Jumaat, 30 Mac 2018

Ulasan Buku : LISTEN



Gambar : koleksi peribadi
Hari Jumaat.

Subhanallah. Sudah seminggu kami pulang dari kampung. Permusafiran selama lebih seminggu itu berakhir dengan satu rasa yang manis. Ya Allah, moga Kau berkati perjalanan kami semua. Amin.

Menginjak ke akhir Mac, usia saya juga semakin bertambah. Tetapi kematian itu semakin dekat. Allah.. bagaimana pengakhiran saya? Semoga husnul khatimah. Amin..

Terbayang-bayang di mata luahan seorang sahabat di dinding Muka Buku beliau. Katanya, usia 30-an adalah masa meninggalkan sebuah legasi. Lalu legasi apakah yang akan beliau tinggalkan?

Sejujurnya, saya juga berfikir akan status muka buku beliau. Tidak terfikir pun apa bentuk legasi yang akan ditinggalkan. Jauh benar azamnya dengan saya.

Ya, saya ibu beranak empat dengan semua anak yang masih kecil. Dengan kerjaya yang sedang dibina tersepit dalam dilema sebagai seorang suri berkerjaya, anak dan menantu yang jauh dari sempurna baiknya, malahan sedaya upaya menjadi anak, isteri dan ibu solehah.

Lalu, tatkala #BukuListen diterima, saya meneruskan pembacaan. Helai demi helai tak tahu mahu gambarkan perasaan.

Penulis, Pn Nurul Amirah Abdul Rahim, Editor Majalah Solusi melalui tagline pada buku ~ Semua Makhluk Boleh Menjadi Guru Asalkan Mahu memang mencabar minda dan diri bermuhasabah.

Ya, jarang orang terfikir ibrah dari sekecil-kecil benda yang Allah cipta. Saya suka sekali dengan info, nasihat dan tip yang dikongsikan. Semua terasa benar dan menusuk ke hati.

Malam ini, hati dipaut pada dua perkara :

πŸ“±Bateri 

"Sebagai makhluk hidup, manusia perlu "dicas". Tatkala mendapat signal seperti :

πŸ“£ diri semakin seronok berbuat salah
πŸ“£ ibadah tidak lagi terasa indah

Itu sebenarnya petanda hati perlu diisi dengan muhasabah, ilmu dan zikrullah.

πŸ”ŒDAI - Menghubungkan Manusia dengan Allah

D - Doa. Doa bukan untuk mengadu masalah sahaja tetapi ia adalah lambang rendahnya taraf manusia yang perlu berharap hanya kepada Allah.

A - Al-Quran. Mencari gali makna tersurat dan tersirat dalam al-Quran.

I - Ilmu. Semakin belajar semakin rasa kerdil. Moga timbul kesedaran mendekatkan diri kepada Allah

Dan.... Semoga saya tidak menjadi tin kosong πŸ”‡ kerana "Manusia yang tidak mempunyai ilmu ibarat tin kosong, bicaranya bersemangat tetapi tidak meninggalkan kesan di hati pendengar."

Ya Allah, daku mohon keampunan-Mu.

++++

Boleh dapatkan buku ini dari penulis sendiri. Klik www.wasap.my/60134059396

Terima kasih Pn Nurul Amirah atas free gift yang banyak 😘

Buku 17 / 2018
#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 29 Mac 2018

Pengenalan nombor dalam Bahasa Arab


Apabila kakak tiada untuk beberapa hari, adik-adik nampak kebosanan lalu mereka minta buat aktiviti mewarna. Saya hulurkan Drawing Kit Template ini. Masya Allah, ralit sungguh mereka mewarna.


Hari Isnin lepas raikan sahaja minat mereka. Selepas makan tengahari (makan awal sebelum jam 11 pagi lagi πŸ˜‚), barulah ajak mereka belajar.

Latihan ini sudah pernah buat dahulu tetapi waktu itu mereka tidak begitu fokus. Kali ini alhamdulillah, minat ada, kemahiran (menggunting) ada, peralatan juga cukup (gam, gunting dan pensel warna).


Topik : Nombor (bahasa Arab) 1 hingga 5 sahaja
Induksi : Nyanyi lagu nombor bahasa Arab rekaan sendiri (ambil rentak Sepohon Kayu)
Langkah pengajaran : Anak dibimbing mengenal kalimah dan sebutan yang betul.
Latihan dan pengayaan : Latihan daripada Pn Lu'lu Mahfuzah.


Banyak lagi latihan bahasa Arab yang beliau kongsi. Akan digunakan dalam sesi-sesi yang lain. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 28 Mac 2018

Jigsaw Puzzle untuk anak-anak


Meraikan kesukaan anak-anak bermain jigsaw puzzle, dapat juga kami miliki 2 jenis puzzle bersaiz besar iaitu lower case dan Numbers. Versi terdahulu datang bersama kotak yang lebih lebar.

Kini, packaging baru lebih menarik dan ada pemegang seperti suitcase tetapi tetap muat menampung 28 keping giant jigsaw puzzle dan sebuah buku bersaiz A5. Wah, seronok!


Buku kecil ini mempunyai ilustrasi yang berwarna dan 1 muka surat mempunyai 1 objek. Gambarnya jelas dan boleh membantu menambah perbendaharaan kata anak kecil.

Seronok anak-anak bergilir main giant jigsaw puzzle ini. Ummi kena selalu tinjau juga supaya kepingan puzzle tidak hilang dari radar πŸ˜‚ Jenuh tau nak mencari bila tak cukup. Gambar pun tak cantik sebab tak lengkap.

Giant Jigsaw Puzzle Numbers

Anak-anak dah semakin besar ni beranilah tambah koleksi jigsaw puzzle. Mereka sudah boleh terima arahan dan mula pandai menjaga barang.

Kenapa mesti pilih Giant Jigsaw Puzzle ini?

✔Meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam (recognition) 
✔Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah (problem solving)
✔Menguatkan ‘bonding’ antara ibubapa dan anak-anak
✔Menggalakkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak

Selain itu, giant jigsaw puzzle ini terdiri daripada :

✔Material yang amat berkualiti, tidak mudah rosak jika terkena air
✔Tahan lama dan boleh digunakan berulang kali
✔Ilustrasi dan gambar yang berwarna-warni, terang, jelas dan menarik
✔Disertakan dengan kotak seakan-akan suitcase supaya mudah disimpan semula dan mudah dibawa ke mana-mana

Tambahan TIP :

✔Bagi puzzle bertajuk alphabet dan Numbers, setiap kepingan boleh juga digunakan sebagai kad imbas (flash card).

Setiap keping puzzle ini bersaiz 8cm x 9cm. Selepas siap dicantum, saiznya lebih kurang 51.5cm x 36.5cm. Macam saiz kertas A3. Besar, kan?

Harganya RM20 untuk sebuah kotak. Boleh kongsi dengan kawan-kawan ofis atau tempat kerja, boleh jimat kos pos πŸ˜ŠπŸ‘

Nak dapatkan jigsaw puzzle yang best ini? Klik nombor di bawah. Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 27 Mac 2018

Pak Su


Alhamdulillah, perjalanan yang panjang sepanjang cuti sekolah ini. Allah jua yang memberi izin semuanya berlaku dan berjalan dengan baik.

Ia umpama percutian keluarga yang sudah dirancang sejak tahun lalu. Kami belum pernah bercuti bersama. Apatah lagi semua sudah berkeluarga, biasanya hanya mak dan ayah yang akan pulang ke kampung. Kali ini, ada anak, menantu dan cucu mengiringi.

Bertemu dengan Pak Su yang istimewa, usianya juga sudah menginjak ke-40 tahun. Subhanallah! Saya berdoa moga Allah ganjari kebaikan sebaiknya buat Pak Su dan ahli keluarga yang menjaganya.


Pak Su sudah semakin memahami bahawa anak-anak buahnya dari Melaka ini semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. 

Jika awal perkahwinan kami dahulu, Pak Su akan marah bila kami duduk sebelah suami masing-masing. "Haram tu, haram. Perempuan tak boleh duduk dengan lelaki." Subhanallah, beliau sungguh peka dengan ikhtilat.

Apabila tiba waktu solat, dia sudah bersedia dengan sejadah dan menghadap kiblat. Dia solat dengan caranya. Adakala dua rakaat, adakalanya satu rakaat. Jika ada kesempatan, barulah dapat ikut ayah atau ahli keluarga lain ke masjid untuk solat berjemaah.

Anak-anak Sindrom Down ini memang comel sahaja gelagatnya. Sungguh pun sudah dewasa, perangai keanak-anakan itu memang tetap ada. Selalu juga dia menangis - teringat kisah lama, apabila merasakan orang tidak berbual dengannya, berlakon, berangan, sedih dan sebagainya.

Segak dengan spec baru πŸ˜‰

Dan, apabila mahukan sesuatu, dia mahukan waktu itu juga. Makcik bercerita yang dompet Pak Su telah koyak / rosak, jadi dia mahukan dompet yang baru. Disebabkan kekangan waktu, pakcik dan makcik tak sempat ke kedai menggantikan yang baru.

Tahu apa tindakannya?

Pak Su buang dompetnya ke dalam bakul sampah.

Aduhai Pak Su. Sabar sahajalah πŸ˜… 

Doakan kami ya Pak Su. Pak Su dah memang ahli syurga. Kami ini entah bagaimana agaknya..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 26 Mac 2018

Apabila terjaga di tengah malam..


Semasa kuliah maghrib bulanan Februari lalu, Dr Ust Umar Muhammad Noor ada berkongsi satu perkara yang boleh kita lakukan tatkala terjaga di tengah malam.

Rupanya ada sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam yang boleh kita amalkan.

Amalan bila terjaga dari tidur :

Dari ‘Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

Ω…َΩ† ΨͺَΨΉΨ§Ψ±َّ Ω…Ω† Ψ§Ω„Ω„ΩŠΩ„ فقال: Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ وَΨ­ْΨ―َΩ‡ُ Ω„Ψ§ Ψ΄َΨ±ِيْΩƒَ Ω„َΩ‡ُ، Ω„َΩ‡ُ Ψ§Ω„ْΩ…ُΩ„ْΩƒُ ΩˆΩ„Ω‡ُ Ψ§Ω„ْΨ­َΩ…ْΨ―ُ ΩˆΩ‡ُوَ ΨΉΩ„Ω‰ ΩƒُΩ„ِّ Ψ΄َيْΨ‘ٍ Ω‚َΨ―ِيْΨ±ٌ، Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―ُ Ω„Ω„Ω‡ِ، ΩˆΨ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†َ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ، ΩˆΩ„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ، ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ£َΩƒْΨ¨َΨ±ُ، ΩˆΩ„Ψ§ Ψ­َوْΩ„َ ΩˆΩ„Ψ§ Ω‚ُوَّΨ©َ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ¨ِΨ§Ω„Ω„Ω‡ِ، Ψ«Ω… Ω‚Ψ§Ω„: Ψ§َΩ„Ω„ّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْ Ω„ΩŠ – أو Ψ―ΨΉΨ§ – Ψ§Ψ³ΨͺُΨ¬ِيبَ Ω„Ω‡، فΨ₯Ω†ْ Ψͺوآأ ΩˆΨ΅Ω„Ω‰ Ω‚ُΨ¨ِΩ„Ψͺْ Ψ΅Ω„Ψ§ΨͺُΩ‡

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca :

*Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ وَΨ­ْΨ―َΩ‡ُ Ω„Ψ§ Ψ΄َΨ±ِيْΩƒَ Ω„َΩ‡ُ، Ω„َΩ‡ُ Ψ§Ω„ْΩ…ُΩ„ْΩƒُ ΩˆΩ„Ω‡ُ Ψ§Ω„ْΨ­َΩ…ْΨ―ُ ΩˆΩ‡ُوَ ΨΉΩ„Ω‰ ΩƒُΩ„ِّ Ψ΄َيْΨ‘ٍ Ω‚َΨ―ِيْΨ±ٌ، Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―ُ Ω„Ω„Ω‡ِ، ΩˆΨ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†َ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ، ΩˆΩ„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ، ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ£َΩƒْΨ¨َΨ±ُ، ΩˆΩ„Ψ§ Ψ­َوْΩ„َ ΩˆΩ„Ψ§ Ω‚ُوَّΨ©َ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ¨ِΨ§Ω„Ω„Ω‡ِ*

[ *Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syain qodiir. Alhamdulillah wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah*] Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, kemudian dia mengucapkan:

*Ψ§َΩ„Ω„ّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْ Ω„ΩŠ*

“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan *dikabulkan doanya*, jika dia berwudhu' dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya”

Suatu ketika, si adik suka sangat mengusik kakak yang sudah lena.

Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari (no. 1103), Abu Dawud (no. 5060), at-Tirmidzi (no. 3414) & Ibnu Majah (no. 3878).

Seingat saya, inilah juga hadis yang beliau ulang di dalam beberapa karya beliau.

Hadis ini membuatkan saya terdiam muhasabah diri. Memang sejak ada baby, diri selalu terjaga di tengah malam kerana bangun menyusukan anak.

Subhanallah. Selain tuntutan memenuhi keperluan anak, saya kira ia sebenarnya reminder Allah atau bantuannya kepada ibu menyusu ini untuk dapatkan pahala beribadah yang sama seperti orang lain.

Umum diketahui, ibu yang ada anak kecil seringkali sibuk menguruskan anak-anak. Sehingga pada satu tahap terasa seperti tidak sempurna ibadah wajib yang dilakukan.

Solat dalam keadaan bimbang, anak menangis terjerit-jerit, anak bergaduh, merangkak keluar bilik, masukkan sesuatu ke dalam mulut, memanjat dan 1001 rasa lagi.

Astaghfirullah. Moga Allah beri kesabaran, kelapangan hati dan waktu buat ibu-ibu menunaikan ibadah fardu dan sunat.

Insya Allah. Tulis semula hadis ini dan tampalkan doa di tempat yang mudah dilihat πŸ‘

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 22 Mac 2018

Innalillah


Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Di kala sedang berada jauh di utara semenanjung, mendapat dua perkhabaran duka hari ini. Seorang ahli kariah meninggal dunia dan seorang lagi sahabat rapat kehilangan bayi yang dikandung baru mencecah usia 15 minggu.

Semoga kedua-duanya (dan keluarga) sabar dan tabah menghadapi ujian-Nya.

Insya Allah, semuanya dalam pengetahuan DIA. Moga Allah beri yang terbaik.

Teringat saya pernah missed miscarriage semasa awal perkahwinan dahulu. Gugur juga air mata. Tetapi saya sedar hakikatnya Allah beri yang terbaik buat hamba-Nya.

Dan saya bersyukur tika itu kerana saya merasakan diri saya masih keanak-anakan.

Tahun berikutnya saya sudah memasuki alam pekerjaan, Allah beri ilham untuk mencari ilmu tentang kehamilan, penjagaan bayi, psikologi anak, adab dan didikan cara Islam dan senarai berterusan.

Maka insya Allah saya lebih bersedia pada kandungan seterusnya.

Namun, suami turut menjadi penyokong tegar. Jika ada yang sebaliknya, saya doakan agar ibu-ibu ini diberi kesabaran luar biasa oleh Allah. 

Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 21 Mac 2018

Mencari idea aktiviti anak-anak? Buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran jawapannya!


Buku ini telah terbit di penghujung tahun lepas (November 2017). Sejujurnya saya sangat menghargai buku ini kerana ia menambah satu lagi koleksi yang baik buat panduan ibu ayah dan anak-anak.

Ada lebih 70 aktiviti berpandukan al-Quran dikongsikan langkah demi langkah. 

Oh ya, ia bukanlah spesifik kepada sesuatu surah tetapi mengambil beberapa ayat tertentu lalu diterjemahkan kepada aktiviti yang bersesuaian dengan anak-anak usia 4 hingga 10 tahun.

Lihat kandungan buku ini, banyak idea kreatif yang boleh dibina bersama anak-anak. Jadi jika tiada idea, bolehlah tinjau-tinjau isi di dalam buku ini πŸ’ͺ



Sebenarnya, pendekatan bercerita adalah teknik yang berkesan menanam minat dan pengetahuan baru kepada anak-anak. 

Gunakanlah masa-masa tertentu seperti selepas anak mandi, ketika mood anak tenang atau sebelum anak-anak tidur. Pada masa sebelum anak tidur, gelombang minda berada dalam fasa alfa. Iaitu fasa di mana anak mudah menerima saranan-saranan yang baik dan akan tersimpan di bawah minda sedar.

Selain teknik bercerita, buku ini turut berkongsi aktiviti bertemakan alam, permainan, projek / sains dan seni. Wah, menarik! Raikan anak-anak dengan dedahkan kepada pelbagai bentuk aktiviti.



Apa lagi kelebihan buku ini?

✔ Cadangan link youtube berkaitan (untuk beberapa aktiviti)
✔ Ada dialog membantu ibu mulakan sesi. Jadi ada idea nak mulakan sesi aktiviti dengan anak-anak πŸ˜‰


✔ Ada ibrah / pengajaran. Jadi tak perlu susah-susah nak fikir πŸ˜…


✔ Dinyatakan manfaat aktiviti.
✔ Ha, ini best. Ada gambar sebenar aktiviti. Jadi kita dapat gambaranlah nak buat macam mana.

Dengan kualiti yang ada pada buku ini, saya kira berbaloi dapatkannya dengan harga RM35.00 sebuah.

Jom, bersama-sama anak mencipta MEMORI di samping belajar benda baharu dan memupuk semangat cintakan al-Quran πŸ’“

Kredit gambar : Pn Kamalia

Nak dapatkan buku ini? Boleh hubungi nombor : www.wasap.my/60133613516/70AktivitiCintaAQ
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 20 Mac 2018

Kit Seronok Membaca


Anak ketiga dalam fasa mula belajar membaca. Namun usianya masih kecil jadi saya hanya ajar secara santai.

Ya, banyak sekali pendapat dan kajian sebahagian pakar mengatakan kita tidak boleh memaksa anak belajar membaca.

Bagi saya, usia di bawah 6 tahun memang fasa anak-anak menyerap segala info yang mereka dapat. Namun, gunakan ruang masa yang ada dan kreativiti ibu ayah dalam mendidik anak-anak. 

Jangan biarkan masa emas anak berlalu begitu sahaja.

Nak main, silakan.
Nak menulis, latihkan.
Nak mengaji, ajarkan.
Nak membaca, tunjukkan.

Tetapi mengikut kemampuan anak.

Asma', berusia 3 tahun 7 bulan Mac ini. Saya cuba menarik minatnya dengan mengajar huruf melalui aktiviti lacing, bermain doh, jigsaw puzzle, memanjat dan sebagainya.

Aktiviti bertema juga dibuat tidak konsisten. 

Saya tertarik dengan kaedah fonik. Selain buku Bacalah Anakku, saya turut menggunakan buku latihan Fonetik Ekspres 1 dan 2.

Kali ini saya cuba approach dengan Kit Seronok Membaca. Sebab ada lebih 4 aktiviti di dalamnya. Playdoh pun ada! Memang favourite anak-anak.

1) Buku Aktiviti Membaca

- Tebal buku ni. Saiz A5. Lihat dalamnya. Diperkenalkan huruf (kecil), pengenalan perkataan berkaitan dan ada 2 muka surat latihan.


2) Playdough

- Disertakan 3 botol mini playdough untuk aktiviti membentuk huruf. Tekstur yang lembut, sedikit kenyal dan paling penting tidak melekit! Ummi pun syok main doh ni πŸ˜…


3) Menampal gambar dengan sticker.

- Ada 30 keping sticker untuk aktiviti di dalam buku aktiviti. Ada ruang disediakan. Kita boleh minta anak sebut dan tampal dalam ruang latihan yang betul.


4) Templat kad menulis.

- Dengan gambar dari Buku Aktiviti, anak boleh belajar menulis dan mengecam perkataan.


5) Surih huruf.

- Boleh mantapkan kemahiran menulis anak dalam buku aktiviti.


6) Buku Panduan

- Khusus untuk ibu bapa dan guru yang akan mengajar anak-anak.

Alhamdulillah, semoga anak-anak ini mendapat manfaat dari Kit Seronok Membaca. Ummi ni pun tumpang teruja. Hehe.

Dengan harga RM30 untuk sebuah kit begini memang berbaloi bagi saya. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 19 Mac 2018

Pahala seorang perempuan


Pesanan orang tua-tua dahulu. Masih lagi relevan :

Suami nak keluar rumah, mesti makan dulu apa yang ada di rumah. Paling tidak, teguk air dulu di rumah.
Jangan tinggalkan rumah tak jamah rezeki yang ada di rumah.
Kita jadi isteri, bukan susah nak dapat pahala.
Jaga suami, jaga anak.
Buat dengan ikhlas.
Dapat pahala. Allah bagi pahala.
Tapi nak dapat dosa pun senang. Orang perempuan ni memang banyak nak kena jaga.

Kredit : Kak Fida

Tambahan sedikit, :


Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661)


Allahu Allah. Terima kasih atas nasihat dan peringatan pagi ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tadabbur Surah An-Naml ayat 15 - 19


Berpandukan buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran, kami memilih kisah Nabi Sulaiman dengan Semut. Sebenarnya ia kisah yang panjang jika bermula dari ayat 15 hingga ayat 27 di dalam surah An-Naml. 

Kisah semut bersambung dengan kisah Burung Hud-hud melaporkan tentang kerajaan Puteri Balqis.

Untuk sesi kali ini, kami memilih kisah semut sahaja.

Anak membacakan ayat dan terjemahan Surah An-Naml ayat 15 hingga 19.


Lalu diterangkan serba sedikit dan kami lihat video fakta semut. Sukalah anak-anak bila tiba "screen time".

Ada beberapa fakta semut :

✔ Semut hitam tiada sengat.
✔ Semut ada 2 perut.
✔ Semut tidak tidur.
✔ Semut boleh bawa barang yang beratnya 50 kali ganda dari berat mereka.

Aktiviti melukis dan mewarna dipilih oleh anak-anak. Kali ini saya bimbing mereka buat kelainan sedikit pada bunga dan rumput. 


Meskipun kecil sahaja kraf ini, tapi mereka seronok jadikan bunga dan rumput seperti bentuk 3D. 


Insya Allah, akan ada lagi sesi tadabbur selepas ini. Saya tidak begitu pandai menerangkan kepada anak-anak. Sebelum sesi ini, perlu baca dahulu buku tafsir, bertanya suami dan merujuk ilmuwan yang berkelayakan.


Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 18 Mac 2018

Belajar Info Al-Quran dengan X-plorasi Surah Al-Quran


Sesi tadabbur kali ini saya ambil idea Pn Khadijah Gani, penulis buku Bukan Sekadar Homeschooling. Salah satu usaha menarik minat anaknya mengaji al-Quran ialah menggunakan buku X-plorasi Surah Al-Quran. 


Anak-anaknya tekun membaca sebuah surah semata-mata ingin mencari maklumat berdasarkan fakta yang dibaca dari buku itu. Masya Allah.

Ternyata, untuk anak yang sudah boleh memahami, mereka jadi minat dan tekun membuat kerja dengan sukarela.

Hari ini kami melihat info pembahagian di dalam al-Quran iaitu :

✔ Juzuk - ada 30 yang disusun oleh para ulama.
✔ Hizb - separuh juzuk. Ada simbolnya di tepi muka surat. Bermakna :

1 juzuk ada 2 hizb.
1 al-Quran ada 66 hizb.

✔ Rubuk - simbolnya saya panggil bunga sebab bercabang seperti bunga πŸ˜‰ Maksud rubuk ialah suku. 

1 hizb - 4 suku.

✔ Rukuk - simbolnya seperti huruf 'ain. Rukuk ini ialah pembahagian ayat berdasarkan topik atau isu dalam sesuatu surah.

✔ Manzil - al-Quran dibahagikan kepada 7 bahagian sama banyak.. Biasanya memudahkan orang yang membaca al-Quran untuk dikhatamkan dalam masa 7 hari. Wallahualam.

Untuk lebih jelas, boleh lihat gambar di bawah.




Untuk aktiviti, saya tunjuk ajar anak membuat sebuah buku mini dari sekeping kertas A4. Teringat kepada pensyarah saya di Maktab dahulu. Cik Meskinah yang mula-mula memperkenalkan cara ini. 

(Sungguh, saya rindu zaman belajar. Para pensyarah Pendidikan Khas sangat banyak ilmu yang dapat menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Moga Allah berkati mereka semua.)

Khaulah memilih corak belon panas untuk hiasan dalam buku lalu dituliskan kesemua info al-Quran tadi.



Nampak senang tetapi mengambil masa untuk disiapkan 😊 


Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 17 Mac 2018

Selesai sudah 10 Hari Cabaran Kembara Buku Bergambar

Alhamdulillah telah selesai cabaran 10 hari bacakan anak buku bergambar. Ada 2 lagi buku saya belum reviu.

Insya Allah akan berkongsi nanti. Anak-anak buah sudah mula balik kampung. Jadi anak-anak banyak aktiviti. Esok pun kami akan mula bermusafir.

Doakan ya. Selamat bercuti semua.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015