Selasa, 31 Oktober 2017

Kenapa buku bergambar kanak-kanak penting?


Koleksi bacaan kanak-kanak dan umum Aulad Read & Play

Buku bergambar kanak-kanak atau Picture Book bukan sekadar sebuah buku biasa untuk anak-anak. Buku bergambar kanak-kanak membuka minda anak dengan lebih luas.

Seawal usia bayi sudah boleh dibacakan buku bergambar untuk anak-anak. Ada bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak kita. 

Misalnya, bagi bayi yang baru lahir, buku yang dibacakan seeloknya berwarna hitam dan putih sahaja bagi merangsang mata bayi untuk lebih peka.

Ada beberapa jenis buku bergambar seperti :

📚 Buku cerita
📚 Buku informatif kreatif 
📚 Buru berima / puisi (rhyme)
📚 Buku 3D (Novelty books
📚 Buku bersiri

Kepentingan buku bergambar kanak-kanak


1. Buku bergambar kanak-kanak ini membantu anak berimaginasi. 

Mereka cuba meneka apa yang akan berlaku pada muka surat sebelah ;)

Sebab itu ilustrasi sesebuah buku bergambar kanak-kanak sangat penting kerana anak-anak membina pengetahuan dan imaginasi berdasarkan apa yang mereka lihat.




2. Gabungan antara teks dengan gambar adalah partner yang terbaik! Anak-anak akan mengaitkan perkataan yang dilihat, dibaca atau didengari dengan gambar.

3. Buku bergambar kanak-kanak yang mempunyai ciri interaktif, watak yang funny atau penyayang, ilustrasi yang berwarna-warni antara sebab menjadikan buku ini diminati oleh anak-anak.



4. Dengan membaca buku bergambar, anak-anak sebenarnya sedang belajar konsep membaca buku. 

Sedangkan pada masa itu mereka mungkin belum tahu membaca.


Have You Ever Wondered?

5. Buku yang baik ialah buku yang menyebabkan anak mahu membacanya berkali-kali tanpa jemu! Anak suka mendengarnya melalui penceritaan ibu bapa atau guru kerana mereka membina pelbagai persepsi dan cerita di dalam minda. 

My Amazing Super Power


6. Buku bergambar kanak-kanak melatih kanak-kanak menjadi pendengar yang baik, merangsang visual mereka dan menggalakkan mereka menghubungkait antara apa yang mereka lihat atau baca dengan sesuatu sebab.

7. Buku kanak-kanak bergambar membantu menerangkan konsep yang kompleks.

Contohnya melihat watak mengatasi masalah dengan baik, mengurus emosi dengan betul dan bersyukur kepada tuhan.


5-Minutes Bedtime Reminders


Selamat membaca!

#ejenAuladReadPlay
#Readaloud
#readtoourchild
#bermuladarirumah
#raisingreaders
#parentingtipbyTHUA
#BuatYa


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Buku Saya Sayang Malaikat


Dua, tiga hari ini saya cuba luangkan lebih masa untuk membacakan anak buku. Mereka nampak sedikit stres. Read aloud session seringkali dipilih kerana ia melibatkan semua orang dan waktu ini anak lebih relax dan banyak berinteraksi.

Kami memilih untuk membaca buku Saya Sayang Malaikat. Sebenarnya buku ini didatangkan dalam bentuk set. Tapi kotaknya pun dah tiada. Entah kenapa minat sangat mereka dengan kotak-kotak ni. Pantang jumpa ;)


Kulit hadapan buku

Ada panduan bercerita untuk ibu bapa

Permulaan cerita

Ayat yang mudah. Mesej terus sampai kepada anak-anak.

Penerangan tugas malaikat Jibril

Mendorong anak berbuat baik

Ada soalan kefahaman untuk anak imbas kembali apa yang dibaca

Oh, selepas baca helai demi helai, rasa best pula buku ni. Disebabkan masa ada sedikit lagi sebelum mereka tidur, kami menonton lagu 10 Malaikat yang dinyanyikan oleh kumpulam Raihan. Kemudian masing-masing terus tertidur keletihan kerana separuh hari berada di luar rumah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 30 Oktober 2017

Mati itu dekat


Awal minggu ini, emak saya ke Kuala Lumpur dan menginap beberapa hari di rumah adik. Ada seorang saudara kami meninggal dunia.

Lalu, apabila emak pulang, kami duduk berbual. Saya memberitahu emak, betapa kakak arwah menceritakan yang arwah semasa jatuh sakit, badan dan mukanya lebam-lebam. Tetapi kuasa Allah, selepas meninggal dunia, mukanya bersih sekali. Ramai orang hadir dan solat jenazah untuknya. 

Allahu akbar.

Ibu mertua saya menceritakan arwah ini baik orangnya. Beliau banyak juga membantu keluarga mertua saya satu masa dahulu. Emak saya pula menceritakan arwah mengambil upah membersihkan rumah, mencuci kain dan seorang yang pemurah.

Semasa kecil dahulu, bila ada orang buli, dia hanya diam sahaja, tidak membalas. Apabila nampak kawan-kawan lalu, dia akan beri makanan yang ada padanya untuk berkongsi. Allahu akbar, turun air mata saya mendengarnya. Emak kata dia orang susah tetapi sifat pemurahnya itu memang menyentuh hati.

Lalu, bagaimana dengan diri sendiri? Subhanallah.. 

Sesungguhnya kehidupan dunia  itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta  bertawakal, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta hartamu. (Surah Muhammad ayat 36)
Melihat orang yang (insya Allah) menemui ajal dalam keadaan yang baik, elok, terfikir akan diri sendiri. Bagaimana pengakhirannya nanti?

Ya Allah, ampunilah kami..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 

Ahad, 29 Oktober 2017

Anakku Anakmu - Cabaran mendidik


Teringat awal minggu ini, semasa jamuan makan selepas solat isyak di sebuah surau, saya terlihat beberapa orang anak lelaki dalam lingkungan sekolah rendah sedang bermain di taman permainan berhampiran. Saya mengerling jam di tangan, sudah hampir jam 10 malam. Lalu saya bertanya kakak-kakak yang makan semeja, "anak-anak kejiranan di sini ke?"

"Bukan. Mereka dari kampung berdekatan."

Saya terdiam. Hari semakin larut. Kakak-kakak ini mula meluahkan perasaan. Akhir-akhir ini semakin ramai anak-anak yang berkunjung ke sini. Dari pagi hingga ke malam. Tak pulang ke rumah. Tak risaukah mak ayah mereka?

Saya diam lagi. Tidak tahu bagaimana mahu respon.

Tiba-tiba terdengar mereka bercakap kasar. Allahu akbar. Menyirap rasanya darah.

Sumber gambar : https://copaskajianislam.blogspot.my 
Tidak sempat mahu tegur, anak-anak itu sudah bergerak keluar. Mahu pulang ke rumah agaknya. 

Wahai anak, semoga Allah merahmatimu. Jagalah solat, pilihlah rakan yang baik dan jagalah lisanmu.

Sungguh, hati saya sedih mengingatkan anak-anak yang begini. Terasa diri tidak cukup kuat berkerja (baca : berdakwah). Maka, terkenang anak sendiri dan anak di kelas mengaji di rumah. Besar tanggungjawab yang dibahu.

Ampuni kami Ya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 28 Oktober 2017

Badan sihat, hidup ceria


Setelah sekian lama, akhirnya saya mula membaca pelbagai maklumat tentang pemakanan. Meskipun halal belum tentu lagi toyyib.

Kesedaran membaca label makanan saya masih kurang. Jadi saya mulakan dengan mengikuti para doktor yang pakar dalam bidang ini serta menyertai beberapa Facebook Group yang membincangkan soal ini.

Lalu, saya dapat simpulkan bahawa sebahagian besar serangan asma saya adalah berpunca dari makanan. Malah, vertigo yang dialami suami turut berpunca dari makanan. Saya sudah dapat kenalpasti roti putih menjadi punca saya kena serangan asma.

Sememangnya mencabar apabila perlu berpantang makanan yang biasa kita makan seperti gula, makanan berproses, segala macam sos dan kicap.

Tapi sebenarnya banyak lagi bahan yang kita boleh makan.

Buat permulaan, saya hentikan pengambilan roti putih. Mencabar sebab saya memang 'hantu' roti. Roti putih ada bahan gluten dan ia boleh merosakkan sistem pencernaan.

Gula putih memang sudah lama saya tinggalkan. Tetapi gula tersembunyi baru nak mulakan. Di rumah, saya menggunakan raw cane sugar tapi boleh dikatakan saya tak pernah minum. Ahli keluarga lain yang minum.

Ketiga, kicap. Sejak 2014, saya sudah tinggalkan kicap kerana menjaga tekanan darah. Alhamdulillah kini bebas kicap.

Dan baru-baru ini saya ketahui bahawa kod E621 ialah MSG. Apabila saya baca label semua botol sos dan kicap di rumah, kesemuanya ada kod ini. Ya Allah, selama ini ingatkan dah jaga makan sendiri dan anak-anak, rupanya terlepas juga.

Banyak lagi perlu dibaca. Perkara penting ialah apakah ALTERNATIF kepada makanan sedia ada ini? Insya Allah nanti akan tulis di sini lagi.

Setakat ini saya mencuba biskut crackers, donat dan roti gluten free yang dibeli daripada Pn Hidayatun Nafisah. Boleh lihat Facebook (klik namanya) atau hubungi beliau di +60126430636.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 27 Oktober 2017

Durian dan manggis


Minggu lalu tengok kartun upin ipin pasal buah-buahan tempatan. Buat jus, buat aiskrim dan makan begitu sahaja.

Sedapnyaaa 😍

Tok Dalang kata manggis boleh sejukkan badan. Sebab tu manggis partner dengan buah durian. Kulit manggis boleh dibuat ubat. 

Teringat ada seorang kawan, peruntukkan bajet untuk beli buah-buahan makan di rumah. Sekurang-kurangnya 5 hari ada makan buah. Wah!

Lagi syok bila ada dusun buah-buahan. Hasilnya boleh dimakan anak cucu dan orang lain 💕 Teringat di halaman rumah keluarga angkat di Setiu ada pokok buah-buahan. Slurpp 😎

Tak pandai menanam 😳 kena mulakan ni.




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 26 Oktober 2017

Menimba ilmu dari #kelasonline Ejen Aulad Read & Play



Berniaga adalah sunnah Nabi. Ada banyak perkara yang mengajar kita apabila kita menceburi bidang ini. Ia bukan sekadar mencari pelanggan dan menjual barangan, tetapi ia harus disertai dengan niat kerana Allah diiringi niat membangunkan ummah.
Buat kerja bukan secara semborono sahaja, tetapi perlu ada arah tuju dan panduan supaya kita lebih tersusun dan efektif dalam pengurusan dan menyampaikan maklumat.
Jazakillahu khaira Dr Anayasmin Azmi kerana telah menganjurkan kelas atas talian bagi ejen-ejen Aulad Read & Play. Bagi orang baru seperti saya, tip dan ilmu yang dikongsikan bermanfaat bagi menyusun langkah untuk lebih berjaya.
‘A journey of a thousand miles begins with a single step’.


Asasnya ialah :

1.Sentiasa bersyukur kerana Allah akan selalu menambah nikmat orang yang bersyukur (Surah Ibrahim : Ayat 7).
2.Banyakkan MEMBERI, insya Allah lebih tenang.
3.Bijak menggunakan semua medium yang ada dan menyusun ‘content’ supaya mesej lebih sampai kepada audien.
4.Membina kredibiliti supaya orang lebih percaya. Dengan ini kita dapat menyampaikan sesuatu dengan lebih baik.
5.Paling utama, ialah sifat SABAR dan KONSISTEN.

Teringat kepada pepatah Arab :
“Man jadda wa jadda” yang bermaksud “Siapa rajin usaha, dia dapat.”

Barakallahufik Dr atas perkongsian dan semoga tidak jemu membimbing kami. Terima kasih.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

A Little Therapy



Saya suka membaca. Tapi sudah jarang dapat membeli buku. Kata-kata dalam gambar ini mungkin menggambarkan diri saya. Bila tak dapat membaca rasa diri ketinggalan 😅

Namun dengan bajet yang ketat, saya guna alternatif lain iaitu meminjam e-book dan meminjam di perpustakaan awam.

Tempoh pinjaman di perpustakaan awam negeri Melaka ialah selama 3 minggu. Saya enjoy setiap kali meminjam buku baru. Seolah-olah ada sahaja buku baru untuk dipinjam sedangkan mungkin buku itu sedia ada di situ 😃

Kedua, saya suka menulis. Menulis ini bagai satu terapi untuk saya melepaskan tekanan. 

Anak-anak sampai ada lagu untuk saya :

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Ummi upah susu.

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Ummi tulis laptop.

😂 Lirik yang salah tatabahasa. Tapi ummi faham je. Nampak sangat menghadap laptop. Huhu.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 25 Oktober 2017

Seronoknya guna kamus bergambar


Kamus Azhari Junior RM29.00

Sedikit-sedikit, lama-kelamaan jadi bukit.

Macam mana tu? 

Baik, dalam menambah perbendaharaan kata anak, kita boleh pilih satu perkataan sehari. 

Dari perkataan ini, kita bina satu ayat. Mulakan dengan ayat mudah. 

Adanya kamus bergambar, ia memudahkan kita. Banyak kelebihannya tau.


1 hari 1 perkataan.
Seminggu sudah 7 perkataan.
Sebulan?
Anak dapat 30 perkataan baru.

Seronok, kan?

Ada lagi satu. Tertinggal pula.

Buat kamus sendiri.
Perkataan-perkataan yang dipilih tadi masukkan dalam sebuah buku khas.
Bina ayat pun di situ.

Pokoknya, konsisten.
Ini kena sungguh-sungguh.

Mak ayah semangat nak bantu anak. Anak tengok pun seronok nak belajar. Insya Allah.

Moga saya istiqamah juga mengajar anak-anak setiap hari. Amin...

#bilaummiambilcuti
#ummianak4
#sukabacakamusbergambar

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 24 Oktober 2017

Belajar Bahasa Arab dengan 2 ibu ini..


Saya suka ikuti (follow) Pn Lu'lu Mahfuzah di Facebook. Beliau konsisten berkongsi bahan bantu belajar anak (Bahasa Arab) yang kita boleh gunakan.

Ada kad imbas bahasa Arab, ada latihan (worksheet) pra tulis huruf hijaiyah, jigsaw puzzle warna, Hadith Worksheet (belajar hadis dan belajar menulis sebab tulisannya dot to dot) dan macam-macam lagi.

Kita klik save and print sahaja nanti.

Pn Nisa' Jauri juga istiqamah berkongsi cara belajar Bahasa Arab sehingga wujud Telegram @ibubelajarbahasaarab. Nanti saya cari semula link Telegram itu. Insya Allah.

Pn Nisa' Jauri atau dikenali Bonda Lutfi ada berkongsi nota, contoh ayat berserta gambar serta sedia menjawab pertanyaan ahli kumpulan.

Antara contoh yang telah kami pelajari :

(Kredit gambar kepada Pn Nisa' Jauri)






Hari ini saya berkesempatan menggunakan helaian dari Hadith Worksheet (Pn Lu'lu Mahfuzah) yang saya bukukan. Buat 3 set untuk 3 anak. Harap tidak berebut dan tahu jaga buku masing-masing (ini masih praktis lagi 😆)


Sumber gambar : koleksi peribadi

Ada 15 potong hadis berserta makna. Anak boleh trace semula tulisan.

Hadis pertama la taghdob, walakal jannah (maaf saya tiada tulisan jawi di telefon) maksudnya : Jangan Marah, Syurga buatmu. Hadis riwayat Ibnu Abu dunya.

Gulp! Saya rasa ketiga-tiga anak memandang saya. Saya pun rasa malu sebab selalu sahaja membebel (baca : marah) 😅 Maka hari ini berazam untuk berubah. Insya Allah.

Insya Allah, moga kami istiqamah membaca dan belajar hadis setiap hari.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan buku : Doktor Bukan Tuhan

Sumber gambar : koleksi peribadi

Doktor Bukan Tuhan menghimpunkan seleksi kisah masyarakat yang dihadapi oleh seorang doktor kanak-kanak. Meskipun ruang lingkup kerja hanya berkisar pesakit kanak-kanak tetapi ia sebenarnya membawa makna yang lebih luas.

Pelbagai kisah ini turut menjeruk rasaku. Bagaimana sistem sebuah keluarga itu seharusnya ditegakkan dengan Al-Quran dan sunnah.

Jika kemudi sebuah bahtera rosak, bagaimana anak kapalnya?

Allahu Allah. 

Setiap kita memikul tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah-Nya.

Sungguh, apa yang berlaku di sekeliling kita dan yang berlaku kepada kita sendiri harus kita muhasabah.

Semua kisah benar ini meruntun jiwa. Allah.. Kisah ibu ayah yang tidak redha dengan pemergian bayi mereka yang baru lahir, kisah anak luar nikah, kisah anak muda yang berzina, anak yang kurang kasih sayang sehingga menumpang kasih orang lain, rela menggadai maruah diri dan lain-lain.

Puisi penulis juga membekas di hati.

Moga Allah terima amal perbuatan dan taubat kita.


Terusik dengan kata-kata penulis - 

"Di mana posisi kita, pasti di situ terdapat gudang pahala untuk kita kaut. Sama ada kita mahu lakukan atau kita melepaskannya begitu sahaja."

Benar, kisah begini ditulis bukan untuk dibaca suka-suka tetapi ada banyak sekali ruang untuk kita ambil pengajaran, menjadi empati dan membuatkan kita kembali kepada-Nya.

Terima kasih Dr Anayasmin. Sungguh, Doktor Bukan Tuhan..


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 23 Oktober 2017

Buku Safeeya and Kitty Playing In The Rain



* Gambar : koleksi peribadi

Cuaca panas sekarang ini. Jika ada hari nampak redup, saya suka menjengah ke luar rumah. Nyaman sahaja rasanya. Tapi hujan masih belum menunjukkan tanda mahu turun.

Sesekali bercerita dan mentadabbur al-Quran bersama-sama anak memang seronok.

Teringat buku cerita anak yang bertemakan hujan. Kami capai buku Safeeya and Kitty Playing in The Rain karya Dr Anayasmin Azmi. Buku berbahasa Inggeris ini bersaiz A4 dan tulisannya agak besar.



Kali pertama, saya bacakan dalam bahasa Inggeris. Kali kedua, saya ulang baca dalam bahasa Melayu. Layan sahajalah permintaan anak-anak. Ketika mahu bercerita saya memang teringat gaya bercerita Pn Hazi dan Pn Siti Zubaidah Md Nasir ketika program Quranic Homeschooling pada bulan Ogos lalu. Mereka berdua ada bakat bercerita. Kami yang mendengar pun sangat tertarik.

Baik, apabila tiba pada ayat Quran tentang kejadian hujan, saya minta anak-anak cari di dalam al-Quran. Alhamdulillah, mereka bergilir-gilir membacakan surah An-Nahl ayat 64 - 65.


Allah Maha Baik mencampakkan minat anak-anak mendengar cerita kanak-kanak Safeeya and Kitty Playing In The Rain ini dan minat membaca al-Quran.

Saya mengulas sedikit tentang ayat di atas dan sama-sama mengajak anak bermuhasabah. Kita harus insafi kejadian diri sebagai makhluk yang lemah. Hanya Allah berkuasa menjadikan hujan, awan, air sungai dan seluruh alam. Anak-anak turut semangat apabila diceritakan bagaimana Allah menjadikan hujan berserta kitarnya.

Selepas bercerita, mereka mahu aktiviti mewarna. Alhamdulillah, saya gunakan helaian aktiviti yang diperolehi daripada Mama Q satu masa dahulu (percuma bagi sesiapa yang membeli buku 50+ Aktiviti Seronok Belajar Di Rumah).


Di sini saya nak kongsikan beberapa lagi idea yang boleh dibuat berdasarkan buku Safeeya and Kitty Playing in The Rain :

1) Perhatikan hujan bersama-sama anak (observe - salah satu ciri ulul albab - orang yang berfikir)🌟 Main hujan pun best! Hands-on activity 😉

2) Perhatikan --- hujan turun dari langit. Menakjubkan.

3) Buat eksperimen mencipta hujan. Aha, nantikan terbitan buku terbaru Dr Ana ni ya! TUNGGU PENGUMUMANNYA


#ejenAuladReadPlay


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Nasi Tomato


Saya jarang letak resipi sebab bukan kepakaran saya dalam bidang masakan ;) Tapi kali ini letak di sini bagi rujukan sendiri pada masa akan datang. Tambahan pula memanjangkan pahala ibu saudara saya (sekiranya ada yang sudi mencuba).



Bahan-bahan :

 Bawang besar 1 biji - dihiris
Bawang putih 5 ulas - ditumbuk
Halia 2 inci - ditumbuk
Kulit kayu manis. bunga cengkih,
Minyak 3 sudu
Minyak sapi 3 sudu
Beras 6 - 7 pot kecil
Susu cair / manis  4-5 sudu
Gula 2 sudu
Garam 3 sudu teh (atau secukup rasa)
Tomato soup - 1/2 tin
Daun pandan 1 helai

Cara :

1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih, halia 
3. Masukkan air, susu cair, gula, garam, tomato soup
4. Selepas bahan 3 mendidih, masukkan beras.

Nasi tomato boleh dipadankan dengan apa-apa lauk bersesuaian seperti masak kurma, ayam masak merah, kuah dalca dan lain-lain.

Selamat menjamu selera.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 22 Oktober 2017

Tip Berkomunikasi Dengan Bayi 0-3 Bulan


"The days are long, 
The years are short." 
- Gretchen Rubin

Usia emas bayi 0-3 tahun sangat berharga. Bagaimana ibu ayah boleh optimumkan waktu ini? Kita mulakan sedikit demi sedikit.

TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK USIA 0-3 BULAN

Haa... Percayalah anak kecil pun boleh bersembang tau.

Dan bersembang ni dapat stimulasi perkembangan minda, emosi dan kemahiran sosial anak.

Ok ni nak kongsi beberapa tip :

1. Galakkan anak 'berbual' dengan anda. Cakap, berhenti dan beri laluan bayi mengeluarkan rengekan manjanya atau tersenyum. Ini membantu anak belajar tentang giliran dalam perbualan.

2. Bercakap sebanyak mungkin dengan bayi pada waktu siang. Respon boleh ditunjukkan dengan meniru bunyi atau respon bayi kepada kita.

3. Tiru ekspresi muka anak. Seperti cermin. Anak akan melihat reaksi kita juga. Dia juga belajar dengan melihat mimik muka kita.


—--> Tetapi apa yang nak 'dibualkan' dengan si comel ini?

1. Bersembang dengan anak tentang apa yang ibu sedang kita lakukan. Contohnya "kita mandi, mandi dengan air suam." kita minum susu ya sayang.

2. Bercakaplah tentang ke mana destinasi, apa akan dibuat di sana

3. Menamakan anggota badannya sambil menyentuhnya. 

4. Biasakan baca doa - doa buka baju, doa pakai pakaian, doa yang diucap apabila bersin, doa meriba anak dan senarai berterusan. Jangan tak percaya, ada bayi seawal 12 bulan sudah maklum dengan doa-doa di atas. Hasil istiqamah ibu ayah membacakannya sejak lahir.

5. Mengenalkan konsep warna. Misalnya melalui pakaian yang dipakai bayi hari ini. "Hari ini Sayang ummi pakai baju hijau. Warnanya lembut je. Tengok ni, cantik, kan?"

Teringat perkongsian Ibu Rose. Ketika anaknya masih bayi, sudah diajar membuat keputusan memilih sesuatu.

Ibu Rose akan pilih 2 helai pakaian dan minta bayinya memilih. Nak pakai baju mana? Kanan ke kiri?

Awal-awal tu memang anak tak respon lagi. Lama-kelamaan bayi mula respon dengan mata dan gelengan kepala. Masya Allah.

Apa pun, mari kita mulakan dari awal. Semoga bermanfaat.

#ejenAuladReadPlay
#Readaloud
#readtoourchild
#bermuladarirumah
#raisingreaders
#parentingtipbyTHUA
#BuatYa

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Buku cerita mini : Nabi Yunus dan ikan


* Siaran ulangan ;) Buku ini kami buat semasa menyertai aktiviti anjuran Mama Q3 awal tahun ini.







Menggunakan brown bag yang kecil itu. Saya selitkan aktiviti ringkas dalam ruang pada brown bag. Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015