Khamis, 28 Julai 2016

5 tip menanam minat membaca kepada anak


Pertama, kita harus menumbuhkan minat membaca dalam diri anak sebelum mengajarnya membaca. Bagaimana caranya? 

Kita sudah boleh bacakan buku kepada bayi sejak lahir lagi. Ini kerana pada masa ini semua sistem di otaknya sedang berkembang pesat. Sebab itulah ada yang menggelarnya usia emas anak.

Saya syorkan kita sama-sama membaca buku Membuat Anak Gila Membaca yang ditulis oleh Ustaz Mohammad Fauzil Adhim. Saya beli buku ini dari Pesta Buku Islam Indonesia tahun lalu. Namun, di sini juga sudah banyak dijual :)

Suka untuk saya berkongsi  tip dari penulis cara menanamkan  minat membaca dalam diri anak sedari kecil.





Mulakan membuat rutin membaca bersama anak setiap hari selama 10 - 15 minit

Anak sangat suka mendengar kita bercerita. Apatah lagi jika ditambah dengan intonasi suara yang pelbagai.

Ada banyak jenis buku - buku kain, buku lembut, buku berkulit keras dan sebagainya. Berilah ikut kesesuaian umur anak.

Pilih buku yang berunsur keagamaan, berunsur teladan dan membina imaginasi anak

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 27 Julai 2016

Mendidik Anak


* Gambar : Koleksi peribadi penulis

Sesekali di tempat kerja, rakan-rakan berbual tentang anak masing-masing, ada banyak ilmu baru diperolehi dari ibu-ibu ini. Adakalanya perkara kecil tetapi memberi impak besar kepada pendidikan anak-anak.

Kebanyakan rakan mengadu perihal anak nombor dua yang berbeza dengan anak sulung. Jika yang masih kecil, sekitar usia tiga ke empat tahun, tidak boleh duduk diam dan mahu mengikut apa yang ibu ajar berbanding yang sulung. Memang pada usia ini tidak sesuai diajar membaca secara berfokus kerana tahap mereka belum sampai.

Namun, saya suka mendengar pendekatan yang diambil oleh rakan-rakan dalam mendidik anak. Ada seorang ibu ini jadual hariannya sangat sibuk kerana tempat kerja yang jauh ditambah lagi dengan rutin mengambil anak di sekolah berlainan. Maka, dia bijak menggunakan masa berada di dalam kereta dengan menyediakan kad-kad imbas dan ditampal pada cermin kereta ;) Pembelajaran secara tidak langsung ini memang membantu kerana selepas satu jangka masa anaknya dapat menghafaz beberapa surah, mengenal perkataan asas bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Di waktu yang lain, ibu ini suka berdoa secara kuat dan memegang kepala anaknya. Hingga saat ini, anak-anaknya sendiri akan meminta ibu mereka mendoakan mereka.

Ada juga ibu yang mengajar anak apabila membuat kesilapan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah beristighfar. Dalam apa jua perkara, dahulukan Allah barulah manusia. Sehingga kini pun, jika si ibu tersilap, anak-anaknya akan cepat mengingatkan "Ummi, ummi cepat istighfar." Subhanallah, hebatnya didikan tauhid yang diterima anak-anak ini meresap masuk ke jiwa mereka.

Seorang rakan yang lain juga mengadu anaknya sukar duduk diam dan fokus tetapi banyak sisi kelebihan anak yang dapat dilihat. Misalnya, anak keduanya ini petah berkata-kata. Ada sahaja butir percakapannya yang membuatkan si ibu startled. Hehe...teringat pula anak saya yang kedua. Perangai lebih kurang sama ;)

Paling saya terkesan dengan didikan seorang rakan yang mengajar anaknya adab makan dan tertib menjaga kebersihan. Waktu itu kami sama-sama menghadiri sebuah seminar, Ketika kami berada di ruang hadapan, si anak duduk di bahagian belakang untuk makan. Diam-diam suami saya memerhatikan anak kecil itu (umurnya sekitar 2 tahun 6 bulan). 

Anak itu membuka bekas makanan, menyudu makanan ke mulut tanpa tumpah dan selepas selesai makan membersihkan tempat makannya dan menyimpan semula bekas ke dalam plastik. Masya Allah. Malu saya dengan anak itu. Anak saya pun masih tumpah makanannya jika makan sendiri.

Salute dengan ibu-ibu ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 25 Julai 2016

Sesi Bercerita : Sombong Membawa Rugi


Hari berkerja memang hari yang sibuk dan memenatkan. Namun saya akui, surirumah lebih penat kerana kerja mereka tidak habis-habis.

Jadual anak-anak sehari-hari memang ditumpukan kepada mengaji al-Quran / Iqra', tasmik hafazan, Mental Arithmetic dan bercerita. Yang sulung sedang menghafaz Surah 'Abasa dengan kaedah al-Huffaz (1 hari 1 ayat) dan hari ini masuk ayat ke-31. 

Ada baiknya mengikuti kaedah ini kerana saya juga sama-sama belajar dan menghafaz dengannya. Kebaikan kedua ialah, anak nombor dua dapat mengikuti dengan baik meskipun tidak terlalu fokus jika diminta mengaji Iqra' ^_^;

Untuk sesi bercerita kami biasanya lakukan bersama pada waktu malam (sebelum tidur) tetapi akhir-akhir ini tidak kira masa pula. Bergantung kepada permintaan anak. Seminggu ini kegemaran mereka memanglah pada sebuah buku sahaja.

Buku bertajuk Sombong Membawa Rugi. Terbitan ITBM (Institut Terjemahan Buku Negara). Buku ini hanya berharga RM3 ketika dibeli semasa jualan Buku Raya ITBM ramadan lalu. Sangat berbaloi!




Bukunya berilustrasi menarik, berwarna-warni penuh, kertas jenis licin (glossy paper) dan ada unsur pengajaran yang dapat diolah. Ceritanya mengenai 2 ekor ulat beluncas bernama Kiki dan Nini yang dicemburui oleh seekor lagi ulat beluncas yang cantik bernama Jiji. Mungkin kerana Kiki dan Nini bersahabat baik dan salah seekornya tidak cantik.

Namun berkat sabar, Kiki dan Nini berhasil menjadi rama-rama yang cantik. Namun masih dicemburui oleh Jiji. 

Pada suatu hari mereka bersiar-siar dan mencari makan di taman, Jiji ditangkap oleh kanak-kanak yang nakal dan dimasukkan ke dalam botol kaca. Kiki dan Nini tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka semua terbang menyelamatkan diri.

Saya kaitkan cerita ini dengan lagu rama-rama yang dipelajari ketika kecil dahulu. Jika cari di YouTube pasti banyak video lagu tersebut.


Dari ulat jadi kepompong 
Tidur nyenyak dalam kelongsong 
Sampai masa kepompong pecah 
POM! 
Jadilah rama-rama yang indah. 
Rama-rama terbang merata 
Sungguh cantik aneka warna 
Hisap madu di taman bunga 
Tapi sayang hidup tak lama.

Itu sahaja lirik yang saya tahu. Namun hari ini saya dapati ada sambungannya.


Begitulah hidup manusia 
Pada Allah kita berdoa 
Agar jadi insan mulia 
Tapi sayang hidup tak lama.
Mungkin sebab inilah mereka asyik mahu mengulang cerita yang sama sebab suka nyanyi lagu ini ;)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 24 Julai 2016

Buku cerita : Water Droplet Obeys Allah


*Sumber gambar : Koleksi peribadi Aina Dayana Hilmi*

Water Droplet Obeys Allah 💧
Penulis : Shahbatun Abu Bakar dan Nordin Endut

Sebuah buku yang menceritakan setitis air yang taat kepada perintah Allah.

Cerita ini diolah bersumberkan al-Quran dan ada dinyatakan di awal buku.

KEISTIMEWAAN BUKU :

💟 Disertakan sumber rujukan Al-Quran. Misalnya muka surat 2 dan 3 adalah berdasarkan surah :

Surah Fussilat ayat 37
Surah Nuh ayat 16
Surah An-Naba' ayat 13
Surah Ash-Shams ayat 2

Sangat menginspirasikan!





💟 Ada panduan untuk ibu bapa bagaimana menggunakan buku ini.



💟 Ada lampiran aktiviti untuk anak

💟 Sesuai untuk anak berusia 4 tahun ke atas




💟 Ilustrasi menarik, berwarna-warni 👍🏻





💟 Kertas jenis glossy paper

💟 Tulisan sederhana besar




💟 Bahasa mudah difahami

💟 Sangat bagus untuk menerapkan akidah dalam diri anak-anak

💟 Harga hanya RM6.90 sebuah🌟

Jom, bacakan buku / hadiahkan buku kepada anak anda! Jadikan ia sebagai satu tabiat. Make it a habit 😊

Berminat, boleh hubungi saya di 013-3613516 😃

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 23 Julai 2016

7 Aktiviti Awal Melatih Kanak-kanak Menulis


Baik, ini adalah sambungan daripada entri Ulasan Buku : Melatih Kanak-kanak Menulis.

Saya ingin berkongsi cadangan penulis (Dr Surayah Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah) di dalam entri ini. Kita mungkin sudah biasa buat tetapi sengaja mahu tulis di sini supaya dapat menjadi rujukan pada masa akan datang. Manalah tahu, bukan?

1. Mewarna


* Alat yang boleh digunakan seperti warna air, krayon, pensil warna, finger paint dan thumb print.
* Palette boleh digantikan dengan bekas telur yang diperbuat daripada plastik. Lebih jimat :)
* Bagi usia 2 tahun, alatan mewarna yang digunakan bersaiz jumbo dan tidak bertoksid. Boleh dilihat pada kotak.
* Bagi usia 4 tahun, gambar lukisan haruslah besar supaya kanak-kanak bebas menggerakkan tangan semasa mewarna.



2. Pemilihan gambar mengikut umur 


* Bagi usia 4 tahun, gambar besar dan jika boleh menggunakan gambar persekitaran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak ini.
* Biasanya menggunakan satu warna sahaja.
* Usia 5 tahun boleh beri dua atau tiga objek dalam satu gambar. Warna juga boleh berfokus dengan saiz sederhana.
* Usia 6 tahun, sudah boleh menggunakan gambar yang lebih kecil dan mempunyai 3 hingga 5 objek berfokus.


3. Melukis / melakar

* Aha, ini kanak-kanak suka buat, kan? Kadang-kadang dinding juga jadi port kegemaran ;)

4. Menggunting

* Ikut tahap umur.
* 0 hingga 2 tahun menggunakan gunting yang ringan, diperbuat daripada plastik, hujung tidak tajam dan digunakan untuk menggunting kertas.
* 2 hingga 4 tahun masih sama cuma gunting boleh diperbuat daripada plastik atau besi.
* Usia 5 hingga 6 tahun sudah boleh menggunakan gunting daripada besi dan boleh menggunting kertas dan kain.




5. Menampal dan mengoyak

* Kolaj daripada bijirin, kertas warna atau bahan buangan pensel warna merupakan idea yang menarik yang boleh digunakan dalam aktiviti.
* Sesekali saya menggunakan tisu sebagai alternatif :)



6. Melipat

* Aktiviti ini sinonim dengan origami. 
* Boleh buat carian di internet dengan kata kunci "origami for kids", "simple origami for kids" dan seumpamanya. Banyak sangat sumber yang boleh dibuat rujukan.


7. Menguntai

* Dalam bahasa Inggeris dipanggil "lacing".


* Boleh gunakan bahan terpakai seperti kotak bijirin, kotak tisu atau kotak barang. Jimat lagi :)

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 22 Julai 2016

Ulasan Buku : Melatih Kanak-kanak Menulis



Gambar : Koleksi peribadi


Sumber gambar : Edumall.com.my
Dalam banyak-banyak ilmu, saya akui saya kurang pengetahuan bagaimana mengajar anak menulis. Usia berapakah sesuai diajar menulis? Bagaimana cara yang betul ajar anak memegang pensel? Adakah kemahiran ini tidak perlu saya tekankan? Bagaimana teknik pengajaran yang betul supaya tulisan anak menjadi kemas dan cantik?

Alhamdulillah, baru-baru ini terjumpa sebuah buku bertajuk Melatih Kanak-kanak Menulis oleh Dr Surayah Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah Rejab yang diterbitkan oleh ABS. Saya terus tertarik membelinya.






Buku ini bersaiz besar dan mengandungi dua bahagian.

Bahagian 1 mengandungi topik Tulisan dan Kanak-kanak.



* Kepentingan tulisan
* Perkara yang mempengaruhi  tulisan
* Kemahiran tulisan kanak-kanak mengikut umur
* Peringkat-peringkat dalam tulisan kanak-kanak
* Peringkat awal tulis
* Peringkat tulisan 
* Cara mengajar tulisan
* Kesilapan tulisan yang sering ditemui dan cara memperbaikinya



Bahagian 2 mengandungi Contoh-contoh aktiviti.

* Contoh aktiviti mewarna - menggunakan pensel warna /krayon / warna air
* Mewarna menggunakan finger paint
* Contoh aktiviti melukis / melakar
* Contoh aktiviti menggunting
* Contoh aktiviti menampal dan mengoyak
* Menyusun dan menampal dari atas ke bawah
* Susun dari kiri ke kanan
* Contoh aktiviti melipat
* Contoh aktiviti menguntai
* Contoh lain-lain aktiviti







Setiap satu dikupas dengan baik dan diberi contoh supaya kita mudah faham dan dapat aplikasikan kepada anak-anak. Peringkat umur tertentu mempunyai aktiviti yang berbeza meskipun kita boleh memberi bentuk yang hampir sama kepada anak-anak kita yang berlainan usia.

Saya tertarik pada bahagian memperkenalkan kemahiran menggunting kepada anak. Saya akui saya antara ibu yang takut memperkenalkan gunting kepada anak. Rupanya seawal usia 2 tahun sudah boleh mengajar anak kemahiran menggunting. Pastikan gunting yang digunakan bersaiz kecil, ringan, diperbuat daripada plastik, hujung tidak tajam dan digunakan untuk menggunting kertas sahaja.




Begitu juga dengan usia 2 hingga 4 tahun. Cuma gunting yang diberi boleh diperbuat daripada plastik atau besi. Manakala pada usia 4 hingga 6 tahun gunting yang digunakan boleh bersaiz sederhana besar, diperbuat daripada besi dan boleh digunakan untuk menggunting kertas / kain.



************************

Harga buku RM45.00. Kos penghantaran pos laju Semenanjung ialah RM14.00, Pos laju ke Sabah RM22.00 dan ke Sarawak RM19.00. Berminat, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah. Terima kasih :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 21 Julai 2016

Buku Bahasa Arab : كتاب



Buku cerita untuk pembaca awal Bahasa Arab. Saya bina untuk bacaan anak-anak. Jika ada kesalahan mohon maklumkan kepada saya. Terima kasih :)



Boleh muat turun di sini :


Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 20 Julai 2016

Ulasan buku : Bukan Ibu Biasa


Tiada orang yang terus menjadi ibu yang hebat. Ilmu keibubapaan bukanlah datang secara natural sepenuhnya sebaliknya harus dipelajari.

Membaca pengalaman orang lain mampu memberi kita ilmu baru meskipun fasa yang dilalui mungkin hampir sama. 

Buku Ibu Bukan Biasa ini ditulis oleh Ummu Balqis, seorang ibu dari Indonesia yang berkongsi pelbagai rasa dan pengalamannya membesarkan anak-anak.

Ada pelbagai fasa dikongsikan. Bermula saat kehamilan, melahirkan, menyusui anak, melatih anak ke tandas (potty training), melatih anak membaca al-Quran, menghafaz, menumbuhkan keyakinan diri dalam diri anak, berdikari, mendidik anak tentang kebersihan, dan senarainya berterusan.

Banyak juga ilmu baru diperolehi sepanjang pembacaan. Insya Allah mahu diaplikasikan bersama anak-anak.

Antara tip yang saya ingat ialah memperkenalkan anak kepada adik yang bakal lahir. Sejak awal kehamilan lagi, ibu perlu libatkan anak yang ada supaya dia tahu akan kewujudan adiknya dan mendidik anak menyayangi adik yang bakal lahir.

Kedua, terkesan dengan tindakannya mencari punca kelewatan pertuturan anaknya. Setelah diteliti dan dibawa berjumpa doktor, ternyata rahang mulut anaknya lemah ekoran ibu ini banyak memberi makanan bertekstur lembut sahaja kepada anak sehingga usia 1 tahun 5 bulan.

Rupanya, apabila tiba waktu, anak sudah boleh diberi makanan bertekstur keras sedikit dan ini dapat melatih rahang seterusnya membantu si anak untuk bertutur. 

Benar

mengasuh bukan mengeluhmendidik bukan mengherdik
:)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 19 Julai 2016

9 Tip Galak Anak Solat


1.  Amalkan doa :




2. Buka siaran televisyen atau radio yang mengumandangkan azan apabila tiba waktu solat. 

3. Letakkan anak berhampiran semasa kita solat. 

4. Galakkan anak solat bersama-sama.



5. Bawa anak solat berjemaah di masjid (jika bersesuaian)
- Cari masjid yang mesra kanak-kanak :)
- Kami bawa anak seawal usia bagi membiasakan dirinya dengan keadaan di surau atau masjid. Alhamdulillah, mereka lebih tenang dan faham bahawa ini tempat beribadat. Tidak boleh mengganggu jemaah yang datang solat ke sini.


6. Bercerita mengenai solat, kelebihan dan lain-lain.
- anak-anak lebih mudah mendengar melalui kaedah bercerita (story telling).

7. Khususkan pakaian solat untuknya.
- Belikan telekung, songkok, baju melayu atau jubah dan sejadah khas untuknya solat. Anak pasti gembira kerana memiliki barang sendiri.


8. Menziarahi masjid.
- Biasanya keluarga kami akan rancang trip ke sesuatu tempat dan singgah di masjid negeri berkenaan. Misalnya, Masjid Negeri Shah Alam.
- Anak-anak teruja melihat keindahan dan kebesaran masjid di situ.
- Mereka melihat ramai orang solat berjemaah dan mereka sendiri rasa seronok untuk solat.


9. Paling penting, ibu bapa menjadi role model!
- Kitalah orang pertama menyahut seruan azan.
- Kitalah orang pertama mendirikan solat apabila masuk waktu.
- Anak akan melihat contoh terbaik di hadapan mata.
- Insya Allah, dia akan mengikut jejak langkah anda :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015