Jumaat, 2 September 2016

Buku cerita Siri Mudah Baca dari Pelangi Kids





Alkisahnya, buku ini dibeli dari seorang rakan maya - Kak Lin atau dikenali sebagai Tri Zs di Facebook :) Buku ini dibeli untuk Pusat Sumber Sekolah. Apabila bungkusan sampai hari Selasa lepas (30 Ogos 2016), saya terus buka di sekolah. Wah, terujanya! Rakan-rakan yang berada berdekatan turut membelek siri ini.

Saya memang suka buku terbitan Pelangi terutama siri awal membacanya kerana memang bertepatan dengan minat kanak-kanak. Ilustrasi menarik, ayat mudah dan tulisan besar. 

Saya bawa pulang buku ini untuk dibalut sebelum diproses. Sepatutnya guru perpustakaan (sayalah itu ;)) perlu proses terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya. Bermakna saya perlu daftarkan buku ini di dalam Daftar Buku Perpustakaan, ditulis nombor siri, lengkapkan kad putih dan lekatkan sampul coklat di dalam buku dan labelkan buku dengan label bersesuaian. Panjang lagi prosesnya :)

Mari kita lihat apa yang ada di dalam siri ini. Dalam Siri Mudah Baca ini mengandungi :

1. Level 1 - 8 buah
2. Level 2 - 8 buah
3. Level 3 - 8 buah
4. Level 4 - 4 buah

Kesemuanya ada 28 buah buku. Harga bagi keseluruhan set ialah RM165.20 (tidak termasuk kos penghantaran). Jika berminat, boleh hubungi Kak Lin di Facebook ya :)

Mari lihat kandungan setiap level. Bagi Level 1 ada 8 buah buku dan dicadangkan untuk anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Setiap buku ada tema sendiri. Buku-bukunya ialah :




1. Helo! - tema keluarga saya
2. Ini apa? - tema badan saya
3. Hari Jadi Sara - tema hari jadi
4. Sara dan Zaki - tema makanan
5. Didi - tema haiwan peliharaan
6. Mari Lari Laju - tema kawan saya
7. Tadika Cahaya - tema sekolah saya
8. Cuti-cuti - tema negara saya

Level 2 mengandungi 8 buah buku juga dan disyorkan untuk anak-anak berusia 4 tahun ke atas :




1. Di Rumah Sara - tema rumah saya
2. Ke Pasar Raya - tema pasar raya
3. Masa Berkebun - tema tumbuh-tumbuhan
4. Sara dan Kawan-kawan - tema masa bermain
5. Jiran Sara - tema jiran saya
6. Mari Makan- tema masa makan
7. Jumpa Doktor - tema kesihatan
8. Mari Ke Zoo - tema haiwan di zoo

Level 3 mengandungi 8 buah buku dan dicadangkan untuk 5 tahun ke atas :




1. Di Ladang Datuk - tema haiwan ternakan
2. Hadiah untuk Nenek - tema pakaian
3. Sara Ke Bandar - tema kenderaan
4. Seronoknya di Pantai - tema di pantai
5. Hati-hati, Hani! - tema keselamatan diri
6. Cuci Tangan - tema kebersihan dan kesihatan
7. Berhari Raya di Rumah Nenek - tema perayaan
8. Hari Penyampaian Sijil - tema cita-cita

Level 4 mengandungi 4 buku (di belakang buku tercatat 8 buah) dan dicadangkan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas kerana ayatnya lebih kompleks dan panjang :



1. Membeli Pokok Bunga - tema tumbuh-tumbuhan
2. Mesin Basuh Rosak! - tema peralatan elektrik
3. Sedapnya Buah-buahan! - tema buah-buahan
4. Hendak Tonton Filem Apa? - tema perasaan

Pelaburan yang berbaloi untuk anak anda. Percayalah!

#BacakanAnakBuku
#pembacaawal
#earlyreader
#sayasukabacabuku
#childrenbookreview


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com

Facebook : Aina Dayana Hilmi  | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi  | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015