Khamis, 24 Ogos 2017

Peringatan buat diri



Apabila ada masa lapang, mana satukah pilihan hati :

Tidur atau sambung buat kerja rumah?


Di kala semua sudah tidur, terasa mahu menulis di blog. Apakan daya, mata bagai tidak mahu bekerjasama. Idea sudah ada, gambar pun sudah edit, tapi...... nak menaip ya ampun...



Baiklah, sebelum tidur, saya kongsikan ini :





Allahu akbar. Dibaca berulang kali. Hari ini belum move on baca surah seterusnya 😢

Siiru ala barakatillah.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 22 Ogos 2017

Surah Al-Qalam


Selepas Surah Al-Mulk, kami meneruskan hafazan ke Surah Al-Qalam. Sebuah surah yang sebelum ini saya sekadar baca dari helai ke helai tanpa membaca terjemahan ataupun tafsir secara mendalam 😢

Saya ambil tafsiran ini dari blog Ustaz Syaari. Saya kreditkan kepada laman Kita Hamba










Hari ini kami masih di ayat 13. Lama saya merenung diri. Adakah ciri-ciri  8 - 15 itu ada pada diri? Nauzubillah!



Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 21 Ogos 2017

Peringatan dari Allah



Minggu lalu saya ditimpa sedikit ujian. Jatuh dan kaki terseliuh dan keesokan harinya pula terpijak kaca pada kaki yang sama. Menangis bukan kerana sakit tetapi terkejut dan berfikir " macam mana nak berjalan ni." Kaki diurut sendiri. Selang beberapa hari baru emak dan kakak ipar urutkan. Namun selepas seminggu baru boleh berjalan dengan elok semula. 

Begitulah, kita manusia memang selalu dihidang dengan ujian tapi sebenarnya kita mampu hadapi ujian tersebut. Kita sahaja selalu terlupa. Lupa adanya Allah tempat mengadu.

😢

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 16 Ogos 2017

Kit Batik Painting


Alhamdulillah, seronok dapat mencanting batik sendiri di rumah. Meskipun saiznya comel sahaja tetapi puas hati anak mengalami sendiri proses mencanting batik. Insya Allah ada rezeki boleh bawa mereka melawat pusat mencanting batik di pantai timur semenanjung.

Kit Batik Painting ini ada di jual di Tip Homeschooling Untuk Anak. Dalam 1 kit telah dipakejkan :



1 kain kanvas berlilin dengan 24 desain yang boleh dipilih (opss...sebahagiannya telah habis stok -  laku keras!)
1 berus warna air
6 x 2.5ml warna air.

Pada bahagian belakang kit disertakan kesemua desain yang ada serta panduan mencampurkan warna bagi menghasilkan warna lain seperti campuran warna biru + merah akan menghasilkan warna magenta, campuran warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau dan sebagainya.


Kandungan dalam pakej Kit Batik Painting


Jadi, melayan anak yang baru discaj wad baru-baru ini dengan terapi mewarna :)




 


Hasil akhir
Menarik, kan?

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 15 Ogos 2017

Mencanting Batik

Tajuk sahaja begitu. Sebenarnya mewarna atas kertas biasa sahaja 😁 Ini entri yang bertangguh hampir 2 minggu 😁

Disebabkan hanya 1 sahaja Kit Batik Painting sebelum ini untuk Kak Long (akan cerita dalam entri yang lain insya Allah), maka mencari idea untuk adik-adiknya yang lain.

Saya hanya gunakan kertas A4 biasa (70gsm), krayon dan warna air. 

Untuk Asma' saya buatkan huruf mim fathah sebab masih dalam usaha memperkenalkan huruf ini kepadanya. Latar huruf saya corakkan sedikit seperti batik. 



Kemudian. setiap garisan saya lorekkan dengan warna krayon supaya apabila mewarna air, garisan ini akan kalis air. Cuma tebalkan sedikit sebab tangan anak belum mahir lagi bermain warna air.

Kami menggunakan lebihan warna air dari Kit Batik Painting. Banyak juga yang boleh dibuat. Abang Ngah sempat warnakan kereta api, Muaz dapat mewarna pelangi dan Kak Long dapat warnakan bunga.






Alhamdulillah. Setiap hasil mereka tak pernah tak mengujakan hati seorang ummi 😉 Nah, kita ambil gambar simpan sebagai kenangan. Hasil kerja kita tampal di dinding ya.  



Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 8 Ogos 2017

Aktiviti pra membaca



Sumber gambar : Koleksi peribadi

Alhamdulillah, baru-baru ini terjumpa lebihan huruf yang dipotong suatu masa dahulu. Maka, kita buat aktiviti pre reading sahajalah hari ini.

Saya tuliskan nama masing-masing di atas kertas dan mereka cari sendiri huruf dan tampal.

Nota : pastikan mereka sudah mengenal huruf. Bagi anak yang belum mengenal huruf, bantu mereka cari dan minta mereka gam dan tampal sendiri. Ia juga satu proses pembelajaran. Insya Allah.




Tak sangka banyak perkara menarik tentang anak-anak ini yang dapat diperhatikan semasa aktiviti berlangsung.

Anak lelaki merungut : panjangnya nama ni haih,... bila nak siap ni, ummi.. (Namanya paling panjang antara kelima-lima orang tadi..hihi)
Padahal baru tampal huruf ketiga. Gara-gara menunggu giliran gam yang ada 1 sahaja 😁

Anak ketiga pula siap awal. Tapi masih sibuk mencari huruf dan "nak gam..nak gam.." Saya hairan. Rupa-rupanya dia mahu tampal nama lagi seperti abang kakak yang lain. Nak buat macam mana, sudah namanya 1 perkataan sahaja > Asma' 😆 


Semoga bermanfaat.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lapbook Bahasa Arab الطَّعَام الَّلذِيذ



Lapbook ini adalah berpandukan topik makanan dalam buku teks Bahasa Arab Tahun 3. Ini adalah draf untuk guru sebagai panduan.

Lapbook ini menggunakan dua helai kertas A4 yang diselotep sedikit supaya boleh dibuka dan ditutup.


Dalam topik ini ada disentuh bahagian Piramid Makanan. Ada beberapa perkataan terpilih diletakkan. Untuk kertas pertama ini ada 3 bahagian. Dari kanan :

1. Ucapan yang dipelajari.
2. Piramid makanan, perkataan dan gambar yang betul.
3. Pengenalan kepada huru 'ain fathah. kasrah dan dhommah.

Pandangan penuh 1

Pandangan penuh 2 - apabila kedua-dua kertas dibentang

Kertas 1


Huruf 'ain fathah, kasrah dan dhommah. Saya buat seperti bentuk heksagon yang boleh dilipat 3.

Buku mini ini sebenarnya dialog perbualan yang ada di dalam buku teks. Saya buat seperti mini tab book. Templat nota dan pen itu untuk murid letakkan nombor yang betul.








Semoga bermanfaat.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015