Khamis, 27 September 2018

Kuasa tulisan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم    

Awal minggu ini buat perubahan kecil pada dinding utama di perpustakaan mini kami.

Sejak ramadan masih belum bertukar corak. Maka, kali ini kami gantikan dengan perkataan Muharram. Maklumlah, dah masuk tahun baru Islam, maka perlulah ada perubahan yang lebih baik juga.


Waktu itu ummi mahu ke dapur sebenarnya. Jadi sementara mahu bagi mereka sibuk buat kerja, terfikir untuk ajar mereka buat mission board.

Subhanallah, ummi memang tak duga mereka boleh tulis target masing-masing. Dan masuk hari ini, anak nombor 2 sangat ketara mengikut apa yang ditulisnya! Masya Allah. 


Azamnya dia memenuhi mission board.

Jadi, ibu ayah jangan underestimate anak-anak tau! 😘

Anak ketiga juga berjaya tidak menangis sebelum tidur malam. Sebelum ini memang setiap malam mesti menangis. Ada sahaja isu yang buatkan dia sedih. Geram aih.. 

Maka, ummi pun dah tulis misi ummi bulan ini. Vision board pun ada nak tampal. Tapi segan pula nak tunjuk sini. Hee..

Jumpa lagi 😊

Ahad, 23 September 2018

Little Readers Series


Biasa ada yang bertanya buku mudah untuk anak-anak membaca dalam bahasa Inggeris. Jika bahasa Melayu ada Siri Mudah Baca, bahasa Inggeris saya cadangkan buku Little Readers Series.


Buku ini disusun bertahap memudahkan anak-anak pembaca awal (early readers) untuk memahirkan lagi kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris.

Spesifikasi set ini :

✅ Ada 9 buah buku
✅ Soft cover
✅ Sesuai untuk anak berusia 3 tahun ke atas

Ada 9 tajuk dalam siri ini :

  • Jo Jo Goes to the Beach
  • Our New House
  • I Can Paint
  • What Is That?
  • Rice Is Rather Nice
  • Guess Who?
  • The Monkey Band
  • Grandpa's Visit
  • A Funny Number Book 

Contoh kandungan dalam buku :





Hanya RM50 untuk satu set. Kos pos ialah RM10 (SM) | RM13 (SS). Baru sahaja uruskan tempahan sekumpulan ibu bapa yang mahukan set ini. Terima kasih 💕

Berminat untuk dapatkan siri ini, boleh hubungi nombor tertera. Jumpa lagi.

Sabtu, 22 September 2018

Sesi Bercerita : Apa Yang Bergerak?


Hari Jumaat malam biasanya khas untuk fardu ain bagi anak-anak 9 tahun ke atas dan playgroup bagi anak-anak usia 8 tahun ke bawah.

Disebabkan ramai yang masih tidak dapat membawa buku tulis, cikgu perlu pelbagaikan aktiviti.

Minggu lalu, mengambil pendekatan bercerita menggunakan buku besar bertajuk "Apa Yang Bergerak." Buku ini ditulis oleh Alia Nina dan ilustrasi oleh Emila Yusof.

Saya memang sukakan karya kedua orang penulis ini. Watak kartunnya comel dan ceritanya mudah sesuai, sekali dengan tahap sasaran.

1) Perkenalkan buku cerita, tajuk dan mengajak anak menceritakan kulit hadapan buku.

2) Pilih seorang sukarelawan untuk membacakan cerita.

3) Aktiviti berdasarkan cerita.

Bahagian paling menarik ialah aktiviti berdasarkan cerita.

Sambil bercerita, sambil mengaitkannya dengan kekuasaan Allah.
.
"Apa yang bergerak?" (Sambil tunjuk gambar).
"Layang-layang!"
"Betul. Siapa yang gerakkan layang-layang?"
"Angin.."
"Pandai anak-anak ni (Y) Betul, siapa cipta angin?"
"Allah!," Semangat mereka menjawab.
Ya, tepat sekali! Hanya Allah yang berkuasa menciptakan angin yang meniup layang-layang ini."
.
Begitulah sedikit sebanyak dialog bersama mereka.
.
Aktiviti kedua, kami main teka lakonan. Seorang lakonkan dan kawan-kawan lain teka. Sempatlah meneka dalam 6 soalan.
.
Ada 1 soalan yang anak-anak ini tidak boleh buat. Semua gagal melakonkan watak "tebang pokok". Rata-rata melakonkan aksi pokok terbang 😄
.
Haih.. nanti cikgu kena tunjuk cara ni.

Ahad, 16 September 2018

Library is a treasure 6


 Kali ini ke perpustakaan ada beberapa peristiwa dialami. Pertama, ada buku yang tidak kami pinjam berada dalam senari pinjaman. Kedua, ada 3 buah buku tertinggal di rumah. 

Ketiga, pustakawan di kaunter tidak membenarkan saya menyambung tarikh pinjaman bagi buku-buku yang tidak dibawa. 

Agak lama juga saya berusaha untuk menyambung tarikh pinjaman kerana pustakawan-pustakawan sebelum ini telah menjelaskan peraturan ini. Akhirnya saya diam sahaja.

Tetapi sebelum pulang saya berjaya menyambung tarikh dengan pustakawan lain. Sabar sahajalah.

Kami pergi meminjam pada Sabtu 15 September 2018. Terkejut melihat ramainya pengunjung perpustakaan. Baru teringat yang musim peperiksaan tidak lama lagi. Patutlah.

Diam-diam memerhati anak-anak yang datang. Berpasangan lelaki dan perempuan, duduk bersebelahan berbisik-bisik. Atau yang datang berkumpulan makan beramai-ramai di kedai makan berdekatan.

Sedih, bimbang dan takut.

Anak-anak remaja ini masih perlu pantauan dari ibu ayah. Membiarkan mereka keluar dengan kawan-kawan sebegini haruslah mengundang rasa tidak selesa kerana bercampur lelaki perempuan.

Batas pergaulan, aurat anak-anak ini perlu dijaga. Benarkah boleh belajar dalam situasi begini? Lebih banyak berbual, ketawa, pandang-memandang. Allah Ya Allah, peliharalah anak-anak ini dan anak kami dari segala maksiat dan musibah.

Oh jauh pula menulis 😅 Okay, ini adalah pinjaman kami minggu ini. Tarikh pulang pada 6 Oktober 2018.

Pinjaman saya

Pandangan penuh

Pinjaman Abdullah dan Asma'

Pinjaman Khaulah
Minggu ini dapat bertemu kawan Khaulah, Damia. Seronok mereka bermain. Abdullah pun boleh geng dengan adik Damia, Zhariff. Moga ukhwah berkekalan.




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 14 September 2018

"To empower kids, you must LOVE them"


Sumber gambar : Facebook Little 'Ilmy


Baru sahaja dibincangkan dalam WhatsApp group alumni sebuah program Quranic Parenting tentang hukuman dan ganjaran dalam mendidik anak-anak.

Dalam hal ini, saya terkesan dengan kata-kata Pn Mardhiah. Katanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam tidak menekankan kepada hukuman semasa mendidik anak-anak.

Serentak itu saya terkenang buku Prophetic Parenting terjemahan bahasa Melayu Malaysia. Sememangnya sepanjang pembacaan, Rasulullah menunjukkan contoh tauladan terbaik dengan bersikap lembut tetapi tegas. Juga istiqamah mendidik dan menanam akhlak ke dalan diri anak-anak.

Lalu, ini satu lontaran buat diri bermuhasabah.

💕Bagaimana sikap kita terhadap anak hari ini?
💕Berjayakah kita sabar dengan perlakuan mereka?
💕Atau awal pagi sudah melantun pic suara?
💕Cukupkah memeluk anak hari ini?
💕Tertawa riangkah kita bersama mereka ketika mereka bermain?
💕Sempatkah kita menyuap makanan ke mulut mereka tatkala mereka lapar?
💕Atau sibuk benar kita dengan 1001 kerja?

Ya Allah maafkan kami atas kesalahan yang pernah dan akan kami lakukan 😭

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 13 September 2018

Quran Al-Hafiz


Sekarang kami menggunakan Quran Al-Hafiz untuk menyambung hafazan surah-surah panjang. Anak-anak sudah melepasi hafazan juzuk amma tetapi hafazan lama tetap perlu diulang supaya dapat kekalkan ingatan itu.



Dalam Quran Al-Hafiz ini, satu muka surat dibahagikan kepada 3 blok warna. 1 blok mungkin mengandungi 5-8 ayat bergantung kepada surah.

Bagi anak-anak, mereka menggunakan Buku Panduan Hafazan Tahfiz Junior terbitan Karangkraf. Ia lebih berwarna-warni dan 1 muka surat dibahagikan kepada 5 blok warna.

Cara bacaan ialah membaca dengan melihat mushaf selama 40 minit dan mengulang bacaan selama 20 minit tanpa melihat mushaf.

Anak-anak ini biasanya mempunyai daya tumpuan yang pendek. Maka ibu ayah perlu kreatif dan meraikan kemampuan anak. Boleh "support" anak dengan permainan, kuiz, memperdengarkan audio dari qari yang digemari dan memberi ruang rehat kepada anak-anak apabila mereka memerlukan.

Namun, motivasi mereka meningkat apabila melihat kita juga berusaha menghafaz ayat-ayat suci ini. 

Ya Allah, ikhlaskan hati kami dan istiqamahkanlah kami memelihara ayat-ayat-Mu. Kami mohon keampunanmu. Amin..amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Berbaloi dapatkan 1 set!


Alhamdulillah, sepanjang kami sekeluarga menggunakan balm Tasneem Naturel, semuanya serasi dan elok sahaja.

Jadi saya terfikir mengapa tidak orang lain pun dapat manfaat balm ini?

Sangat terharu apabila mendapat maklum balas dari pengguna balm ini :






Berbaloi jika dapat 1 set balm ini. Boleh jadi kit kecemasan untuk bayi anda di rumah. Boleh juga bekalkan kepada pengasuh atau guru di taska.


Balm ini tidak panas dan berbau harum. Jom dapatkan balm Tasneem Naturel. Klik :


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 12 September 2018

Balm Tasneem Naturel : Mahal vs murah



"Sis, ada jual balm eh?"
Hati sudah berbunga-bunga bila orang tanya tau.

"Oh, kecil je rupanya. Harga mahallah."

Calm Time

Jawapan biasa diterima selepas diterangkan pasal balm.

Ahaha.. ye sis, kecil sahaja balm ini. Berat isinya pun 18g. Jika campur berat bekas balm jadilah 50g.

Kenapa mahal?

Sebelum itu nak terangkan dahulu apa isi kandungannya.
Balm Tasneem Naturel ini diformulasikan menggunakan minyak pati tumbuhan. Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai "Essential Oil" atau EO. Proses untuk dapatkan EO ini perlu melalui proses yang rumit.

Apa itu EO?

Secara mudahnya, EO :

✅ Dihasilkan daripada tumbuhan.
✅ Bahan yang membantu perkembangan pokok dan tumbuhan lain.
✅ Elemen yang disimpan di dalam batang, daun, buah-buahan atau akar sesebuah tumbuhan.
✅ EO merupakan ramuan ubatan semulajadi.
✅ Digunakan oleh manusia untuk meningkatkan kesihatan diri.

[Sumber info : Buku Exploring Essential Oil oleh Dr Cole L. Woolley]

Harga untuk sejenis EO sudah mencecah ratusan ringgit untuk beberapa ml inikan pula jika ada 7 - 8 jenis EO di dalam satu balm.

Ya, balm Tasneem Naturel mengandungi 7-8 jenis EO. Kenapa banyak sangat?






Sudah tentu untuk membantu pengguna. Ada sesetengah EO yang ada dalam balm-balm lain seperti lavender dan geranium. Tidak lain hanya untuk menambah keberkesanan setiap fungsi balm.

Jadi, ibu-ibu nak pilih balm mana? WhatsApp nombor ini ya 😘


Jumpa lagi 😍

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 8 September 2018

Siri Mudah Baca


Alhamdulillah, minggu ni 'happy' terima maklum balas dari pengguna buku Siri Mudah Baca.

Bagi yang ingin tahu, Siri Mudah Baca ialah siri bacaan awal untuk anak-anak mengukuhkan kemahiran membaca.

Ia disusun kepada 4 set mengikut tahap. Seawal 3 tahun sudah boleh perkenalkan buku ini. Memang seronok tau. 

Gambarnya terang, berwarna penuh serta ada suku kata berwarna membantu pembacaan anak-anak.





Harga bagi 1 set ialah RM48. Harga promosi sehingga 16 September 2018. 

Selepas ini harganya akan naik ya. Jika berminat boleh hubungi nombor tertera 😊

www.wasap.my/60133613516/Siri-Mudah-Baca

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan buku : Where Is Your Honey Pot, Bear?


Buku bergambar yang cantik ini saya beli di Big Bad Wolf 2 tahun lepas melalui personal shopper, Kak Nazrah.

Buku ini memang comel dengan material kertas yang agak keras. Ilustrasi yang 'simple' tapi anak-anak sangat faham dengan jalan cerita tanpa melihat teks.

Selepas ini mungkin boleh camkan nama penulis / pelukis buku ini bila ke bahagian Picture Book di BBW. Jom tengok :

Kulit hadapan buku





Bacakan anak buku dengan intonasi yang pelbagai. Insya Allah anak tertarik untuk mendengar kita bercerita.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 7 September 2018

Tips tidur yang betul


Tidur sangat penting untuk perkembangan dan kesihatan anak-anak. Sebenarnya untuk kita juga.

Malam tadi buka semula buku nota. Saya suka mencatat apabila ada kesempatan terutama ketika membaca buku. Mana-mana isi penting saya tuliskan kerana mudah dirujuk bila berkeperluan.

Menurut Dr Hafiz Sulaiman, tidur yang cukup membantu :

- Mengurangkan stres kerana hormon melatonin (hormon tidur) adalah antistres yang efektif

- Mencerdaskan otak dan tajam bukannya menjadikan brain fog atau mengantuk

- Wajah lebih bersinar dan berseri bukannya penuh eye bag di muka

- Rasa lebih bertenaga bukannya lemah hingga nak bangun solat pun payah

Kesemua faktor di atas dapat dicapai sekiranya tidur kita cukup dan elok. Tetapi hari ini berapa ramai boleh capia keadaan yang baik ini?

Tidur kita dan anak-anak telah terganggu dengan rutin aktiviti yang tidak sihat.

Anak-anak aktif pada waktu malam. Menonton televisyen, makan mengunyah macam-macam dan mak ayah yang sibuk dengan urusan di telefon pintar. Huhu.

Sumber gambar : di sini

Lampu biru inilah yang mengganggu hormon tidur. Dari mana sumber lampu biru ini?

❎ Lampu LED
❎ Televisyen
❎ Telefon pintar

Bagaimana nak pulihkan hormon tidur?

✅ Tidur awal
✅ Tidur dalam gelap
✅ Makan makanan yang sihat dan seimbang

Boleh juga cuba calit balm Sleep atau roll on Sleep pada anak-anak dan diri sendiri. Buat kami sekeluarga memang berkesan. Anak jarang bangun menangis tengah-tengah malam lagi buat ummi terkejut.


Anak lena dan mudah diurus. Emosi mak ayah nak bangun pagi esoknya pun OK lagi. Haha.

Balm ini pun kecil, mudah dibawa ke mana-mana. Tambahan, baunya pun wangi. Anak-anak memang boleh pakai sebab tak panas. Paling penting tiada paraben, SLS dan bahan kimia berbahaya. Semuanya natural.

Harga sebiji balm ialah RM49.00 (kos pos berasingan). Nak diskaun? Boleh, boleh. Beli 2 balm ke atas kita bagi potongan tau. Ada free gift lagi. Jangan lupa WhatsApp : www.wasap.my/60133613516/TNBalm

Saya COD di Pernu, Telok Mas, Umbai, Batu Berendam dan kawasan sekitar. Caj COD juga bergantung pada kawasan ye 😉

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015