Soalan lazim - dibuat dalam bentuk pop-up mini book

Soalan lazim - dibuat dalam bentuk pop-up mini book
Bukaan penuh - pop up mini book

Fakta menarik tentang burung

Permainan

Mewarna


Lapbook ini akan bersambung lagi apabila kami tiba pada perkataan burung hud-hud insya Allah. Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015