Selasa, 21 November 2017

Strategi ajar anak membaca


Belajar membaca ialah satu kesukaran kepada sebahagian anak-anak (dan ibu bapa juga!). Maka, strategi membaca sangat pentiing bagi menarik minat anak-anak ini untuk membaca.

Apa tujuan membaca? Mengapa perlu membaca?
Main lagi bagus!

Mungkin itu telahan dalam diri anak-anak kita.

Cuba letak kita dalam "kasut" mereka. 

Sedang masih asyik dengan dunia bermain yang menyeronokkan, tiba-tiba disuruh membaca. 
Tiba-tiba dipaksa duduk dan belajar membaca.

Agak-agaknya mereka mahu tak? 
Mungkin mereka ikut cakap kita kerana takut.
Takut dimarahi, takut dipukul, takut diugut
dan pelbagai perasaan lagi.

Allah..

Jadi strategi membaca perlu betul. Contoh seperti dalam gambar. Boleh rujuk www.readinghorizons.com untuk maklumat lanjut.


 Membaca ialah aktiviti yang menyeronokkan. Mari kita gali pelbagai ilmu strategi mengajar anak membaca.

Saya juga suka mencadangkan beberapa buku yang berkongsi cara menarik minat anak belajar membaca. Antaranya buku 100 Panduan Mengajar Komunikasi, Bahasa dan Literasi. Boleh klik di sini untuk lihat preview buku.

Sumber gambar : www.goodreads.com

Saya pernah ulas buku ini satu waktu dahulu. Jemput baca di sini.

Buku Membuat Anak Gila Membaca karya Ust Muhammad Fauzil Azim juga sangat membantu.


Semoga bermanfaat.

#bermuladirumah
#EjenAuladReadPlay

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 17 November 2017

Lego mini - hobi baru

Tak pernah dapat cenderahati lego mini dari sesiapa sebelum ini. Rezeki anak-anak dapat hadiah dari Pakcik Hassan dua minggu lalu. 

Balik rumah, mereka buat dengan semangat. Masya Allah. Dahulu pernah beli tapi tak bertahan lama. Mungkin semangat tengok banyaknya lego mini di rumah Pakcik Hassan membuatkan mereka menghargai lego mini ini.

Cantik pula bila sudah siap. Padanlah ada orang minat sangat dengan lego kecil ini. Satu kepuasan apabila dapat pasang semua compartments!

Cubaan kakak buat sendiri tanpa bantuan ummi dan abi. Tahniah kakak!


Dan ini hasil apabila dikumpul dengan adik-adiknya.


Suatu hari, singgah ke Mr DIY. Mereka bising-bising mahu cari Lego. Saya diamkan sahaja sebab memang niat awalnya mahu window shopping sahaja 😛

Rupanya mereka mencari lego mini dan jumpa pula section tersebut. Aih..mana mereka tahu ada jual lego mini di sini?

Selepas beberapa pertimbangan, kami pun setujulah untuk beli dengan bersyarat [Iaitu lepas main terus susun di tempat tinggi. Bimbang baby termakan]. Harga mini lego yang kami beli di antara RM1 hingga RM5.


Alhamdulillah, lego ini juga sudah selamat dipasang. 

Jenuh ummi nak pasangkan robot Abang Ngah. Kakak tolong pasangkan Kak Cik punya.

Seronok mereka susun di 'belebas' kayu pada dinding bilik. Rumah kami separuh papan jadi masih ada 'belebas' ini.


Zoom in Kakak punya

Bertahanlah beberapa hari main "pretend play". Ummi pun tumpang sekaki.


Menarik juga main lego mini ni. Nantilah nak tinjau-tinjau dulu koleksi lego mini di pasaran.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 16 November 2017

Membaca menambah "connectivity" di otak


Manusia mula mendengar sejak usia lebih kurang 16 minggu dalam kandungan ibu. Masya Allah! Hebatnya kuasa Allah yang menjadikan pendengaran sebagai nikmat untuk manusia. 

Sekadar untuk pengetahuan umum, haiwan yang Allah ciptakan pula berbeza deria pendengaran mengikut saiz, tempat dan bentuk telinga mereka. Menarik, bukan?

Mari kita lihat fun facts ini :

--- Kucing hanya mula mendengar ketika usia mencecah 3 minggu (sumber :di sini)

--- Anjing juga mula mendengar ketika berusia 3 minggu dan ke atas (sumber : di sini)

--- Arnab mendengar selepas seminggu dilahirkan (sumber : di sini)

--- Tupai mendengar selepas sebulan dilahirkan (sumber : di sini)

Jadi, kita boleh optimumkan pendengara yang Allah beri ini dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, menuturkan perkataan yang baik, bercakap dengan berhemah dan santun serta membacakan anak buku.

Cuba lihat gambar di bawah ini :


Hasil kajian oleh Nanci Bell dan Patricia Lindamood menunjukkan ilustrasi otak sebelum dan selepas seorang anak Autisme yang dibacakan buku (intervention) selama 10 minggu.

* Nota : Sumber kajian Visualizing and Verbalizing Program, the intervention was developed by educator Nanci Bell and speech-language pathologist Patricia Lindamood.

Subhanallah. Dengan membacakan anak buku, sel-sel otak semakin bersambung dan ini sangat menakjubkan.

Jom bersama-sama kita bacakan anak buku!

#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 15 November 2017

Bacakan anak buku seawal bayi


Sumber : 

American Academic of Paediatric mencadangkan agar ibu bapa mula membacakan buku untuk anak sejak baru dilahirkan.

Kajian demi kajian telah membuktikan keupayaan otak manusia sejak dalam kandungan ibu memang menakjubkan. Subhanallah.

Apabila disorot kembali, Islam juga adalah agama yang mementingkan ilmu. Wahyu pertama yang turun ialah kalimah Iqra'! (Bacalah). Suruhan yang ringkas tetapi membawa makna yang sangat besar kepada umat manusia.

Sebenarnya kita sudah boleh bacakan anak buku sejak dari dalam kandungan lagi. 

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa mahu bacakan bayi buku? Dia bukan boleh faham pun apa yang kita cakap.

Ya, benar. Bayi kita masih belum pandai bertutur. Tetapi pada masa ini sel-sel otak sedang berkembang pesat. Sebab itu 5 tahun pertama dipanggil usia emas.

Pernah lihat adik Musa yang menghafaz 30 juzuk al-Quran semasa usianya baru 5.5 tahun? Semuanya bermula dengan Iqra' (baca). 

Ia bukan satu tindakan extreme (melampau) apabila kita bacakan anak buku. 

Jadi, jangan pandang remeh pada membaca ya. Jom baca buku!

#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 14 November 2017

Agrofarmstay Melaka - destinasi menarik untuk dikunjungi


Gambar : koleksi peribadi

Minggu lalu sempat menjengah program anak-anak istimewa di Agrofarmstay, Durian Tunggal, Melaka.

Agrofarmstay berkeluasan lebih kurang 32 ekar.

Pertama kali tahu tempat ini. Teruja! Kami sampai selepas Asar dan dibawa terus ke Villa di situ yang menempatkan kesemua peserta dan urusetia program.


Villa atas bukit

Selepas solat Asar dan minum petang, kami turun bersama anak-anak ini ke kolam renang untuk aktiviti air. Wah, seronok sungguh mereka berenang dan bermain air!


Anak-anak turut serta bercampur dengan anak-anak istimewa ini. Meskipun malu-malu, tetapi anak-anak istimewa ini tidak kekok malah prihatin.

Kolam renang

Sambil mendukung bayi saya ini, saya meninjau kawasan sekitar. Pintu masuk Agrofarmstay ini terpampang nama tempat dan pengunjung akan disapa landskap, tumbuhan hijau dan kolam-kolam ikan di sepanjang jalan.

Ada deretan bilik chalet, dewan seminar, homestay, kolam renang dan tasik untuk aktiviti kayak dan memancing ikan.


Chalet dan dewan seminar
Tasik untuk aktiviti berkayak dan memancing

Villa yang berada di atas bukit ini mempunyai 9 buah bilik dilengkapi dapur yang luas dan dua ruang tamu yang besar. Sangat selesa untuk anak-anak istimewa ini. Alhamdulillah. Kadar sewaan ialah RM950 (hari bekerja Isnin - Jumaat). Bagi hujung minggu, kadarnya lebih sedikit.

Sesuai dengan namanya Agrofarmstay, di sini ada mini zoo dan dusun buah-buahan. Jika datang ketika musim buah-buahan, boleh sahaja makan secara percuma. :blush:

Anak-anak teruja melihat kuda, ayam turkey, itik dan burung yang ada di sini.


Mini zoo (ayat saya sahaja ;)) bersebelahan tasik

Kami solat Maghrib berjemaah di Villa dan ada slot tazkirah oleh ustaz jemputan.



Saya tertarik dengan kisah yang dibawa oleh beliau. Simple dan insya Allah mesejnya dapat diterima oleh anak-anak ini.

"Siapa tahu katak ada berapa ekor?"
Terdiam seketika anak-anak ini memikirkan jawapan (agaknya). 

Tidak lama kemudian, terdengar suara-suara halus cuba menjawab. "Satu!" "Katak takde ekor!" "Entah.." 

Hehe. 

Ustaz bawakan cerita teladan mengenai seekor anak katak yang pulang ke rumah selepas puas bermain. 

Anak katak : Ayah, ayah, tadi saya nampak ayam.
Ayah katak : Ayam? Kecil ke besar?
Anak katak : Besar ayah.
Ayah katak : (Tidak puas hati) Macam ini ke? (sambil mengembangkan badannya)
Anak katak : Tak ayah. Besar lagi. 

Si ayah pun kembangkan lagi perutnya. Apabila si anak mengiakan, baru si ayah berhenti. 

Lalu si anak berkata lagi, yang dia bertemu seekor kuda. Ayah yang tidak puas hati ada haiwan lebih hebat darinya terus mengembangkan perutnya sehingga tiba-tiba, pap!! Pecah perutnya! 

Apa pengajaran yang anak-anak perolehi? 

Masya Allah, ada yang mampu memberi jawapan : kita kena bersyukur. 

Lalu ustaz mengingatkan bila kita bersyukur kita ucap terima kasih kepada Allah. Ucapkanlah alhamdulillah. Malah ada 4 kalimah yang disukai Allah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar.

Selepas Solat Isyak berjemaah,majlis penutup diadakan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh pegawai dari bahagian Pendidikan Khas. Selesai majlis, semua peserta kem menjamu selera dengan BBQ. Alhamdulillah.


Kami menginap di homestay yang tersedia. Sangat selesa dengan sebuah ruang tamu yang menempatkan 3 buah katil single, sebuah meja makan, 2 bilik tidur (1 bilik keluarga dengan katil Queen dan sebuah lagi bilik kecil menempatkan sebuah katil bujang).

Pandangan dari luar homestay

Ada 2 buah tandas (satu di dalam bilik keluarga dan sebuah lagi di ruang tamu). Ruang dapur dilengkapi peralatan asas seperti dapur gas, gas, pinggan mangkuk, cawan, teko dan jug kettle. Ada sebuah peti sejuk diletakkan di ruang tamu. Ibu-ibu yang perlu pam susu bolehlah simpan di sini sementara menginap di sini.

Penghawa dingin ada di dua tempat ; bilik keluarga dan ruang tamu. Bilik bujang disediakan sebuah kipas.

Semuanya elok dan bersih. Kami pulang keesokan harinya pada jam 12 tengahari.


Cuba teka rumah merah yang comel di belakang itu digunakan sebagai tempat apa?

Kali ini kami pulang melalui jalan dalam Utem. Dapatlah anak-anak melihat kampus ini dengan lebih dekat.

"Dulu ummi belajar kat universiti ni. Tapi tempat lain." Anak-anak diam memerhati. "Eh, ada masjid! Besarnya," kata si abang ngah. "Wah, perpustakaan!," Jerit si kakak pula. Anak nombor tiga tidak terkata. Ralit melihat sekeliling.


Bagi yang berminat untuk menginap di sini, bolehlah ke laman sesawangnya di sini : Resort Agrofarmstay.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Hidupkan minda anak anda saat ini!


Saat di jam boleh terhenti tetapi masa tetap terus berjalan.
Hidupkan minda anak-anak kita mulai sekarang. 


Sumber : sini 
Lihat, seronoknya sekeluarga membaca bersama. Jom baca buku!



#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan Buku : Rokok Terakhir di Dalam Asbak


Suatu hari, melintas reviu buku ini di dinding Facebook saya. Saya baca sepintas lalu. Namun sebenarnya terkesan dengan gambar buku. Kemudian, baru baca tajuknya.

Saya terdiam.

Ya, berbicara tentang rokok ini..memang saya sedikit beremosi. Saya teringat akan seorang ahli keluarga yang merupakan perokok tegar sejak usia remaja. Saya doakan beliau dan semua perokok berjaya berhenti menghisap rokok.

Tanpa saya sangka, rupanya salah seorang penulis ini berada dalam friendlist di Facebook. Lalu saya hubungi beliau dan mendapatkan buku ini.

Membaca buku ini, membuatkan saya lebih memahami "tahap kekebalan" seseorang perokok dengan apa jua teguran dan nasihat. Ia sudah umpama ketagihan atau sebenarnya penyakit yang tidak dapat dielakkan.

Satu demi satu helaian diselak. Sesak dada membaca kesan merokok kepada sebahagian ini. Ada yang menghidap kanser pita suara, ada yang berusaha berhenti menghisap rokok dan ada yang diserang angin ahmar. 

Semoga Allah memberkati usaha mereka dalam menyebar manfaat. Terima kasih juga kepada para doktor yang berusaha membantu golongan ini untuk terus survive dan menjalani hidup sihat.

* Boleh dapatkan buku ini dengan Cikgu Jiha Shuib di Facebook beliau.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 13 November 2017

Mengatasi anak tantrum / mengamuk


Pernah tak anda hadapi keadaan anak yang mengamuk (tantrum) atau menangis tanpa henti?


Image result for kids tantrum
Sumber gambar : di sini

Apa tindakan anda?

Pujuk, cari punca masalah, bersabar dan tak kurang juga buntu apabila anak berterusan tantrum. Saya juga pernah alami keadaan tersebut.

Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan :

1. Tarik nafas dan hembus. Berhenti buat sesuatu sebentar.


- Buat seperti ini supaya minda diset satu keadaan sebelum kita bertindak ikut perasaan.

2. Baca bismillah dan doa dalam hati.

- Sentiasa tanamkan dalam minda bahawa anak ini adalah amanah dan pelaburan kita di akhirat nanti (Teguh Iman Perdana, penulis buku Screaming-Free Parenting)
- Berdoa : "Ya Allah, anak ini amanah-Mu. Berikanlah daku kesabaran dan bantu tenangkanlah anak ini."

3. Peluk anak dan bawa dia ke tempat lain.


Sumber gambar : www.slate.com


4. Beri anak lepaskan perasaan (menangis) sambil usap kepala dan belakang anak.

- Sambil tu boleh bacakan ayat dari Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24 hembus di ubun-ubun anak.


Image result for al hasyr ayat 21 - 24

5. Elak marah.

- Elak guna kekerasan fizikal. Ia boleh mencederakan lagi emosi anak.
- Cuba bertanya : Adik rasa marah ke? Adik rasa sedih ke? Apa yang ummi boleh bantu adik?
- Kita sebutkan perasaan itu supaya dia faham dan akhirnya dapat bantu dia sampaikan mesej kepada kita. Sebab anak kecil ini kadang-kadang mereka tidak tahu macam mana nak nyatakan perasaan kecewa, sedih, rindu, lapar dan sebagainya.

6. Ikhtiar dengan balm bayi.


Calm Time Balm


Calm Time Balm secara umumnya berfungsi meredakan tantrum dan emosi anak, mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya penumpuan. 

Sebabnya kandungan dalam Calm Time Balm ada 7 hingga 8 essential oil (EO) seperti :

~ Marjoram
~ Lavender
~ Bergamot
~ Orange
~ Geranium
~ Roman Chamomile
~ Mandarin
~ Frankinsence

EO yang disebutkan ini sememangnya berperanan meredakan ketegangan, tekanan, mengurangkan kemurungan, dan lain-lain. Insya Allah akan berkongsi dalam entri akan datang. 

Boleh baca perkongsian sebelum ini --> Tasneem Naturel Balm untuk bayi.




Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Bacakan Anak Buku


Kajian menunjukkan 83% anak-anak di antara usia 6 hingga 17 tahun menyatakan mereka sangat suka apabila dibacakan buku oleh ibu bapa (Scholastic's Kids & Family Reading Report™)

Dan 17 % sahaja ibu bapa yang membacakan buku kepada anak-anak mereka yang berusia 9 hingga 11 tahun. (Sumber : www.readbrightly.com)

Jangan memandang remeh pada membaca.

Sumber : sini

Jangan tidak tahu. Membacakan buku kepada anak-anak boleh membina  3 perkara ini :

1) Memory 
2) Engagement
3) Brain



Nanti akan sambung menulis di lain entri insya Allah.

#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 12 November 2017

Tasneem Naturel Balm untuk bayi


Sejak pertengahan tahun ini, saya mula ternampak balm baby yang sangat comel. Baru-baru ini sahaja saya mula membuat bacaan dan mencari bahan yang terkandung di dalam Tasneem Naturel Balm ini.

Masya Allah. Saya jadi jatuh hati.

EO. Pasti sebahagian daripada kita sudah maklum akan EO ini. EO ialah short form dari perkataan Essential Oil. 

Apa itu Essential Oil (EO)?

EO ini sebenarnya ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. EO ini ada aroma sendiri dan cara mengambilnya ialah melalui proses penyulingan, enfleurage atau teknik maceration.

Jenis-jenis Tasneem Naturel balm


Setiap satu Tasneem Naturel Balm ini mempunyai fungsinya sendiri.

Coughflu Time

Balm ini memang wanted. Terutama apabila musim hujan atau panas terik. Bila anak mula selsema dan batuk berkahak, kita pasti harap anak segera sembuh. 

Coughflu Time ini berperanan membantu kurangkan selsema, mencairkan kahak, melegakan athma dan membantu mengurangkan suhu demam.

Tummy Time

Kita memang risau bila anak meragam sebab sakit perut, kan? Tummy Time membantu dari segi buang angin dari perut, melegakan perut yang sebu, membantu meredakan kembung perut dan fungsinya macam minyak Yu Yi.


Sleep Time

Biasanya digunakan untuk membantu ibu yang mempunyai anak yang sukar tidur. Dengan Sleep Time, ia membantu anak mudah tidur dan lena. Jadi apabila anak dapat tidur yang berkualiti insya Allah dia akan bangun dengan emosi yang lebih baik.


Calm Time

Ha, ini memang saya cari sebab kadang-kadang emosi ummi ni pula turun naik bila dengar anak meragam dengan high-pitched suara. Hee..

Calm Time membantu memberi keselesaan dan kurangkan tekanan yang dialami oleh bayi, mengurangkan keletihan dan membuatkan pemakai lebih tenang.

Nampaknya Tasneem Naturel Balm ini memang menjadi #KitBaby pilihan saya!

Dengan saiznya yang comel dan hanya seberat 50g (sebuah bekas), memang mudah dibawa ke mana-mana. Letak dalam beg tangan supaya mudah dicapai.

Bayi sahaja ke boleh guna? Tidak. Orang dewasa pun boleh pakai. Insya Allah.


Saya akan berkongsi dari masa ke semasa ya. Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sedikit tetapi berterusan



Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam menunjukkan kepada kita teladan yang baik dalam menerapkan kefahaman secara bertahap. 

Daripada Aisyah radhiallahu anhu, Nabi sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut kepercayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perasan tak. hampir semua pergerakan kita sebenarnya boleh dapat pahala asbab membaca bismillah.

Sebagai permulaan, mari kita usahakan untuk mengucapkan  bismillah dalam semua perbuatan. Terangkan kepada anak makna bismillah, mengapa Allah suruh mulakan dengan bismillah, apa perbuatan yang boleh dimulakan dengan bismillah dan sebagainya.

 Moga Allah memberkati :)



#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 11 November 2017

Cakap baik vs cakap kasar


Semakin lama saya semakin tidak selesa. Bukan kerana sesaknya anak-anak ini datang mengaji di rumah. Bukan juga kerana hiruk-pikuk mereka bermain di hadapan rumah.

Tetapi saya rimas mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka.

"Cepatlah! B*d*hlah ko ni!"
"Hui, power s***!"
"Adoi, l*h*n*t betullah."

Astaghfirullah..astaghfirullah..

Saya perhatikan adik-adik kecil termasuk anak-anak saya duduk di tepi melihat abang-abang ini bermain.

Duhai anak, tahukah kalian Rasulullah sudah menegur tentang ini.

Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Dan sikap kasar balasannya adalah neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari mana dan bagaimana mereka boleh bercakap sedemikian?

Salah satunya ialah melihat orang terdekat menggunakan bahasa begitu. Ingat, anak-anak "mendengar" dengan memerhati tingkah laku kita.

Mari kita mulakan perbuatan yang baik, bercakap dengan perkataan yang baik, menunjukkan tauladan yang baik mudah-mudahan anak-anak ini lembut hati menurut langkah yang baik juga.

Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu.

#bermuladirumah
#ejenAuladReadPlay


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015