Rabu, 31 Ogos 2016

Busy Bag Asma'



Asma' sudah menginjak ke usia dua tahun. Baru-baru ini keluarkan semula bahan-bahan kraf yang ada. Alhamdulillah, dapat buat empat jenis bahan. 

Faktor usia agaknya.. saya ambil masa yang sangat lama untuk siapkan bahan ini (",)

Masa Khaulah dulu memang beria-ia membuat busy bag. Bila masuk anak ketiga, langsung tak buat. Opsss.. sebab busy bag Khaulah masih ada lagi :) 


1. Padanan gambar dengan bayang. 

- Melatih pengecaman dan logik anak.


2. Padanan warna.

- Sepit ini beli di Kaison. 
- Kad ini buat sendiri sahaja. Laminate untuk tahan lama. 
Asma' masih terkial-kial nak menyepit. Mungkin kerana saiznya terlalu kecil ;)


3. Lacing card

- Bahasa Melayu kita panggil menguntai.
- Foam bentuk epal ini saya beli dari kawan (Facebook : Izzaty Khalil). Sudah lupa berapa harganya.


4. Shape button

- Gunting pelbagai bentuk menggunakan kain felt.
- Bagus melatih kemahiran motor halus. Asma' masih bertatih bermain bahan ini. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi  | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi  | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 30 Ogos 2016

Kraf anyaman


Baru-baru ini ternampak beberapa posting yang berkongsi kraf anyaman di Facebook. Idea yang sangat menarik dan kreatif.

Buat bersama anak. Di rumah ada lebihan kertas kad manila dan majalah terpakai. Guna sahaja apa yang ada.

Dengan Abdullah Naufal, dia memilih untuk membuat kura-kura. Manakala Khaulah memilih untuk membuat ikan. Asma' pun mahu juga tetapi fokusnya banyak lari :)

Sedang menganyam

Hasilnya
Cubaan pertama menganyam.

Tangannya agak keras tetapi usaha boleh dipuji kerana jarang dia mahu duduk diam dalam jangka masa yang lama :)

Kura-kura 
Di sini saya kongsikan antara gambar kraf yang didapati dari Facebook :




















Selamat mencuba!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi  | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi  | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 27 Ogos 2016

Semalam di Kamar Bersalin


Setiap orang mahukan yang terbaik semasa mengandung dan melahirkan. Tiada siapa mahu ditimpa masalah. Namun, lewat petang Jumaat, keluar cecair jernih dalam kuantiti yang banyak. Naluri mengatakan ia bukan air ketuban. Namun memandangkan kandungan sudah 7 bulan, kami ke hospital juga untuk membuat pemeriksaan.

Rupanya perlu 'admit' wad 😅

Dari jam 9 malam sehingga saat entri ini ditaip (2 petang), saya masih belum dapat masuk ke wad kerana penuh. Sepanjang masa berada di Kamar Bersalin Hospital Melaka.

Menjadi pemerhati setia sepanjang berada di sini. Kagum dengan komitmen para doktor dan jururawat yang sabar melayan pelbagai jenis pesakit dan komplikasi kes bersalin.

Sesekali terbit rasa kasihan pada ibu-ibu yang sedang menanggung kesakitan bersalin. Tidak cukup katil. Namun paling dibimbangkan ialah aurat mereka tidak dapat terjaga sepenuhnya. Yalah kan, apabila kesakitan yang teramat sangat 😥

Semoga Allah permudahkan urusan ibu-ibu ini bersalin. Ameen..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi  | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi  | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 26 Ogos 2016

Buku Cerita : Seed Obeys Allah






Alhamdulillah, terbit sudah buku kedua dalam siri Obeys Allah. Sebelum ini buku pertama bertajuk Water Droplet Obeys Allah telah terbit pada Julai 2016. Penulis bernama Shahbatun binti Abu Bakar dan Nordin Endut menerbitkan buku bahasa Inggeris ini bertunjangkan akidah dan sasaran kepada anak-anak kecil.




Anak-anak saya nampaknya sangat sukakan buku Seed Obeys Allah ini. Mereka nampak ralit dan bersungguh mengikuti perjalanan biji benih ini bermula dari percambahan awal kepada pertumbuhannya yang akhirnya menjadi sekuntum bunga matahari. Kemudian, kitar hidupnya bermula semula. Subhanallah.


Apabila diilustrasikan kembali ia menjadi menarik dan lebih mudah menerangkan konsep kepada mereka. Apa yang lebih istimewa ialah cerita ini mengaitkan semua kejadian dengan kekuasaan Allah subhanahu wa taala.



Adakala saya terimbas kenangan semasa belajar di sekolah menengah dahulu (sebab saya batch terakhir UPSR yang ada subjek Alam dan Manusia. Tahun berikutnya barulah mata pelajaran Sains UPSR diperkenalkan). Alangkah indahnya jika pelajaran Sains itu dikaitkan dengan kekuasaan Allah dan ditambah dalil dari al-Quran dan hadis. Kerana, sangat banyak bukti keagungan Allah disebut di dalam al-Quran. Terasa rugi tidak belajar lebih awal. Oh, jauh pula saya berceloteh.







Kitaran biji benih ditunjukkan di akhir cerita.


Ada lembaran aktiviti di akhir buku.


Buku berharga RM6.90 dan kos pos laju (Semenanjung) ialah RM6.00 dan pos laju (Sabah Sarawak) RM9.00.


Jom, bacakan anak buku!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 25 Ogos 2016

Sesi Bercerita : Dapur Emak Saya


Buku ini saya beli bulan lepas secara atas talian semasa membeli Majalah Pa Ma.



Sangat teruja menerima buku ini. Pn Emila Yusof memang ilustrator kegemaran. Cerita Dapur Emak Saya ini juga sangat menarik.

Buku ini edisi berkulit keras dan berwarna-warni penuh. Menceritakan seorang  kanak-kanak perempuan yang suka menolong ibu memasak di dapur. 

Bagi saya, buku ini sangat bagus untuk bacaan anak-anak. Ia memberi keseronokan mengenal bahan-bahan masakan, peralatan di dapur, cara memasak dan cara membantu ibu di dapur. Akhir sekali ia menanamkan satu cita-cita kepada anak-anak. Orang yang pandai memasak boleh berkerja sebagai chef atau tukang masak.

Jom lihat kandungan buku ini :)











Untuk anak, elok juga kita tunjukkan benda real peralatan di dapur seperti lesung batu, senduk, kuali, periuk, mangkuk atau bahan memasak seperti memperkenalkan halba, bawang merah, halia, keledek, biji sagu dan lain-lain

Lepas ini mahu cari cara buat bubur caca ^_^

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 

Rabu, 24 Ogos 2016

Anak-anak kita..


Minggu lalu, dalam sebuah mesyuarat guru, ada seorang ustaz berkongsi pengalamannya. Beliau didatangi sepasang ibu bapa yang mengadu bahawa anak mereka sudah berada di tahun 6 tetapi masih tidak kenal huruf alif hingga ya. Beliau berasa sangat sedih. Sistem pendidikan negara semakin lama semakin menumpukan banyak perkara yang mesti dikuasai murid. Malangnya, asas al-Quran tidak dititikberatkan.

Dalam kisah yang lain, ustaz itu bercerita, pernah satu ketika di sebuah sekolah menengah, guru-guru mengiringi pelajar-pelajar lelaki untuk solat zohor di surau sekolah. Apabila tiba di dewan solat di tingkat dua bangunan, pelajar-pelajar ini sanggup terjun ke bawah semata-mata tidak mahu solat! Bencana apakah ini? Subhanallah. Orang lain turut sebak melihatkan ustaz ini bergenang air mata.

Pendidikan anak-anak bermula sejak kita belum berkahwin lagi. Jika kita ingin berkahwin, kita perlu ke kursus pra perkahwinan, jika kita ingin menimang cahaya mata, kita perlu juga ke kursus keibubapaan. 

Bak kata Imam Syafie, melaburlah untuk pendidikan anak-anak. 

Tepuk dada, tanya iman.

Semalam ketika mengendalikan sesi tazkirah usai solat Maghrib, saya bertanya empat soalan kepada anak-anak yang datang mengaji :

1. Siapakah yang sudah bersyukur kepada Allah hari ini?
2. Siapakah yang baca doa bangun tidur pagi ini?
3. Siapakah yang kemas tempat tidur pagi ini?
4. Siapakah yang cukup solat 4 waktu hari ini?

Mengapa saya bertanya sedemikian? Ada yang menjawab :

1. Kerana ia salah satu tanda orang yang berjaya.
2. Kerana Allah suruh.

Alangkah sedihnya saya apabila tiba ke soalan kedua, hanya 2 orang mengangkat tangan. Subhanallah ... 

Majoriti anak-anak mengangkat tangan untuk soalan 3 dan.......


Bertambah sedih apabila hanya beberapa belas orang anak ini yang cukup solat wajib hari ini. Allahu Allah. Saya terdiam menahan sebak. 


Saya katakan saya rasa gagal menjadi seorang guru hari ini apabila anak-anak ini tidak mempunyai rasa takut meninggalkan perintah Allah. Perubahan muka mereka jelas nampak. Saya mendoakan mereka menjadi anak yang soleh solehah dan menjadi orang yang istiqamah solat di awal waktu sehingga akhir hayat mereka. 



**Ingatan untuk diri sendiri**

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 


Selasa, 23 Ogos 2016

Surah At-Toriq


Alhamdulillah, semalam baru mulakan surah baru iaitu Surah At-Toriq. Surah ini mengandungi 17 ayat. Saya mulakan dengan pengenalan ringkas intipati surah kepada anak-anak. Subhanallah, respon mereka mengujakan. Malahan, di beberapa tempat, saya agak sukar menerangkan sesuatu konsep namun anak dengan mudah menerangkan dalam ayatnya sendiri. Ringkas tetapi tepat! Allahu akbar, anak oh anak.

Kami bina sebuah peta minda bergambar pada kad manila. Tujuannya saya mahu bawa ke rumah pengasuh dan mohon jasa baiknya menampal di dinding rumah bagi anak-anak saya mudah melihat carta ini. Moga ada manfaatnya.

Surah At-Toriq

Surah At-Toriq ayat 1

Surah At-Toriq ayat 2

Surah At-Toriq ayat 3

Surah At-Toriq ayat 4

Surah At-Toriq ayat 5

Surah At-Toriq ayat 6

Surah At-Toriq ayat 7

Surah At-Toriq ayat 8

Surah At-Toriq ayat 9

Surah At-Toriq ayat 10

Surah At-Toriq ayat 11

Surah At-Toriq ayat 12

Surah At-Toriq ayat 13

Surah At-Toriq ayat 14

Surah At-Toriq ayat 15 hingga 17

Pandangan penuh
Khaulah sempat bertanya, "Ummi, banyak Allah sebut perkataan air dalam al-Quran, kan?" Mungkin dia teringat dalam Surah Abasa ayat 25 :


Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Akan bersambung topik ini. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015